03 May, 2014

ROKET AIR DAN PARACUT DILANCARKAN SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM BULAN APRIL 2014

30 April 2014: Padang SMK Bandar Tenggara
Pertandingan Roket Air dan Paracut
Sebanyak 5  kumpulan telah mengambil bahagian dalam pertandingan roket air dan roket payung terjun (parachute) sempena Minggu Sains dan Matematik peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara tahun ini.

Kumpulan pertama  terdiri daripada Anis Suziana Sawarudin dan Fatin Nagihah Misnan, kumpulan 2; Muhammad Zaidi Roslan dan Muhammad Aidil Asyraf Samsl, kumpulan 3; Nurul Nadirah Rashid dan Nur Anis Jailani, kumpulan 4; Nurul Sazwani Sukelan dan Muhammad Rafiudin Rafiq Ruzaid manakala  kumpulan 5 disertai oleh Raja Eizlan Hakim Raja Jalil dan Muhammad Lufti Husaini Hassan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Noridah Sidek, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Hajjah Hamimah Yunos, Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik, guru disiplin, En. Shamsul Ihtihsam Musa, guru-guru sains matematik serta murid-murid Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Azlina Abu Bakar, guru  Fizik ditemui berkata setiap pasukan perlu membina model roket air dan roket payung terjun untuk pertandingan peringkat sekolah tahun ini.

Peserta-peserta pertandingan perlu menggunakan bahan-bahan seperti botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter sebagai bahan utama dan peralatan-peralatan lain umpamanya pensil, marker pen, pembaris, gunting, pen-knife, pita pelekat, kertas putih (A4), kertas PVC (A4), clear binding cover (A4), plastisin, span, beg plastik sampah, benang, gelang getah, one hole punch, penimbang dan surat khabar terpakai.

Setiap pasukan perlu menghasilkan model roket air yang unik dan mampu menunjukkan unsur-unsur kreatif dan inovatif. Contohnya roket tujahan secara berperingkat (multiple stages rocket), roket yang boleh mengambil gambar dari udara, roket yang boleh meluncur ke sasaran dan sebagainya.


Intro Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik
Disediakan oleh En. Yazmi Sanip

Video Klip : Pelancaran Minggu Sains dan Matematik
Pengarang : Cik Nurul Falah Abd Ghani

29 April, 2014

KAWAD KAKI NEGERI JOHOR - KULAIJAYA JOHAN NGO-(L) SEJARAH TERULUNG BUAT SMK BANDAR TENGGARA

28 April 2014 : SK Batu Anam Segamat

Juara NGO- Lelaki Peringkat Negeri Johor 2014
SMK Bandar Tenggara
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengukir sejarah terulung apabila muncul Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Johor di bawah kategori Agensi Bukan Kerajaan (NGO -Lelaki). Sekolah ini mewakili daerah Kulaijaya dalam pertandingan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Anam, Segamat semalam.

Mohd Hasry Mustakim, jurulatih pasukan pengakap SMK Bandar Tenggara ditemui berkata, Alhamdulillah pasukan pengakap daerah Kulaijaya menang pada tahun ini. Semuanya adalah berkat kesungguhan semua peserta menjalani latihan semenjak bulan Mac lagi. Ketika itu mereka menghadapi pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelaras Pasukan Badan Beruniform Daerah Kulaijaya, Encik Johan Hj Nasir, Puan Zaharah Mohd Jani, pengetua, Encik Ahmad Survi, PK Kokurikulum, Encik Khairulnizam Mohd Yusof, penyelaras PBB Sekolah, guru-guru pengakap.

Turut hadir dalam majlis penutupan ialah Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan dif-dif kehormat.
Ketua Platun Kulaijaya menerima hadiah kemenangan daripada
Pegawai PPD Segamat
Muat turun :
Laporan Pertandingan (NGO-Lelaki) Negeri Johor 2014.

Keputusan Pertandingan:
1. Kulaijaya - Pengakap (SMK Bandar Tenggara)
2. Kluang - Pengakap Udara
3. Kota Tinggi- Pengakap

Ketua Platun Terbaik:
1. Kota Tinggi

Farid Izzudin bin Zulkifli, Ketua Platun Pengakap Kulaijaya

Ketua Unit Kokurikulum, JPNJ

Pasukan-pasukan yang bertanding
L1 - Kluang
L2 - Segamat
L3 - Muar
L4- Batu Pahat
L6 - Mersing
L7 - Johor Bahru
L8- Pontian
L9 - Kota Tinggi
L10 - Pasir Gudang


Link ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kulaijaya 2014
Link ke Pertandingan Kawad Kaki 2012

PERKHEMAHAN PENJELAJAHAN LASAK ARP RAKAN MUDA 2014

24-26 April 2014 : Gunung Pulai 2, Kg. Sawah Kulaijaya

Peserta perkhemahan Penjelajahan Lasak ARP Rakan Muda
SMK Bandar Tenggara. (Foto oleh Cik Nurul Hanani Ismail Sazemi)
Perkhemahan Penjelajahan Lasak ARP Rakan Muda tahun ini diadakan di Gunung Pulai 2, selama tiga hari dua malam. Seramai 44 orang peserta Gangsa dan Perak turut terlibat. Disamping menyertai aktiviti yang dijalankan oleh Pengurusan Kokurikulum Sekolah peserta dapat melengkapkan komponen keempat dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Program yang dirancang ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid sekolah dalam menjalani kehidupan jauh daripada rumah kediaman mereka. Mereka belajar untuk mengurus masa, mengurus diri, berdikari, bekerjasama, keyakinan terhadap potensi diri disamping menjadi pemimpin masa akan datang.

Ketua Pemimpin
Perkhemahan
Pada sesi "ice breaking", farouq menunjukkan kebolehannya dalam berucap, memimpin kumpulan, gigih dalam melaksanakan tugas serta berkeyakinan dalam tindakannya menjadikan ia terpilih sebagai penghulu perkhemahan selama tiga hari dua malam.

Berada di ketinggian 300 kaki
Turut menjayakan perkhemahan tersebut ialah PK Kokurikulum, Ahmad Survi, Kem Komandan, En. Khairulnizam Mohd Yusof, Penolong Kem Komandan, En. Ahmad Nazri Selamat, JK Perkhemahan, Tn. Hj Saifullah Abd Wahab, Pn. Nur Amalia Zainudin, Cik Rohaiza Muhd Zin, Cik Nurul Hanani Ismail Sazemi, Cik Nurul Falah Abd Ghani, Guru Pelatih (UTM), Nor Khairul Azwan Yusof.


UCAPAN PERTAMA PENGETUA

27 April 20014: Dewan Permata
Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn. Zaharah Mohd Jani
Puan Zaharah Mohd Jani, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menyampaikan ucapan pertamanya di hadapan pelajar-pelajar pada perhimpunan mingguan di Dewan Permata pagi ini.

Beliau menaruh harapan agar semua guru dan pelajar meneruskan kecemerlangan di bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum yang telah dicapai selama ini. Potensi setiap individu di sekolah ini perlulah digembeling bersama agar sekolah dapat melahirkan generasi minda kelas pertama dan terus meningkatkan prestasi ke arah yang lebih baik.

Sekembalinya beliau dari Educity Nusajaya, banyak peluang tersedia di sana khususnya dalam sektor pendidikan.  Pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh dan mempunyai cita-cita tinggi bagi menjawat jawatan tertinggi di sana dan dapat bersaing di pasaran antarabangsa.

Link kepada :-
1. Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Sijil Tinggi Pelajaran (STPM).
4. Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kulaijaya
5. Aktiviti Bersama Kominiti - Pelajar Prauniversiti..
6. Mesyuarat Agung PIBG
7. Kepimpinan Rakan Muda Malaysia
8. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
9. Mempromosi Sukan Baru Peringkat Daerah
10. Peringkat Antarabangsa

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ