17 April 2014: SMK Taman Kota Kulai
PASUKAN PENGAKAP - JOHAN NGO (L)
|
Pengakap - Johan NGO (lelaki) |
Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah (SMK) Taman Kota Kulai dengan berlangsungnya majlis penutupan rasmi oleh Encik Mansor Othman, Ketua Unit, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Kulai petang tadi.
Sebanyak 43 buah pasukan badan beruniform seluruh daerah Kulaijaya mengambil bahagian. Pasukan-pasukan yang terlibat terdiri daripada 13 pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS), 10 pasukan Agensi Kerajaan (GO) dan 20 pasukan Agensi Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Encik Johan Hj Nasir, Penyelia Pasukan Bandan Beruniform Daerah Kulaijaya, Penolong Kanan (PK) Kokurikulum sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya.
Pasukan Pengakap (Lelaki) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara buat kali kedua menjuarai pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2014. Pasukan di bawah bimbingan Cikgu Hasry Mustakim dan Tuan Hj Saifullah Abd Wahab dapat mengekalkan kedudukan cemerlang apabila
Farid Izzudin Zulkifli muncul sebagai ketua platun terbaik kategori Agensi Bukan Kerajaan (NGO-L).
|
Pandu Puteri menduduki tempat ke-3
Kategori NGO (puteri) |
Manakala pasukan Pandu Puteri sekolah di bawah bimbingan Pn. Noraishah Tarni dan Pn. Suriati Alias mendapat tempat ketiga tahun ini. Sejarah baru terukir apabila
Hazira Shamsul Ihtihsham, ketua platun masih mengekalkan kedudukannya sebagai ketua platun terbaik Agensi Bukan Kerajan (NGO) selama dua tahun berturut-turut.
|
Pasukan Kadet Polis - saguhati |
Tahniah juga kepada pasukan Kadet Polis bimbingan Pn Norazlina Abu Bakar, walau pun hanya berjaya menduduki tempat keempat kategori Agensi Kerajaan (GO), namun semua yang terlibat sama ada pengurus pasukan, jurulatih, ketua platun dan semua ahli kawad amat disanjung tinggi. Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan lebih baik.
Kegagalan pada tahun ini menjadi satu cabaran untuk tahun hadapan. Semoga segala kesungguhan, kegigihan dan disiplin, yang ditunjukan oleh setiap ahli seiring dengan objektif dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment