26 April, 2013

KURSUS PEMIMPIN BELIA BERINTEGRITI RAKAN MUDA TAHAP PERAK 2013

BANDAR TENGGARA : 26 April 2013

Peserta Kursus Pemimpin Belia 

Seramai 38 orang peserta daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menghadiri Kursus Pemimpin Rakan Muda Berintegriti Tahap Perak 2013 bertempat di Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing petang ini.

Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor ini merupakan Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) khusus kepada individu yang berumur di antara 14 hingga 25 tahun.

Turut hadir dalam kursus tersebut ialah Pemimpin PRPRM sekolah, Hafilah Hamzah dan Zolkeple Jemadar. serta dua orang guru pengiring yang terdiri daripada Siti Hanifatiza Mohd Yusof dan Munirah Mohd Sidek.

25 April, 2013

PERTANDINGAN MEMANCING: MENGIRATKAN LAGI HUBUNGAN KEKELUARGAAN WARGA SEKOLAH YANG SEDIA TERJALIN ANJURAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN

FELDA PENGELI TIMUR : 25 April 2013

Peserta bertuah mendapat ikan seberat 4.0 kg
Noraina Samad bersama anaknya
Anak kepada Noraina Samad, peserta paling bertuah kerana berjaya memperolehi ikan seberat 4.0 kilogram sempena Program Jom Memancing yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara sempena Sambutan  Hari Guru tahun ini.

Fahimi Ishak dan Zamzul Khairi Izwan, anak kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Rashid Muhidin antara peserta yang bertuah apabila memperolehi ikan keli seberat 3.4 kilogram menduduki tempat kedua dalam saingannya.

Ustaz A.Rahim Arshad antara pemancing yang memperolehi paling banyak ikan talapia dan ikan keli diikuti oleh Ahmad Nazri Selamat, Setiausaha Sukan Sekolah, Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin dan guru-guru lain.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Rashid Muhidin dikenalpasti antara pemancing yang mendapat ikan terawal dalam aktiviti Jom Memancing yang diadakan di Kolam Ikan, Felda Sungai Sibol, Kulaijaya.

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah, Abd Rahman Salleh, ditemui berkata antara objektif utama aktiviti Jom Memancing ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama setiakawan disamping mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin di antara guru-guru, ahli keluarga, murid-murid serta kakitangan sokongan SMK Bandar Tenggara.  

Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin.
Mempamerkan ikan seberat 3.4 kg

Kiri, Zamzul Khairi Izwan Rashid,
peserta terawal mendapat ikan

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan,
Abd Rahman Salleh

AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2013
Tip Memancing:-
1. Petua-petua memancing:

PROGRAM KARNIVAL KOAKADEMIK DAERAH BAKAL LAHIRKAN SAINTIS MUDA SEKOLAH

KULAIJAYA: 24 April 2013 SMK Kota Kulai
Pasukan SMK Bandar Tenggara

SAINTIS MUDA
Guru Pengiring : Rahimah Abd Rahim, 
Peserta : Rosnatasha Azareen Rusnah dan Natasha Aliah Zaini.

PELANCAR ROKET
Guru Pengiring: Azlina binti Abu Bakar
Peserta : Muhammad Haizul ikram bin Ismail, Muhd Faiz bin Ahmad

COOKING WITH NATURE
Guru Pengiring : Siti Hanizan binti Samsuri
Peserta : Muhammad Luqman Iskandarrani, Muhammad Asri Azman dan Syazwani Bukari.

24 April, 2013

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG DISAMBUT BAIK OLEH WARGA SEKOLAH

BANDAR TENGGARA: 23 April 2013

Pengetua, Hj Armas Derusman

Pengetua, Tn Hj Armas Derusman mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan penilai-penilai dari Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya sempena Program Pengarah Turun Padang (PPTP).

Usaha murni pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) berkunjung ke sekolah disambut baik kerana pemantauan dan penilaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) oleh guru dan penyemakan dokumen-dokumen pengurusan sekolah adalah amat penting.

Oleh yang demikian kata pengetua, pihak pengurusan sekolah secara tidak langsung akan dapat membuat penambahbaikkan terhadap segala kekurangan yang ada dalam usaha menjadikan sekolah ini meningkat ke satu tahap yang lebih baik selaras dengan misi dan visi sekolah iaitu "Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" dan "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang".

Turut hadir dalam majlis penutup itu ialah Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Rashid Murhidin, PK Kokurikulum Ahmad Survi, PK Pendidikan Khas, Hamzah Hamdan, semua Guru Kanan Matapelajaran dan guru Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru.

Dokumen Sekolah




Pautan ke 

23 April, 2013

UPACARA PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS KENARI BERJALAN LANCAR

BANDAR TENGGARA: 22 April 2013
Majlis Perlantikan KENARI
Dalam Era globalisasi masa kini, budaya dan istiadat Melayu perlulah dipelihara dengan baik dan dipamerkan kepada pelajar dalam majlis tertentu yang diadakan di sekolah agar ianya tidak luput ditelan zaman.

Seramai tujuh puluh empat pelajar telah terpilih, dibawa masuk ke Dewan Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenggara oleh ketua KENARI dengan diiringi paluan kompang dan pasukan bunga paha sempena Upacara Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis KENARI tahun ini.
Ikrar Murid

Pengacara majlis

Tujuan utama majlis ini diadakan ialah untuk memberikan pengiktirafan kepada ketua, penolong dan bendahari kelas (KENARI) bahawa merekalah pemimpin muda yang perlu dibentuk di sekolah menurut kata penyelaras KENARI, Muzam Mohdi. Katanya lagi, tugas, tanggungjawab dan khidmat yang mereka berikan kepada sekolah sungguh bermakna kerana banyak membantu dan melicinkan pengurusan kelas, dan dalam masa yang sama proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Upacara Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis KENARI tersebut telah disempurnakan oleh Pengetua, Hj Armas Derusman di hadapan semua murid, pelajar dan guru pada hari perhimpunan mingguan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib; PK Hal Ehwal Murid (HEM) Rashid Muhidin; PK Kokurikulum Ahmad Survi; PK Tingkatan Enam Mohd Pozi Kemin; PK Pendidikan Khas Hamzah Hamdan, semua Guru Kanan Matapelajaran Hjh Sawilah M. Auf, Hjh Hamimah, Hjh Hasnah Kasnan dan Hjh Hayati Abdullah.

Guru Bimbingan dan Kaunseling, Hj Khairudin Abu Nawas, Salmah Othman, Noridah Sidek, Yuniza dan  Guru Cemerlang, Hamzah Rahman Soriat dan Zainab Salim turut sama dalam majlis tersebut.

Ahli Majlis KENARI

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ