11 February, 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

11 Februari 2012: "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"
Sambutan Maulidur Rasul 18 Rabiul Awal 1433 Hijrah
Perarakan Maulidur Rasul

Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Persefahaman Asas Perpaduan Ummah merupakan tema pada tahun ini. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. 
GPK Hal Ehwal Murid (HEM), Rashid Muhidin ditemui berkata kehadiran hampir 95% pada hari Sabtu ini amat memuaskan. Acara-acara yang diadakan seperti perarakan murid bersama guru, bacaan ayat-ayat suci Al Quran, bacaan berzanji dan persembahan pelajar Tingkatan 6 dan ceramah agama mengisi masa pelajar yang bermula selepas pengajaran dan pembelajaran pada jam 9.10 pagi.
Seterusnya penghayatan sambutan maulidur rasul diteruskan  lagi oleh Ustaz Ustaz  Mohd Fairuz Hj Tamjis dengan menyampaikan ceramah agama. Pengorbanan junjungan besar Nabi Muhamaad s.a.w menjadi wadah perjuangan ummah islam untuk meneruskan kehidupan di bawah keredaan Allah Subhanahu Wataala.  
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tn Hj Baharuddin Md Sham dan penceramah undangan, Ustaz  Mohd Fairuz Hj Tamjis. Pengacara majlis, Rahman Salleh bersama Nurul Faisal Abd Ghani melancarkan lagi majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2011. 


Sementara JK jamuan untuk tetamu, guru dan murid bersedia lebih awal untuk menguruskan makanan dan minuman kepada semua hadirin. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru amat membanggakan. Semoga Allah saja yang dapat membalasnya. 

Perarakan guru 


Perarakan guru
YDP PIBG, Pengetua dan Penceramah


Tentatif:
7.20 - 8.50 pagi
Pengajaran dan Pembelajaran
8.50 - 9.10 pagi
Rehat
9.10 - 9.20 pagi
Perarakan
9.20 pagi:
Dewan Permata
Bacaan Doa oleh Ustaz Zuraimi Hamidun
Bacaan Al Quran
Marhaban
Persembahan Nasyid
Ucapan Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Baharuddin Mohd Sham
Ucapan Pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim

Ceramah Maulidur Rasul 
Oleh Ustaz Fairuz Hj Tamjis
Penyampaian Cenderamata


12.30 tengahari:
Jamuan Pelajar
1.00 petang
Bersurai


Bacaan ayat suci Al Quran


Persembahan nasyid


Ceramah Agama oleh Ustas Mohd Fairuz Hj Tamjis


Pelajar perempuan
Pelajar lelaki

Pengacara majlis: Abd Rahman Salleh, Ustaz Zuraimi Hamidun dan
Mohd Nurul Faishal Ab Ghani

Mengurus makanan murid/pelajar
Mengurus jamuan VIP
Mengurus air minuman murid/pelajar

PERTANDINGAN SAHIBBAH PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2011

11 Februari 2011 : Pertandingan Sahibbah Peringkat Daerah Kulaijaya
Latihan sahibbah dibantu oleh Farhan

Dua orang murid Tingkatan Tiga Baiduri, Nur Aqilah Ahmad (Kasturi) dan Yusnaini Mohd Yusof (Jebat)  mewakili sekolah ke Pertandingan Sahibbah Peringkat daerah Kulijaya di SMK Kangkar Pulai, Kulaijaya. Pertandingan tersebut diiringi oleh Ahmad Nazri Selamat.

Sekolah hanya berjaya ke peringkat suku akhir. Namun mereka berdua telah menyumbang mata untuk pasukan rumahnya dan penglibatan sehingga ke peringkat daerah.

Rujukan:
Sahibbah ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).
Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.

1MURID 1SUKAN - KASTURI

8 Februari 2011 : Latihan Rumah Sukan : Kasturi


Program 1Murid 1Sukan, sukan olahraga bermula Khamis ini di padang sekolah. Pihak pengurusan telah menetapkan bahawa sebanyak 7 jenis aktiviti akan dijalankan sepanjang Tahun 2012. Enam daripadanya ialah bola sepak, sepak takraw, badminton, petanque, bola jaring dan bola baling yang telah ditetapkan pada Isnin dan Selasa setiap minggu, manakala olahraga pada hari Khamis.


Rumah Kasturi yang diketuai oleh Khairulnizam Mohd Yusof ditemui berkata, kehadiran memuaskan dan guru-guru memberikan kerjasama. Ucapan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Sukan, Saipi Halidin dan dibantu oleh penolongnya Siti Hanizan Samsuri kerana memberi khidmat dan kepakarannya dalam melatih ahli-ahli rumah Kasturi dalam sukan olahraga. Turut serta dalam latihan olahraga  ialah Pn Hjh Hayati Abdullah, penasihat rumah Kasturi. Latihan olahraga tersebut dibantu oleh penolong ketua rumah Zuraini Kassim dan guru-guru pembantu yang lain.

Tentatif program
4.30 petang :
Berhimpun di Dewan Permata
Taklimat Pengurusan
Menyemak senarai kehadiran

4.40 - 6.00 petang
Malaysia Cergas - Latihan kecergasan.
Taknik-teknik larian- jarak dekat dan jarak jauh.
Teori berkaitan sukan olahraga.

Saipi Halidin menunjuk ajar teknik larian kecergasan

Siti Hanizan Samsuri membimbing pelajar perempuan.

Latihan memanaskan badan.

Guru-guru Rumah Kasturi
Pn Halijah, Pn Zubaidah Ibrahim, Pn Khairani Mohd Kator, En Khairulnizam Mohd Yusof ( Ketua rumah Kasturi), En Taufik, Pn Amalia, Pn Hjh Hayati Abdullah dan Pn Zuraini Kassim (penolong rumah Kasturi).

Rujukan : Jadual aktiviti 1Murid 1Sukan

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ