05 July, 2013

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT

5 Julai 2013 : Anjuran HEM serta Bimbingan dan Kaunselor Sekolah
" Cegah Sebelum Terlambat"

SUPT (B) Abu Bakar Long menyerahkan papan tanda " Cegah Sebelum Terlambat " kepada Armas Derusman, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara dalam satu majlis khas yang dipengerusikan oleh Rashid Muhidin, penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Bilik Seminar tempoh hari.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Noramzah Taher dari Pertubuhan Pembasmi Jenayah Narkotik Malaysia, Anim Mohamed Jaib, penolong kanan pentadbiran, Salmah Othman, guru kaunselor dan pelajar-pelajar sekolah.

PROGRAM MOTIVASI ANJURAN HEM

4 Julai 2013 : Sedang dikemaskini.
Rashid Muhidin menyerahkan sijil penghargaan
kepada pakar motivasi

02 July, 2013

RAWATAN GIGI DI SEKOLAH MEMUDAHKAN PELAJAR DAN IBU BAPA

2 Julai 2013: Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian


Rawatan gigi
Pasukan Pergigian Bergerak (KPBT), yang diketuai oleh Dr. Mohd Azmi Kamarudin mengunjungi  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara untuk sesi pemeriksaan dan rawatan pergigian. Turut sama dalam pasukan tersebut ialah JP Rafidah Wahab, DSA Arbakyah Palal @ Kodri dan Ppk Kalida Kadirmon dari Klinik Kesihatan (KK) Bandar Tenggara.

Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Pelajar-pelajar sekolah ini bertuah dan beruntung kerana tidak perlu bersusah payah untuk berkunjung ke klinik bagi mendapatkan rawatan gigi.

Salah seorang pegawai Klinik Kesihatan (KK) ditemui berkata, matlamat utama pasukan ini hadir ke sekolah ialah untuk mencapai 100% pemeriksaan gigi dan mulut pelajar sekolah.

Gigi merupakan alat pencernaan penting dan berfungsi untuk mengunyak dan menghancurkan makanan sebelum diproses untuk membekalkan tenaga kepada badan. Oleh itu penjagaan dan kebersihan gigi paling utama. Katanya lagi, rawatan seperti ini dapat mengurangkan kejadian karies dan meningkatkan peratus murid tidak perlu rawatan. Maknanya pelajar menjaga gigi dan memastikan kebersihan gigi setiap masa.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Klinik Kesihatan Bandar Tenggara. Khususnya kepada para doktor dan pembantunya yang menjalankan tugas di SMK Bandar Tenggara.
Buletin Kokurikulum


01 July, 2013

HARI KOPERASI SEKOLAH 2013

1 Julai 2013: Dewan Permata

Majlis perasmian Hari Koperasi Sekolah
Armas Derusman, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah merasmikan Hari Koperasi Sekolah 2013 pagi ini di Dewan Permata semasa perhimpunan mingguan diadakan.

Beliau mengingatkan kepada semua warga sekolah agar, " Sekolahku Gemilang" menjadi pengerak utama kepada kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Syabas kepada jawatankuasa pelaksana, koperator, ahli lembaga koperasi, guru-guru dan murid-murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Setiausaha Koperasi Sekolah
Ruziah Maarop
MATLAMAT
"Sambutan Hari Koperasi Sekolah bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi".

OBJEKTIF
  • Untuk menggalakkan dan memupuk pembudayaan kecintaan kepada keceriaan dan keselamatam persekitaran sekolah.
  • Membagunkan semangat keusahawanan: " Dari Kita, Kepada Kita, Untuk Kita".
  • Menjayakan kreativiti kegiatan kokurikulum sekolah.

Pelajar sekolah

Ikrar Koperator

Link ke aktiviti koperasi sekolah 

  TENTATIF PROGRAM
7.20  Berkumpul di Dewan Permata.
         Lagu Bangsa Johor
         Lagu Sekolah
         Ikrar Rukunegara
         Ikrar Pelajar
         Doa
         Laporan Guru Bertugas.

         Majlis Hari Koperasi Peringkat Sekolah 2013
         Lagu " Semangat Koperasi'
         Perutusan YB Menteri Pelajaran.
         Perutusan YB Menteri Dalam Negeri Dan Kepenggunaan.
         Perutusan Presiden ANGKASA
         Ucapan dan Perasmian HKS oleh Pengetua
         Penganugerahan Koperator
         Ikrar Koperator
         Doa penutup
         Negaraku
         Bersurai

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ