19 December, 2013

KEPUTUSAN PMR 2013 CEMERLANG

19 Disember 2013 - Keputusan PMR 2013 diumumkan hari ini.

Tuan Hj Armas Derusman, mengumumkan keputusan
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013
Tuan Haji Armas Derusman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengumumkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di Dewan Permata pagi ini.

Beliau bergembira dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada anak-anak muridnya dan guru-guru matapelajaran kerana membawa kejayaan cemerlang kepada sekolah. Peningkatan sebanyak 11.73 peratus menjadikan peratus pencapaian PMR 2013 kepada 82.17 % berbanding 70.43 % tahun lalu. Dari segi GPS (Gred Purata Sekolah), peningkatan sebanyak 0.01 daripada 2.73 kepada 2.72 tahun ini.

Penyampaian keputusan PMR
Pengetua menyerahan keputusan peperiksaan PMR 2013 kepada Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Noorkiah Ahmad, Penyelaras PMR, Hjh Hamimah Yunos dan Hjh Hasnah, Guru Kanan Matapelajaran SMK Bandar Tenggara.

Murid cemerlang PMR 2013,  bersama Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran dan
Tn Hj Armas Derusman, pengetua sekolah.
Seramai 4 orang calon mendapat 7A 1B, 2 calon memperolehi 6A 2B, 4 calon 5A 3B, 4 calon 4A 4B dan yang lain-lainnya lulus dengan pencapaian masing-masing. Mereka yang cemerlang tahun ini ialah Muhibbudin Mohammad, Muhammad Naim Hanafi bin Abd Halid, Nur Hazilah Roslan dan Nurul Nadia Jamaludin. 


Setiausaha peperiksaan sekolah
Hj Saifullah Abd Wahab ditemui berkata, dari segi pencapaian mengikut gred purata matapelajaran (GPMP), subjek Bahasa Melayu (GPMP 1.95), 28 calon mendapat A, Bahasa Inggeris (GPMP 3.29), 5 calon mendapat A, Sejarah (GPMP 2.81), 10 calon mendapat A, Geografi (GPMP 2.91), 14 calon mendapat A, Pendidikan Islam (GPMP 2.38), 21 calon mendapat A, Matematik (GPMP 3.02), 17 calon mendapat A, Sains (GPMP 3.04), 15 calon mendapat A, Kemahiran Hidup 1 (GPMP 2.00), 17 calon mendapat A dan Kemahiran Hidup 2(GPMP 2.60), 15 calon mendapat A.

Turut hadir dalam majlis hari ini ialah Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran; Ahmad Survi, PK Kokurikulum; PK Pendidikan Khas, Hamzah Hamdan, PK Prauniversiti, Mohd Pozi Kemin, Tn Hj Saifulah Abd Wahab, Setiausaha peperiksaan. Guru-guru Kanan Matapelajaran, Hjh Hamimah Yunos, Hjh Hasnah Kasnan dan Hjh Hayati Abdullah; guru-guru Tingkatan Tiga dan guru-guru matapelajaran..



Murid perempuan Tingkatan 3 2013
Murid lelaki Tingkatan 3 2013
Turut meraikan kejayaan calon PMR 2013 ialah ibu dan kakak-kakak
Muhammad Naim Hanafi bin Abd Halid yang hadir pada majlis penyapaian slip peperiksaan.
Calon -calon boleh menyemak sendiri keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 melalui Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara online.Sila klik SEMAKAN PMR 2013

Link kepada :-
1. Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Sijil Tinggi Pelajaran (STPM).
4. Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kulaijaya
5. Aktiviti Bersama Kominiti - Pelajar Prauniversiti..
6. Mesyuarat Agung PIBG
7. Kepimpinan Rakan Muda Malaysia
8. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
9. Mempromosi Sukan Baru Peringkat Daerah
10. Peringkat Antarabangsa

PERISTIWA SEMASA CUTI SEKOLAH 2013


1. Program Pendakian Gunung Kinabalu anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor

Pemimpin-pemimpin ARPM Sekolah-sekolah Negeri Johor
bersama pegawai-pegawai JBS


Ahmad Survi, PK Kokurikulum SMKBT

Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum berkata, misi mendaki sehingga ke puncak Gunung Kinabalu tidak dapat dicapai. Beliau berkata, saya hanya berjaya mendaki sehingga pada ketinggian 3203 meter (dari paras laut) sahaja. Manakala ketinggian puncak Gunung Kinabalu ialah 4090 meter. Maknanya hanay tinggal lebih kurang 887 meter untuk sampai ke kemuncak.

Faktor-faktor misi ini tidak berjaya katanya, saya mengambil masa 14 jam untuk sampai ke Labanrata dari Marsilau Sabah. Jam 11.00 malam baru saya sampai ke sana. Selepas itu jam 2.30 pagi misi itu akan diteruskan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Keadaan saya yang begitu penat, dan kurang rehat ditambah pula beliau demam pada hari itu dan menggigil ketika di Labanrata, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian. 

Trail Gunung Kinabalu, Sabah



Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ