30 August, 2014

NAIB JUARA PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

28 Ogos 2014 : Dewan Pekembar, Pagoh Muar
Naib Juara Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi
Peringkat Negeri Johor 2014
Rakaman video
Johan Peringkat Negeri Johor (Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1)

SK BandarTenggara 1, rakaman video oleh absurvi
Rakaman video
Naib Johan Peringkat Negeri Johor (Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara)


SMK Bandar Tenggara, Naib Johan
Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi

Pasukan Kompang Daerah Kulaijaya
Sekolah Rendah dan Menengah
Johan (SR) dan Naib Johan (SM)

Nasihat dan motivasi oleh Roziah Sapawi, jurulatih
pasukan kompang sekolah

En. Rahman Salleh, En Khairul Aimie, Leha ( jurulatih )
sama-sama berdoa untuk kejayaan daerah Kulai. Doa dipimpin oleh Ustaz Din
Kejayaan Daerah Kulaijaya
1. Sila Link 2014 : SK Bandar Tenggara 1- Juara Negeri Johor 
2. Sila Link 2012 : Juara Keseluruhan Peringkat Negeri 

Kejayaan SMK Bandar Tenggara:
1. Sila Link 2011 Johan Daerah Kulaijaya
2. Sila Link 2012 Johan Daerah Kulaijaya

3. Sila Link 2013 Johan Daerah Kulaijaya
4. Sila Link 2014 Johan Daerah Kulaijaya
5. Sila Link 2014 SMK Bandar Tenggara - Naib Juara Negeri Johor
Sedang dikemaskini....

29 August, 2014

PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

28 Ogos 2014 : Dewan Seri Pekembar, Pagoh Muar


Ucapan dan perasmian penutup oleh
Tn Hj Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum
Jabatan Pendidikan Johor
Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Johor 2014 berjaya diadakan di luar kawasan sekolah bagi memasyarakatkan program-program pendidikan khususnya aktiviti kokurikulum selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) kata Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Johor  dalam ucapannya pada majlis penutup di Dewan Seri PEKEMBAR, Pagoh Muar.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Encik Puniran bin Denan, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Muar, Tuan Hj Afandi Salleh, Ketua Unit, Unit Pembangunan Kemanusiaan , Pejabat Pendidikan Daerah Muar serta jawatankuasanya kerana berjaya mengelolakan pertandingan tahun ini.

Beliau juga mengulas ringkas berkaitan dengan 6 aspirasi murid iaitu kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, pengetahuan, kemahiran memimpin, etika kerohanian, dan identiti nasional yang menjadi teras utama transformasi pendidikan. Oleh itu, setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua peserta kompang sekolah rendah dan sekolah menengah kerana menjadi juara di peringkat daerah masing-masing dan bertanding untuk mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat kebangsan pada 23 September 2014 di Nusajaya, Johor.


Dif-dif kehormat, tetamu dan peserta kompang
Keputusan Pertandingan 2014
Kategori Sekolah Menengah :-

1. Johan - Daerah Muar
2. Naib Johan - Daerah Kulaijaya
3. Ketiga - Daerah Batu Pahat

Keputusan Pertandingan 2014
Kategori Sekolah Rendah :-
1. Johan - Daerah Kulaijaya
2. Naib Johan - Daerah Segamat
3. Ketiga - Daerah Muar

Gambar foto pasukan kompang :-
Kategori Sekolah Menengah :-

Johan Sekolah Menengah - Muar
Naib Johan - Kulaijaya
Ketiga - Batu Pahat
Gambar foto pasukan kompang :-
Kategori Sekolah Rendah :-

Johan Sekolah Rendah - Kulaijaya
Naib Johan - Segamat
Ketiga - Muar
Sila klikdi bawah:-
Kejayaan Daerah Kulaijaya

24 August, 2014

PROGRAM MARHABAN ANJURAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK) SEKOLAH TAHUN 2014

23 Ogos 2014 : Kunjungan Hari Raya
Pengerusi BKGK 2014
Program Marhaban sempena bulan Syawal yang mulia tahun ini tidak sahaja dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara malahan ianya diteruskan lagi dengan program kunjung mengunjung ke rumah-rumah warga sekolah yang terpilih.

Amalan yang baik ini dapat mengiratkan lagi ikatan siratulrahim di antara guru-guru dan kakitangan sekolah. Kunjungan dimulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, diikuti dengan bacaan doa selamat dan doa makan. Ketua marhaban biasanya akan berucap bagi pihak kumpulan marhaban dan dijawab oleh tuan rumah kemudiannya.

Encik Abd Rahman Salleh, pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah (BKGK) ditemui berkata objektif utama program ini ialah untuk memuliakan bulan Syawal dengan amalan mulia membaca selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W di rumah yang dikunjunginya. Keduanya hubungan siratulrahim akan bertambah erat lagi di samping itu dapat menghulurkan tangan untuk memohon kemaafan di atas segala kesalahan lalu jika ada.

Rahman, mengucapkan jutaan terima kasih kerana program ini mendapat sambutan baik dari kalangan guru dan staf sokongan. Harapan beliau amalan baik ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Di rumah En Hasry Mustakim
Di rumah Suriati Alias

Rumah Pn Zaharah Mohd Jani
Di rumah Pn Zaharah Mohd Jani
Guru-guru kita juga mengunjungi rumah Tn Hj Armas Derusman, bekas pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Hj Zolkeple Jemadar, En Shamsul Ihtihsham dan Encik Hamzah Rahman Soriat mewakili BKGK
KELEBIHAN SELAWAT yang dipetik daripada Laman Portal Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

JADUAL MARHABAN
23 Ogos 2014 (Jumaat)
1. Pn Zaharah binti Mohd Jani
2. En. Mohd Hasry bin Mustakim
3. Pn. Khairani binti Hamdan
4. En. Hamzah Rahman Soriat

24 Ogos 2014 (Sabtu)
5. Pn Rahimah binti Othman
6. Tn Hj Zolkeple bin Jemadar

26 Ogos 2014 (Ahad)
7. Pn Rosidah binti Ali
8. En. Shahfudin bin Hussein

Gambar/ foto diambil daripada Whatsapp SMKT Group 2014. Terima kasih yang mengirim gambar. Gambar-gambar yang jelas dan mengandungi mesej akan dipamerkan di sini. Terima kasih.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ