18 January, 2012

MERENTAS DESA MSSM DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2012

Bandar Tenggara : 18 Januari 2012 (Rabu)


Mohd Azroy Azizan (L18 Tahun)

Seramai 276 peserta dari 16 buah sekolah menegah daerah Kulaijaya terlah turut serta dalam larian merentas desa yang diadakan di SMK Bandar Tenggara 2, pagi ini. Pasukan merentas desa sekolah yang dibimbing oleh Saipi Halidin dan Siti Hanizan Samsuri membawa kejayaan pertama 1 Murid 1 Sukan apabila  Mohd Azroy b. Azizan  berjaya mendapat empat ke-4 kategori Lelaki 18, manakala dua lagi peserta wanita mendapat tempat ke-8 dan 9 kategori Perempuan 15 dan 18 Tahun.

Keputusan penuh Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSM Daerah Kulaijaya:-
1. SM Foon Yew (182 markah)
2. SM Tunku Abdul Rahman Putera (330).
3. SMK Sri Pinang (446)
4. SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar (456).
5. SM Sultan Ibrahim (483)
6. SM Senai (511)

Kotinjen SMK Bandar Tenggara
Peserta Merentas Desa Sekolah ke MSSM Daerah Kulaijaya
Diketuai oleh Saipi Halidin, Setiausaha Sukan

Peserta-peserta merentas desa sekolah terdiri daripada Muhamad Saiful b. A.Rahman, Muhamad Haikal b. Rosnizam, Muhammad Hairul Aiman b. Amin, Muhamad Khairul Azwar b. Jaib, Abd Latif b. Jalil, Mohamad Hassan b. Kadir, Mohammad Fakhrur Amin b. Mohd Akib, Mohd Azroy b. Azizan, Nur Shafiqah bt Shahirah, Syazwani bt Bukari, Daranisha a/p Ravindran, Nur Elly Shuhadah bt M.Azli, Siti Nurfarahana bt Razali, Nur Syaidatul Syahirah bt Jamal, Erna Yanti bt Mahat dan Nurul Haziyatul Isma bt Halim Pasukan merentas desa sekolah dibantu oleh dua orang pegawai, Aidil Shamin Abd Razak dan Ahmad Nazri Selamat, penyelaras 1Murid 1Sukan.


Taklimat awal
Pengetua SMKBT2, Tuan Hj Shahrom Sukari

Kategori P15 Tahun
Kategori L15 Tahun
Perempuan 18 Tahun
Kategori L18 Tahun

Khidmat Bakti
Jawatankuasa Keselamatan yang diketuai oleh Sarjan Amran

Sarjan Amran (tengah)


Pasukan RELA dan POLIS Bandar Tenggara

16 January, 2012

PELANCARAN PONTENG SIFAR TAHUN 2012

Bandar Tenggara : 16 Januari 2012 (Isnin)


Pelancaran Ponteng Sifar Peringkat Sekolah

Gejala ponteng sekolah mendorong berlakunya salah laku yang melibatkan murid. Tindakan segera dan tegas yang dilakukan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin pada perhimpunan pagi ini diharap akan dapat menangani masalah ponteng sekolah dan secara tidak langsung meningkat pencapaian akademik pada tahun ini.

Pelancaran "Ponteng Sifar" telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara di hadapan 700 murid dan 82 guru sekolah ini. Penghargaan juga diberikan kepada murid yang berjaya hadir penuh sepanjang persekolahan tahun 2011.

Kehadiran 100%

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib mewakili semua pentadbir yang lain juga diberikan kuasa untuk mengambil tindakan terhadap salah laku pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Dua orang guru lagi yang menerima kuasa ini ialah Shamsul Ihtihsham Musa dan Hjh Muzayanah Sumrah merupakan guru disiplin sekolah.


Shamsul Ihtihsham


Pn Hjh Muzayanah Sumrah


PROGRAM PONTENG SIFAR
MATLAMAT
Program operasi ponteng sekolah ini bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran tentang pentingnya menangani gejala ponteng sekolah secara efektif dan terancang.
OBJEKTIF
  • Menggalakkan murid datang ke sekolah.
  • Mengelakkan berlaku gejala negatif.
  • Menyemai sikap menghargai masa.
  • Menyedarkan ibu bapa/ penjaga murid tentang gejala ponteng dalam kalangan anak mereka.
Antara Faktor Yang Dikenal Pasti Menyebabkan Murid-murid Ponteng Sekolah
INDIVIDU
  • Malas
  • Bekerja
  • Tiada minat belajar
  • Rasa rendah diri
PERSEKITARAN
  • Pengaruh rakan sebaya / rakan tua
  • Tinggal dalam komuniti yang tidak prihatin
  • Ikatan kejiranan yang longgar
  • Tarikan kafe siber / pusat beli-belah
KELUARGA
  • Keluarga kurang prihatin
  • Kurang pengawasan
  • Gaya hidup dalam keluarga
  • Kemiskinan
  • Pengangkutan
SEKOLAH
  • Kurang pengawasan pentadbir
  • Persekitaran dan iklim sekolah
  • Pengurusan disiplin kurang cekap
  • Kurang intervensi terhadap kes ponteng
SILA LAYARI LAMAN WEB PPD SEGAMAT:

15 January, 2012

HARI DISKUSI IBU BAPA-GURU TAHUN 2012

BANDAR TENGGARA : 13 JANUARI 2012 (JUMAAT)

Hari Diskusi

Hari Diskusi ini telah dibuka kepada ibu bapa bermula pada jam 10.00 pagi hari Jumaat yang lalu. Semua murid Tingkatan Dua, Lima dan Enam Atas telah terlibat dan berada di Dewan Permata selepas majlis pembudayaan Al Qur'an. Tujuan utama Hari Diskusi ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan guru dari hal pencapaian akademik anaknya pada peperiksaan akhir tahun 2011. Kehadiran ibu bapa amat membanggakan.

Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menyediakan maklumat penting pada hari diskusi tersebut.  Peluang melanjutkan pelajaran selepas PMR, SPM dan STPM juga disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Tuan Haji Khairudin Abu Nawas.  Beliau juga menggunakan ICT bagi menyampaikan maklumat kerjaya dan kursus-kursus yang ditawarkan oleh univerisiti tempatan di seluruh Malaysia.


Tuan Haji Khairudin Abu Nawas dan Noridah Sidek

"Pengorbanan Ibu Tiada Tolok Bandingnya".


Pihak kami sempat bertemu dengan seorang ibu, membawa anak kecil meluangkan masa berkunjung ke sekolah untuk berinteraksi dengan guru semata-mata demi masa depan anaknya. Begitulah pengorbanan seorang ibu yang tidak ada tolok bandingnya. Bersama-sama beliau, GPK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib dan Guru Kaunseling, Noridah Sidek.


suasana di dalam Dewan Permata
Tingkatan PraUniversiti
Timbalan Yang Dipetua PIBG juga turut hadir.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BANDAR TENGGARA : 14 JANUARI 2012 (SABTU)

Penceramah IKRAM, Jayasuman Puspanathan
Saudara Islam sejak 4 tahun lalu.

"Pembentukan Kerohanian Tunggak Profesionalisma" merupakan tema dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali pertama tahun ini. Pengisian yang penuh bermakna kepada semua peserta apabila penceramah, Jayasuman Puspanathan telah berjaya mengupas dengan terperinci tajuk "Comparative Religion Sharing".
Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu telah dipengerusikan oleh Cik Anne Suraya Abd Halim. Bacaan doa telah dibimbing oleh Ustaz Ab Rahim Arshad.

Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Mohmad Hashim telah menyampaikan ucapan alu-aluannya kepada 80 orang peserta kursus yang merupakan guru-guru di SMK Bandar Tenggara. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diketuai oleh Tn Hj Khairuddin Abu Nawas, Salmah Othman dan Noridah Sidek kerana berjaya mengadakan LDP di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP), Bandar Tenggara, Johor. Ucapan tahniah juga diberikan kepada IKRAM Johor yang diketuai oleh Tuan Haji Kamal.

Pengetua SMKBT dan guru-guru.

MAJLIS PEMBUDAYAAN AL QURAN

BANDAR TENGGARA : 13 JANUARI 2011


Budaya yang menjadi amalan sekolah ini ialah Pembudayaan Al Qur'an. Semua guru dan murid akan berada di Dewan Permata dari awal jam 7.25 pagi . Ustaz Ab Rahim Arshad, mempengerusi majlis dengan memulakan acara hari Jumaat itu dengan bacaan yassin. Bacaan yassin secara beramai-ramai diketuai oleh murid lelaki.

Selepas bacaan doa oleh muird dan guru, tazkirah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Zuraimi Hamidun.
Turut serta dalam majlis tesebut ialah Pengetua SMKBT, Tuan Hj Mohmad Hashim, barisan penolong kanan, barisan guru kanan mata pelajaran, guru bimbingan kaunseling, guru-guru dan kakitangan sekolah.


barisan guru perempuan
murid lelaki

TAKLIMAT 10% MARKAH KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012

KLUANG : 12 JANUARI 2012 (KHAMIS)


Taklimat 10% Markah Kokurikulum buat kali pertama tahun 2012 telah dihadiri oleh semua GPK Kokurikulum dan Penyelia Kokurikulum Sekolah-sekolah Menegah Negeri Johor di SMK Simpang Rengam Kluang bermula jam 9.30 pagi.

Taklimat itu telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor (JPN), Tuan Haji Kamaruddin Mohd Tahir.

Turut menyampaikan taklimat 1Murid 1Sukan ialah Ketua Unit Sukan JPN, Jaafar Bohari. Beliau hanya memberi penerangan ringkas dan tindakan sekolah seperti mana yang terdapat pada Panduan Pelaksanaan 1M1S yang juga boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Taklimat seterusnya disampaikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Koakademik JPN, Azmi Abu. Beliau mengingatkan kepada semua hadirin untuk memasukkan markah bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2011 sehingga tarikh akhir iaitu 31 Januari 2012. Namun begitu sekolah-sekolah disarankan supaya tidak menunggu sehingga tarikh tersebut.


MESYUARAT SMM DAN MSS KALI PERTAMA 2012

BANDAR TENGGARA : 12 JANUARI 2012 (Khamis)
Mesyuarat Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Majlis Sukan Sekolah (MSS) telah diadakan di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ