11 March, 2012

SMKBT JUARA KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD KULAIJAYA

Stadium Tenggara : 11 Mac 2012

Pasukan Polo Basikal SMKBT (A)- Juara



Gandingan mantap Mohammad Arif Mohd Ali, Muhd Khairul Nadzmi Sahlan, Amirul Hadi Ahmad dan Hakim Azman membuahkan hasil apabila mengalahkan kedua-dua pasukan  dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2  dengan 17 jaringan dan 11 berbalas 3 diperlawanan akhir dan seterusnya muncul menjadi juara dan membawa pulang piala pusingan YB Dato' Hj Baderi Hj Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PANTI.

Manakala SMK Bandar Tenggara 2 menumpaskan SMK Sultan Alauddin dan SMK Indahpura dengan  7 jaringan tanpa balas dan 7 berbalas 3 pada perlawan pertama. Kalah pada pertandingan akhir sekali gus  mendapat tempat kedua. SMK Sri Pinang dan SMK Indahpura menduduki tempat ketiga dan keempat.

Mohammad Arif Mohd Ali dari SMK Bandar Tenggara telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan tahun ini  dan mendapat sorakan gemuruh dari penonton kerana kelincahan, ketepatan hantaran, kepantasan serta kejayaannya menjaringkan 11 gol sepanjang perlawanan hari ini.

 Penolong Pengarah Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Ja'afar Bohari memberikan keyakinan sukan baru ini akan mendapat tempat bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah malah para belia di Institusi Tinggi Awaw (IPTA) dan swasta, katanya dalam ucapan perasmian penutup petang ini. Sukan baru ini memenuhi ciri-ciri 1 Murid 1 Sukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), tambahnya.

Dalam kejohanan polo basikal peringkat sekolah menengah buat julung-julung kalinya diadakan di Kulaijaya, telah dipersetujui oleh 16 buah sekolah menengah dalam mesyuarat yang lepas menggunakan kaedah yang unik dalam penentuan kedudukan setiap pasukan. Menang dan jaringan gol terbanyak menempatkan pasukan ditangga teratas dan bertemu di peringkat akhir. Setiap satu perlawanan mengambil masa 30 minit penuh.  

 Turut hadir dalam majlis penutupan itu ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdull Talib Daud, Penolong Pengurus Besar Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Mohd Fakharur Razziy Hasran, Presiden Polo Basikal Johor  (PPBJ), Ikhmal Hisham Abd Rahim dan Pengetua SMK Sri Pinang, Tn Hj Aminuudin Mohd Sani.

Kunjungan YB Dato' Haji Baderi dan pegawai protokol, Zolkeple Jemadar
ke tapak pameran Sukan Polo Basikal
Penong Pengarah Unit Sukan JPNJ (Jaafar Bohari),
Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (Ikhmal Hisham Rahim),
Penyelia Sukan Daerah (Abdull Talib Daud), Penolong Pengurusa Besar Kejora (Fakhru Razeey) dan Pengetua SMKSri Pinang (Tn Hj Aminuddin Mohd Sani)

Menemui pasukan sekolah

Urusetia kejohanan bersama GPKTingkatan 6

urusetia kejohanan
Pegawai-pegawai kejohanan

Jawatankuasa kejohanan

Sesi penggambaran Penerbitan Unit Sukan TV RTM,
Angkasapuri, Kuala Lumpur di bawah Program 321 Mula (Musim Baharu)

Nadzmi ditemuramah oleh wartawan RTM

MESYUARAT PENGURUSAN KEJOHANAN POLO BASIKAL

PPD Kulaijaya : 9 Mac 2012


Mesyuarat pengurusn Kejohanan Polo Basikal

KEPUTUSAN STPM 2011

Bandar Tenggara : 7 Mac 2012
Mohd Pozi Kemin, GPK Tingkatan Enam
GPK Pentadbiran

GPKPentadbiran, Anim binti Mohamed Jaib mengumumkan keputusan STPM 2011 di pentas Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Beliau Daerah Kulaijaya menduduki tempat pertama dengan PNGK 2.68, terbaik negeri Johor. Dikuti oleh daerah Muar (2.50), Pontian (2.50), Kluang (2.50), Batu Pahat ( 2.49), Kota Tinggi ( 2.45), Johor Bahru ( 2.43), Segamat (2.37), Pasir Gudang (2.24) dan Mersing ( 2.02) .

Di peringkat daerah Kulaijaya, SMK Bandar Tenggara menduduki tempat kedua dengan PNGK 2.66 berbanding dengan SMK Sultan Ibrahim, PNGK 2.88 dan ketiga SMK Tunku Abdul Rahman Putera, 2.46. 

Pelajar Cemerlang STPM2011

Pelajar cemerlang STPM 2011
Nurulnadia Rohani

Pelajar cemerlangan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM), memperolehi sijil penuh dengan PNGK 4.0. Nurulnadia ditemui berkata, kejayaan saya adalah hasil dorongan guru-guru SMK Bandar Tenggara yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam subjek Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Syariah sehingga saya mendapat A dalam keempat-empat subjek tersebut.

Nurulnadia juga merupakan pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Dengan gaya bahasa yang lemah lembut dan senyuman manisnya, mengingatkan pelajar-pelajar di sekolah ini agar berusaha dengan gigih, pandai membahagikan dan sentiasa mendapatkan restu dari kedua ibubapanya.

Taraf penglibatan dalam bidang kokurikulum:
1. Penerima pingat Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahun 2011.
2. Jurupantun Peringkat Negeri 2011.
3. Perkhemahan Ihya' Ramadhan Negeri 2011
4. Ekspedisi berbasikal ke Kota Tinggi Peringkat Sekolah.
5. Urusetia Penyelidikan dan Kolokium Peringkat Sekolah.
6. Menyertai Pertandingan Penyelidikan & Kolokium Daerah Kulaijaya.

Jawatan yang disandang:-
1. Setiausaha Pengawas.
2. Naib Pengerusi Rumah Jebat.
3. Setiausaha Kelab Badminton.
4. Ahli biasa Kelab Alam Bestari.





PERASMIAN BANGUNAN BARU PPD KULAIJAYA

6 Mac 2012 : Pasukan Kompang SMK Bandar Tenggara
Pasukan kompang sekolah

KEJOHANAN MSSD KALI KE-30

3 Mac 2012 : Pencapaian SMK Bandar Tenggara
Pasukan olahraga SMKBT






Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ