21 March, 2012

KEPUTUSAN SPM 2011

21 Mac 2012: Keputusan SPM 2011

Syahidah Nafisah Mohd Sharif (7A 2C)
Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tn Hj Mohmad Hashim yang mengumumkan keputusan pagi ini, turut bergembira di atas pencapaian sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2011. Katanya, sekolah masih mengekalkan tempat ketiga selepas SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2 seperti tahun sudah, berjaya dengan peratus kelulusan 99.19 % dan GPS, 5.22 berbanding 98.7% dan GPS 5.17 tahun lalu.

Syahidah Nafisah Mohd Shariff muncul pelajar cemerlang Tahun 2011, memperolehi 4A 3A dan 2C, manakala Siti Mutiah Yusuf memperolehi 4A 2A- 1B+ dan 2B, Nurul AidaAbu Bakar, 4A 2A- 1B+ 1B dan 1C+. Katanya lagi, beliau turut berbangga di atas pencapaian subjek perdagangan kerana mendapat tempat ketiga di negeri Johor selepas Sekolah Seni, Johor Bahru dan SMK Bandar Emas, Kota Tinggi. Pengumuman beliau itu  mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin di Dewan Permata.

Di akhir ucapannya, beliau berterima kasih kepada setiausaha peperiksaan, Zulkifli Jaafar serta jawatankuasanya yang telah berjaya menguruskan dan mengendalikan majlis pengumuman dan penyampaian cenderahati kepada sepuluh orang pelajar terbaik tahun lepas.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, guru kanan sains dan matematik, Hjh Hamimah Yunos,  guru-guru bimbingan dan kaunseling, Tn Hj Khairudin Abu Nawas, Salmah Othman, Norisah Sidek, guru perpustakaan dan media, Rohidah Othman, guru-guru Tingkatan Lima dan pegawai-pegawai dari  Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Setiausaha peperiksaan, Zulkifli Jaafar

Cemerlang subjek perdagangan menerima cenderahati
daripada Suriati Alias

Cemerlang subjek sejarah menerima cenderahati daripada
Rohidah Othman

mengambil slip peperiksaan daripada guru kelas.

Azlina Abu Bakar
Muzam Mohdi
Penerangan kerjaya oleh pegawai Yayasan Pelajaran Johor

TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD KULAIJAYA TAHUN 2012 KATEGORI B18 TAHUN

21 Mac 2012: Padang Bandar Tenggara 2


Jurulatih bola sepak sekolah, Khairul Aime Mohd Termizi telah bertungkus lumus bagi memastikan anak buahnya menjuarai Pertandingan Bola Sepak MSSD Bawah 18 tahun ini. Johan kumpulan D menjadi satu motivasi kepada pemain-pemain sekolah untuk masuk ke peringkat suku akhir, walau pun kalah kepada SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar pada kumpulan yang sama, namun dengan kelebihan jaringan pasukan SMK Bandar Tenggara muncul Johan Kumpulan D.

Misi untuk menjadi juara terhalang apabila kalah dengan SMK Senai dengan tendangan penalti. Sekolah kalah tipis dengan jaringan 7 berbalas 8. Walau pun begitu, kelincahan dan kemantapan gandingan pemain-pemain sekolah akhirnya berjaya meletakkan pasukan sekolah di tempat ketiga apabila menewaskan SMK Kulai Besar dengan 2 berbalas 1.

Turut serta dalam pertandingan bola sepak B18 ialah Aidil Shamin Abd Razak, Rohim Abd Rahman, Abd Rahman Salleh dan Ahmad Nazri Selamat selaku pengurus pasukan.



SMK SRI PINANG
SMK BANDAR TENGGARA 2
Pengadil pertandingan : Farhaizat Anuar, Aidil Shamin Abd Razak
dan Rohim Abd Rahman

SMK Bandar Tenggara

SMK Sultan Alauddin


Referee.

JADUAL PERTANDINGAN BOLA SEPAK B18 TAHUN
KUMPULAN D


Petang: perlawanan di antara
SMK BANDAR TENGGARA (1)  DAN SMK SULTAN ALAUDDIN (2)

KEPUTUSAN peringkat kumpulan:
1. JOHAN KUMPULAN : SMK BANDAR TENGGARA
2. NAIB JOHAN KUMPULAN : SMK SULTAN ALAUDDIN

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK B18 TAHUN 2012
SMK BANDAR TENGGARA : Tempat ketiga.

1. Kalahkan SMK Sri Pinang : 4 -1
2. Kalahkan SMK Bandar Tenggara 2 : 2 - 1
3. Kalah dengan SMK Sultan Alauddin, bukit Besar : 1-2
4. Menang dengan SMK Bandar putera : 2-0
5. Kalah diseparuh akhir dengan SMK Senai : 7 - 8.
6. Mengalahkan SMK Kulai Besar : 2 - 1.

20 March, 2012

MENEMPAH TEMPAT KE PERINGKAT SUKU AKHIR BOLA SEPAK B18 MSSD KULAIJAYA

20 Mac 2012 : Padang SMK Bandar Tenggara 2

Pasukan Bola Sepak B18 Tahun
Pasukan sekolah kita berjaya ke perlawanan suku akhir apabila berjaya mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2 dengan jaringan 2 berbalas 1 berakhir petang tadi. Kejayaan cemerlang pagi tadi mengembirakan semua pihak apabila GPK Kokurikulum, Ahmad Survi mengumumkan dalam mesyuarat guru bermula jam 2.45 petang. 

Pengurus pasukan, Khairul Aimie ditemui berkata, saat-saat akhir amat mencemaskan apabila asakan pemain serangan Bandar Tenggara 2 kerap dilakukan ke pintu gol. Mohamad Arif, penjaga gol sekolah tercedera di bahagian buku lali dalam asakan itu. Tiupan pengadil, Farahaizat Hamzah melegakan semua pihak apabila pasukan sekolah kita sudah mendahului dengan jaringan 2-1.

Kejayaan sekolah:-
1. SMKBT (4) melawan SMK Sri Pinang (1).
2. SMKBT (2) melawan SMK BT2 (1).

Nama pemain-pemain:-
1. Mohd Nur Fitri Jamaludin
2. Mohd arif Mohd Ali
3. Muhamad Azroy Azizan
4. Mohammad Fhaizzul Azman
5. Mohamad Faizam Hakim Ses
6. Ruzaimi Ahmad
7. Qamarul Shukri Md Deris
8. Abdul Latif Jalil
9. Mohamad Hassan Kadir
10. Saravanan Bawahan a/l Vadival.
11. Muhamad Hafiz Rashid
12. Muhammad Fahrul Iman Amin
13. Muhammad Farhan Abd Ghafar
14. Muhamad Zulhilmi Ilahi Fazalilahi
15. Muhamad Kamal Jafri
16.Muhamad Hazamudin Shaari
17. Denial Taufiq Ayub.
18. Muhamad Fazreen Baderon



19 March, 2012

KECEMERLANGAN SEKOLAH

19 Mac 2012 :Dewan Permata


KEJOHANAN TEN PIN BOLING MSSD KULAIJAYA 2012
Johan Keseluruhan Sekolah Menengah 


Penyampaian Piala Kejohanan oleh Pengetua Sekolah
Johan Keseluruhan Ten Pin Boling MSSD Kulaijaya
Dua pemain mewakili daerah ke MSSJ
Pasukann Ten Pin Boling 15 Tahun
Pasukan Ten Boling 18 Tahun

KEJOHANAN POLO BASIKAL MSSD
KULAIJAYA KALI PERTAMA 2012
Johan Sekolah Menengah
Kejohanan Polo Basikal MSSD Kulaijaya - Johan


Pasukan Utama Sekolah (Junior)

Pasukan Utama Sekolah (Senior)
Laporan penuh Kejohanan Polo Basikal MSSD Kulaijaya Kali Pertama Tahun 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KULAIJAYA KALI KE-30 2012 

2 EMAS 1 PERAK 4 GANGSA
Shahrul Akhbar

Mohd Faisal

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ