31 December, 2013

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU 2014

31 Disember 2013 : Dewan Permata

Wakil rasmi pengetua, Anim Mohamed Jaib
Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengalu-alukan kehadiran murid-murid Tingkatan Satu dan berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan mendengar taklimat sekolah pada hari pendaftaran, bermula pagi ini.

Dalam ucapannya beliau menerangkan tentang sejarah sekolah, pencapaian akademik dan kejayaan yang dicapai oleh pihak sekolah pada tahun sebelumnya.

Antara kejayaan yang terbaru ialah peningkatan 11.74 peratus dalam Peperiksaan  Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013 dan Gred Purata Sekolah (GPS) yang meningkat sebanyak 0.01 berbanding tahun lepas.

Keduanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar tenggara telah menerima 16 jenis anugerah menjadikan sekolah ini cemerlang di peringkat Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya.

Sila klik peristiwa di bawah:-
1.0 Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013
2.0 16 Anugerah

Murid Tingkatan Satu dan ibu bapa mendengar taklimat

Daftar hadir dikendalikan oleh guru-guru SMK Bandar tenggara

PK HEM, Rashid Muhidin bersama guru tingkatan
]
Suasana di Dewan Permata
Pendaftaran Kelas Pendidikan Khas

Pembelian buku melalui koperasi sekolah

30 December, 2013

HARI KECERIAAN SEKOLAH 2014

30 Disember 2013: Hari Keceriaan Sekolah

Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid
Hari Kecerian Sekolah amat penting kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara. Antara tujuan utama program tersebut dijalankan ialah untuk memastikan pengurusan kelas berjalan dengan baik sebelum bermulanya hari pertama persekolahan iaitu pada 1 Januari 2014 (Rabu).

Keduanya untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lancar dan tidak ada gangguan berkaitan dengan keperluan untuk belajar di dalam kelas, kata Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) semasa sesi taklimat pada pagi ini.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kesungguhan murid/pelajar hadir pada Hari Keceriaan Sekolah. Begitu juga kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pekerja sekolah yang banyak membantu bagi melicinkan lagi program tersebut.

Mendengar taklimat



Tajaan PIBG - makan tengahari

28 December, 2013

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM BIL 1/2014

27 Disember 2013: Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Bil 1/2013

Agenda:-
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi.
2. Pembentangan dan pengesahan mesyuarat.
3. Perkara berbangkit.
4. 10% Markah Kokurikulum
5. Takwim Kokurikulum 2014
6. Hal-hal lain
7. Penutup
--------------------------------------------------------------------
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM 2014



Prosedur Penubuhan Persatuan / Kelab/ Unit Beruniform/ Sukan & Permainan 
1. Setiausaha menghantar surat permohonan kepada pengetua, melalui guru penasihat.
2. Sertakan:-
2.1          Draf Perlembagaan.
2.2          Draf Aktiviti Asas.
2.3          Senarai NamaJawatankuasa Penaja.

2. Sila hantarkan surat permohonan memunggut derma kepada Pengetua.
Jika pihak persatuan memerlukan dana untuk melaksanakan aktiviti/ program. Keputusan dalam mesyuarat agung hendaklah diminitkan.

CATATAN :
Mesyuarat Agung pada tarikh : 22 Januari 2014 (Rabu).
- Surat permohonan perlu dihantar kepada Pengetua, seminggu selepas mesyuarat agung. 
- Satu salinan kepada Penolong Kanan Kokurikulum.

26 December, 2013

MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID BIL 1/2014

26 Disember 2013 : Mesyuarat HEM Bil 1/2014

SESI 1: 8.30 - 11.00 pagi MESYUARAT PENGURUSAN HEM
SESI 2 11.30 - 12.30 tgh MESYUARAT GURU TINGKATAN
:
Mesyuarat Pegurusan HEM Bil 1/2014
Agenda:-
1. Ucapan alu-aluan Pengetua.
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.
3. Perkara berbangkit
4. Taklimat Pengurusan HEM
5. Pembentangan Takwim
6. Pembentangan Kecerian Sekolah
7. Orientasi Tingkatan 1 & Tingkatan 4.
8. Hal-hal lain.
9. Penutup

24 December, 2013

16 JENIS ANUGERAH TAHUN 2013

24 Disember 2013 : Tahniah kepada semua warga SMK Bandar Tenggara
Datin Hjh Hasnah Md Sem, PPD Kulaijaya menyampaikan sijil anugerah


SMK Bandar Tenggara menerima Anugerah Khas PPD tiga tahun berturut-turut bermula Tahun 2011. Kata Anim Mohamed Jaib dalam Mesyuarat Pengurusan Kurikulum pagi ini. Senyuman dan kegembiraan diraut wajahnya dikongsi bersama oleh 85 orang guru SMK Bandar Tenggara.

Beliau mewakili pengetua, hadir dan menerima sijil anugerah sekolah dalam Majlis Anugerah Kualiti dan Inovatif, Peringkat Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Kulaijaya 2013 di Kotel Sofitel, Kulaijaya semalam.

Sebanyak 16 jenis anugerah telah diberikan kepada SMK Bandar Tenggara, di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kurikulum iaitu :-
1. Peratus SKPM Terbaik Sekolah Menengah.
2. Pengurusan Data EMIS Online Terbaik.
3. GPS PMR Tertinggi 2012 (Bahasa Melayu)
4. GPS PMR Tertinggi 2012 (Sejarah)
5. GPS PMR Tertinggi 2012 (KHB)
6. GPS PMR Tertinggi 2012 (Sekolah Bukan Kawalan)
7. GPS Terbaik PMR 2012.
8. Peratus Perncapaian Terbaik PMR 2012
9. Peratus Pemcapaian Terbaik SPM 2012
10. PNgk TERBAIK stpm 2012.
11. Peratus Lonjakan Saujana Tertinggi STPM 2012.
12. Lonjakan Saujana PNGK STPM 2012.
13. PNGK Tertinggi STPM 2012 (Bahasa Melayu).
14. PNGK Tertinggi STPM 2012 (.Ekonomi)
15. PNGK Tertinggi STPM 2012 (Seni Visual)
16. ANUGERAH KHAS PPD - Tiga tahun berturut-turut.
     (Sekolah Bukan Kawalan)

Beliau selaku Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan tahniah dan syabas kepada kepimpinan pengetua dan semua guru SMK Bandar Tenggara kerana berjaya melonjakkan pencapaian sekolah setiap tahun.

Beliau menaruh harapan di bawah kepimpinan Tn Hj Armas Derusman sebagai pengetua, SMK Bandar Tenggara akan meneruskan kecemerlangaan dan akan memacu kegemilangan serta menjadikan sekolah ini terbaik di daerah Kulaijaya.

MESYUARAT PENGURUSAN KURIKULUM BIL:1/2014

24 Disember 2014 : Mesyuarat Pengurusan Kurikulum

Mesyuarat Pengurusan kurikulum Bil 1/204
Sesi 1: 8.30 - 10.30 pagi.
Agenda Mesyuarat:-
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi - Anim Mohamed Jaib
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat lalu.
3. Perkara berbangkit.
4. Post mortem PMR 2013
    dan Peperiksaan Akhir Tahun.
5. Hal-hal lain - Pembentanagan kewangan.
6. Penutup.

Sesi 2: 11.00 - 1.00 petang. : Mesyuarat Ketua Panitia..

MESYUARAT GURU BIL 1/2004

23 Disember 2013: Mesyuarat Guru di Bilik Seminar
Mesyuarat Guru Bil 1/2014
Mesyuarat Guru Bil: 1/2014
Tarikh : 23 Disember 2013
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar

Pengerusi : En Rashid Muhidin (PK Hal Ehwal Murid)
Agenda:
    Bacaan Doa oleh Ustaz A.Rahim Arshad
1. Ucapan alu-aluan pengerusi. - Rashid Muhidin
2. Pembentangan minit mesyuaratlalu.
    - Fadilah Ismail
    - Pengesahan minit mesyuarat
      Cadangan : Mustafa Yunos
      Sokongan: Hjh Ruziah Maarop
3. Pembentangan tugas guru.


  
Bacan doa dibimbing oleh Ustaz A.Rahim Arshad

Fadilah Ismail, membentangkan minit mesyuarat lalu.

Sesi 2 : 12.15 tengahari - 1.00 petang
Taklimat Wasiat oleh Amanah Raya

Penerangan pentingnya, disampaikan  oleh Azan Mohd Nor
PENTINGNYA WASIAT.
1. HAK AIN (Harta milik orang lain).
2. KOS PENGKEBUMIAN.
3. HUTANG ALLAH  ( Contoh: Upah haji, Zakat, Fidyah).
4. HUTANG MANUSIA
5. HUTANG INSTITUSI
    ( Contoh : Hutang bank, pinjaman pelajaran,/ peribadi, kad kredit dsb)
6. HAK WASIAT (Contoh : Bukan waris, jariah)
7. HARTA SEPENCARIAN (50% hak isteri/ suami)
8. HAK WARIS - Pembahagian Faraid)

19 December, 2013

KEPUTUSAN PMR 2013 CEMERLANG

19 Disember 2013 - Keputusan PMR 2013 diumumkan hari ini.

Tuan Hj Armas Derusman, mengumumkan keputusan
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013
Tuan Haji Armas Derusman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengumumkan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 di Dewan Permata pagi ini.

Beliau bergembira dan mengucapkan tahniah serta syabas kepada anak-anak muridnya dan guru-guru matapelajaran kerana membawa kejayaan cemerlang kepada sekolah. Peningkatan sebanyak 11.73 peratus menjadikan peratus pencapaian PMR 2013 kepada 82.17 % berbanding 70.43 % tahun lalu. Dari segi GPS (Gred Purata Sekolah), peningkatan sebanyak 0.01 daripada 2.73 kepada 2.72 tahun ini.

Penyampaian keputusan PMR
Pengetua menyerahan keputusan peperiksaan PMR 2013 kepada Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Noorkiah Ahmad, Penyelaras PMR, Hjh Hamimah Yunos dan Hjh Hasnah, Guru Kanan Matapelajaran SMK Bandar Tenggara.

Murid cemerlang PMR 2013,  bersama Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran dan
Tn Hj Armas Derusman, pengetua sekolah.
Seramai 4 orang calon mendapat 7A 1B, 2 calon memperolehi 6A 2B, 4 calon 5A 3B, 4 calon 4A 4B dan yang lain-lainnya lulus dengan pencapaian masing-masing. Mereka yang cemerlang tahun ini ialah Muhibbudin Mohammad, Muhammad Naim Hanafi bin Abd Halid, Nur Hazilah Roslan dan Nurul Nadia Jamaludin. 


Setiausaha peperiksaan sekolah
Hj Saifullah Abd Wahab ditemui berkata, dari segi pencapaian mengikut gred purata matapelajaran (GPMP), subjek Bahasa Melayu (GPMP 1.95), 28 calon mendapat A, Bahasa Inggeris (GPMP 3.29), 5 calon mendapat A, Sejarah (GPMP 2.81), 10 calon mendapat A, Geografi (GPMP 2.91), 14 calon mendapat A, Pendidikan Islam (GPMP 2.38), 21 calon mendapat A, Matematik (GPMP 3.02), 17 calon mendapat A, Sains (GPMP 3.04), 15 calon mendapat A, Kemahiran Hidup 1 (GPMP 2.00), 17 calon mendapat A dan Kemahiran Hidup 2(GPMP 2.60), 15 calon mendapat A.

Turut hadir dalam majlis hari ini ialah Anim Mohamed Jaib, PK Pentadbiran; Ahmad Survi, PK Kokurikulum; PK Pendidikan Khas, Hamzah Hamdan, PK Prauniversiti, Mohd Pozi Kemin, Tn Hj Saifulah Abd Wahab, Setiausaha peperiksaan. Guru-guru Kanan Matapelajaran, Hjh Hamimah Yunos, Hjh Hasnah Kasnan dan Hjh Hayati Abdullah; guru-guru Tingkatan Tiga dan guru-guru matapelajaran..



Murid perempuan Tingkatan 3 2013
Murid lelaki Tingkatan 3 2013
Turut meraikan kejayaan calon PMR 2013 ialah ibu dan kakak-kakak
Muhammad Naim Hanafi bin Abd Halid yang hadir pada majlis penyapaian slip peperiksaan.
Calon -calon boleh menyemak sendiri keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 melalui Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara online.Sila klik SEMAKAN PMR 2013

Link kepada :-
1. Penilaian Menengah Rendah (PMR)
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
3. Sijil Tinggi Pelajaran (STPM).
4. Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Kulaijaya
5. Aktiviti Bersama Kominiti - Pelajar Prauniversiti..
6. Mesyuarat Agung PIBG
7. Kepimpinan Rakan Muda Malaysia
8. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
9. Mempromosi Sukan Baru Peringkat Daerah
10. Peringkat Antarabangsa

PERISTIWA SEMASA CUTI SEKOLAH 2013


1. Program Pendakian Gunung Kinabalu anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor

Pemimpin-pemimpin ARPM Sekolah-sekolah Negeri Johor
bersama pegawai-pegawai JBS


Ahmad Survi, PK Kokurikulum SMKBT

Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum berkata, misi mendaki sehingga ke puncak Gunung Kinabalu tidak dapat dicapai. Beliau berkata, saya hanya berjaya mendaki sehingga pada ketinggian 3203 meter (dari paras laut) sahaja. Manakala ketinggian puncak Gunung Kinabalu ialah 4090 meter. Maknanya hanay tinggal lebih kurang 887 meter untuk sampai ke kemuncak.

Faktor-faktor misi ini tidak berjaya katanya, saya mengambil masa 14 jam untuk sampai ke Labanrata dari Marsilau Sabah. Jam 11.00 malam baru saya sampai ke sana. Selepas itu jam 2.30 pagi misi itu akan diteruskan untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Keadaan saya yang begitu penat, dan kurang rehat ditambah pula beliau demam pada hari itu dan menggigil ketika di Labanrata, saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian. 

Trail Gunung Kinabalu, Sabah



11 November, 2013

SMK BANDAR TENGGARA, KULAIJAYA MENERIMA ANUGERAH RAKAN MUDA SEKOLAH AKTIF 2013

9 November 2013: Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi

Sebahagian penerima Anugerah Tahap Perak 2013
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menerima Anugerah Unit Program Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Sekolah Aktif 2013 pada hari Konvensyen dan Majlis Pertauliahan Tahap Perak 2013 di Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.
Majlis Perasmian
Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dihadapan penerima anugerah seluruh negeri Johor.Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Sabran Abd Ghafar, Pegawai Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Amelia Rosla, Timbalan Pengarah Rakan Muda Johor Bahru, pegawai-pegawai JBS daerah, guru-guru pemimpin dan seramai 541 orang penerima anugerah.

Pemimpin Sekolah, Hafilah Hamzah
Hafilah Hamzah, pemimpin pelajar tahap perak 2013 menerima sebuah plug, sijil dan wang tunai seribu ringgit untuk penyertaan terbanyak peringkat negeri Johor. Beliau selepas itu ditemui berkata, tahniah kepada semua peserta tahap perak dari sekolahnya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh 115 calon perak tahun ini amat membanggakan. Pertama melengkapkan empat komponen anugerah iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak. Keduanya, lulus ujian penilaian yang dijalankan oleh Badan Operasi Johor Bahru.

Beliau, gembira dengan pencapaian ini dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua, Hj Armas Derusman, guru pembimbing Rakan Muda, Ahmad Survi, rakan-rakan pemimpin ARP peringkat sekolah, ibu bapa yang memberi sokongan kepada anaknya dan semua guru di SMK Bandar Tenggara.

Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Prauniversiti,, Anim Mohamed Jaib,Penolonga Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi kelihatan gembira di atas pencapaian sekolah

GAMBAR DIGITAL MAJLIS ANUGERAH
Sebahagian daripada 115 penerima anugerah

Penerima anugerah dari Daerah Kulaijaya, SMK Bandar Tenggara, SMK Indahpura 1, SMk Sultan Ibrahim dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra.


09 November, 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN MENGIRATKAN LAGI IKATAN SIRATURRAHIM YANG SEDIA TERJALIN

8 November 2013 : Hotel Prime City, Kluang

Peyampaian Sijil oleh pengetua sekolah, Tuan Hj Armas Derusman
Jamuan akhir tahun 2013 yang diadakan di Hotel Prime City, Kluang semalam disambut meriah oleh semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.

Abdul Rahman Salleh, pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) sesi 2012-2013 ditemui berkata majlis berjalan secara sederhana tetapi suasana kekeluargaan nampak terjalin apabila guru-guru, kakitangan sekolah, pekerja sekolah dan keluarga masing-masing hadir, beramah mesra sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan.


Guru pertama menang cabutan bertuah, Shamsul Ihtihsham Musa
Busana lelaki terbaik - Mohd Hasry Mustakim


Busana guru wanita terbaik- Yuniza
Staf pejabat- Rosidah, Sadhana dan Eazy dan guru disiplin

Pengetua bersama guru-guru


06 November, 2013

DOA RESTU IBU BAPA UNTUK CALON-CALON PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

6 Oktober 2013 : Hari pertama SPM 2013
Muat Turun
Jadual Waktu SPM 2013

Pelajar bersalaman dengan ibu bapa yang hadir sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan
Hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 6 November 2013. Calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara adalah seramai 148 orang. Mereka diiringi oleh ibu bapa  yang turut hadir untuk memberi sokongan moral dan doa restu sebelum mereka melangkah kaki ke dewan peperiksaan.


Pengetua sekolah, Tn. Hj Armas Derusman bersama
YDP PIBG, Tn Hj Baharudin Md Sham dan beberapa orang ibu bapa
Wajah ibu yang penuh pengharapan agar anaknya berjaya dalam peperiksaan.

Penyelaras hari pertama peperiksaan SPM 2013 bersama guru-guru bertugas

SKUAD POLOBIKE SMK BANDAR TENGGARA JUARA OPEN DESARU 2013

3 November 2013 : LINK KE 2ND DESARU MTB JAMBORI 2013

Juara Open Polobike ()Junior)


Iklan Jambori Desaru
LINK KE 2ND DESARU MTB JAMBORI 2013
Skuad Daerah Kluang - Juara Open Polobike 2013
Skuad Senior SMK Bandar Tenggara (jersi kuning) mendapat tempat ke-3, diketuai oleh Aidil Shamin Abd Razak.


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ