3 Februari 2013: Dataran Bandaraya Johor Bahru
 |
My Beautiful Malaysia |
My Beautiful Malaysia adalah sebahagian dari Program Tranformasi Sosial (STP) yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Ahli Parlimen Pulai) di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada pagi ini.
Sekolah-sekolah yang melaksanakan Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) telah diberi peluang oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor untuk menyertai pelancaran dengan kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Bandar Tenggara (160 pelajar), SMK Tunku Abdul Rahman Putera (200 ), SMK Indahpura (80), SMK Sultan Ibrahim (80), manakala NGO lain ialah Balairaya Kampung Felda Bukit Batu dan Bustop Kampung Jaya Sepakat Senai seramai 40 orang.
Selepas majlis pelancaran mereka digerakkan untuk aktiviti gotong royong di lokasi tertentu. Antara lokasi-lokasi tersebut ialah di tanah Kubur Mahmodiah, Hospital Sultanah Aminah dan Masjid Kolam Air. Aktiviti gotong royong ini dicatatkan dalam buku diari Gangsa atau Perak.
Muhamad Hafiz M.Ramlee bekas calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan peserta tahap Perak Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) yang diikuti di SMK Bandar Tenggara ditemui berkata, saya sangat bertuah kerana dipilih oleh guru untuk turut serta dalam Majlis Pelancaran My Beautiful Day di sini. Katanya lagi, semangat berpasukan dan kerja khidmat masyarakat berfokus jelas kelihatan di kalangan pelajar sekolah ini. Hafiz melahirkan cita-citanya untuk terus berusaha untuk mencapai Tahap Emas walaupun ketika itu di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) suatu masa nanti .
Turut serta dalam program ini ialah PK Kokurikulum, Ahmad Survi, PK Tingkatan Enam, Mohd Pozi Kemin, PK Kokurikulum Pra Universiti, Zolkeple Jemadar dan Hafilah Hamzah, guru-guru Shamsul Ihtihsham Musa, Hjh Muzayanah Sumrah, Zulaikha Ngaliman, Juliana Noor Abu Bakar, Faridah Abdullah, Zahiah Hamzah, Mustafa Yunus dan Abd Rahman Salleh.
 |
Guru-guru SMK Bandar Tenggara
turut serta dalam Pelancaran My Beautifrl Malaysia Day
|
Kerja Amal - Khidmat Masyarakat
 |
Makam Mahmoodiah Johor Bahru |
 |
Gotong royong amlan mulia |