09 May, 2014

BOLING - PERTANDINGAN BOLING TEN PIN SEMPENA HARI GURU 2014

8 Mei 2014: Diamond Bowl, Johor Jaya
Mohd Hanif (tengah), Juara Boling Ten Pin Sempena Hari Guru 2014.
Tempat kedua - Mohd Asmawi Ab. Rasif dan ketiga : Rashid Muhidin
Pertandingan Boling Ten Pin Sempena Hari Guru 2014 berjaya menarik 19 peserta dari kalangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara yang diadakan di Diamond Bowl, Johor Jaya.

Pertandingan yang penuh sengit itu akhirnya berkesudahan dengan Mohd Hanif Abu Hassan muncul juara dengan jatuhan pin sebanyak 505 mata hasil daripada tiga perlawanan, manakala Mohd Asmawi 449 dan Rashid Muhidin 444. Jatuhan pin terbanyak pada pertandingan kali ini juga disandang oleh Mohd Hanif dengan jatuhan pin sebanyak 187 mata pada perlawanan kedua. Skor tiga perlawanan yang diperolehi oleh beliau ialah (G1:160;G2:187 dan G3:158).

Manakala Azlina Abu Bakar muncul juara kategori guru perempuan dengan jatuhan pin sebanyak 426 mata mengalahkan pencabar utama Nur Hafidah Abd Kadir 388 dan Suriati Alias 365 mata. Jatuhan pin terbanyak juga disandang oleh Azlina iaitu 164 mata pada perlawanan ketiga.

Asmawi Ab Rasif, Azlina Abu Bakar dan
Nur Hafidah Abd Kadir, JK Pertandingan Boling Hari Guru
Mohd Asmawi Ab Rassif ditemui berkata pertandingan kali ini mendapat sambutan baik dari guru-guru SMK BandarTenggara terutamanya melibatkan penyertaan daripada pihak pentadbir iaitu Encik Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Encik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum; Encik Mohd Pozi Kemin; Penolong Kanan Tingkatan Enam dan Tuan Hj Zolkeple Jemadar, Guru Kokurikulum Tingkatan Enam.

Berikut adalah pencapaian peserta-peserta pada pertandingan itu iaitu Mohd Hasry Mustakim (403 mata), Ahmad Survi (389), Ahmad Nazri Selamat (354), Mohd Pozi Kemin (350), Hj. Zolkeple Jemadar (345), Aidil Shamin Abd Razak (336), Khairul Aime Mohd Termizi (326), Abd Rahman Salleh (317) dan Mustaffa Yunos (302). Manakala guru perempuan ialah Siti Hanizan Samsuri (351), Muzam Mohdi (319), Anili Fasha (299) dan Nurul Hanani Ismail Sazemi (225).

Katanya lagi, pertandingan yang diadakan ini adalah untuk mengiratkan lagi ikatan siratulrahim yang sedia terjalin di antara guru-guru SMK Bandar Tenggara melalui bersukan. Beliau berterima kasih kepada semua peserta yang bertanding dan berharap dapat meneruskan pertandingan seumpama ini di masa-masa akan datang. Dikesempatan ini beliau juga mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga sekolah.

Boling Sempena Hari Guru 2014

05 May, 2014

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH KULAIJAYA 2014

5 Mei 2014: Dewan Permata


Puan Zaharah Mohd. Jani, pengetua SMK Bandar Tenggara
Majlis penutupan rasmi Pertandingan Silat Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 yang diadakan di Dewan Permata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah disempurnakan oleh Puan Zaharah Mohd. Jani, pengetua sekolah ini.

Sebanyak enam kategori sekolah menengah dan rendah dipertandingkan mengikut jantina iaitu putera dan puteri. Kategori-kategori tersebut ialah Seni Tari Puteri, Seni Tari Putera, Seni Tempur Puteri, Seni Tempur Putera, Jurus Silat Puteri, dan Jurus Wajib Putera.

Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Encik Johan Hj Nasir, Penyelia Pasukan Badan Beruniform Pejabat Pendidikan Daerah Kulaiaya dan Ecik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Tenggara.

Abdul Rahman Salleh mengumumkan keputusan pertandingan di mana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Kulai telah muncul sebagai johan keseluruhan di bawah kategori sekolah menengah manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 2 menjadi johan keseluruhan kategori sekolah rendah.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mencapai target apabila berjaya menjadi juara dalam acara Seni Tari Silat Puteri dan Seni Tempur Puteri.

Link dan muat turun:-
Keputusan Pertandingan Silat S.Menengah 2014
Keputusan Pertandingan Silat S.Rendah 2014

Encik Rashid Selamat, ketua juri
Juri dan hakim pertandingan terdiri daripada Tuan Mohd Nor Raja Omar, SMK Tunku Abdul Rahman Putera; Ustaz A. Rahman Ismail, SMK Sri Pinang; Encik Nasaruddi Jahat,SK Sinar Bahagia; Encik Ismadi Suib, SK Taman Kota Kulai; Puan Azila Kasim, SMK Sri Pinang; Encik Amir Ikram Abd Rahim, SMK Indahpura 1; Encik ohd Faiz Ghazali, SMK Senai; Puan Noor Shafiqah Mahmod, SK Polis Kem; Puan Nurulhuda Ahmad, SMK Taman Kota Kulai; Puan Suhaila Rahmat , SMK Sri Pinang dan Encik Abdul Rahim Abd Rahman, SMK Bandar Tenggara 2.

Pertandingan Silat Peringkat Daerah Kulaijaya

BOLING TEN PIN MSSD KULAIJAYA 2014

19 dan 20 Februari 2014 : Diamond Bowl Johor Bahru

Pasukan Ten Pin Boling sekolah
Kejohanan Boling 10 Pin Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya kategori 15 dan 18 tahun telah diadakan di Gelanggang Bowl Daiman Johor Bahru. Pengetua SM Vokasional Indahpura menutup rasmi kejohanan tersebut.

Jurulatih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Mohd Asmawi Ab.Rashid dan Azlina Abu Bakar ditemui berkata sekolah kita menjadi naib johan keseluruhan pada tahun ini.

Muhammad Asyraf Solihin bin Azman, dari  SMKBT mendapat tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 801 mata berbanding Mohammad Azwan bin Zainudin (946) yang mendapat tempat pertama dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan 809 mata yang diperolehi oleh Muhammad Deenal Afnan bin Zaidee dari SMK Bandar Putra yang mendapat tempat kedua.

Manakala rakan-rakan di bawah kategori 15 tahun (lelaki) yang terdiri daripada Muhammad Rafiuddin Afiq bin Md Ruzaidi memperolehi jatuhan pin sebanyak 591, Saiful Hasraff bin Saiful Bahri (570), Izzul Iman bin Abdul Razak (551).

Kategori perempuan pula, Hazirah binti Shamsul Ihtihsam mendapat tempat ketiga dengan 696 mata, berbanding Intan Nurhamiza binti Mohd Hanif tempat pertama dari SMK Kangkar Pulai memperolehi 919 mata, dan Shafiwah binti Kamsani tempat kedua dari SMK Kulai Besar memperolehi 915 mata.

Manakala rakan-rakan di bawah kategori 15 tahun (perempuan) yang terdiri daripada Nurul Afiqah Najwa binti Mohd Zubir memperolehi 472, Nurul Athirah binti Johar 419 mata dan Wardatul Izzah binti Mohamat Razillah 378 mata.

Kategori 18 tahun, Khairunnisa Abdul Rashid mendapat tempat kedua dengan 774 mata berbanding Nur Syahirah Abdul Latip 990 yang mendapat tempat pertama dari SMK Bandar Tenggara 2. Manakala Muhammad Asyad Syakirin bin Azman  mendapat jatuhan pin sebanyak 849 mendapat tempat keempat kategori lelaki 18 tahun. 

Link dan muat turun fail :-
1. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
2. SMKBT JUARA KESELURUHAN 2013

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ