29 September, 2013

MEMPELAJARI DAN MENGAMALKAN TEKNIK YANG BETUL SEMASA BELAJAR SERTA MENGULANGKAJI MERUPAKAN SALAH SATU TIP KEJAYAAN INDIVIDU

29 September 2013 : Bilik Seminar SMK Bandar Tenggara

Peserta Seminar
Persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan perlulah dibuat dari sekarang. Kejayaan seseorang calon SPM banyak bergantung kepada individu calon tersebut. Usaha yang berterusan dan bersistematik penting untuk memastikan ianya berjaya dalam peperiksaan yang akan dilalui. Guru mengajar dan murid belajar adalah asas kejayaan seorang murid.

Sehubungan dengan itu usaha murni dan khidmat sosial yang diberikan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk membantu sekolah dalam bidang akademik amat disanjung tinggi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesungguhan YPJ dalam memberi bantuan sama ada dalam bentuk kewangan dan tenaga pengajar.

Masrini Karim, Abdul Razak Muhammad dan Suriati Alias
Penyelaras Program Hikmah
Suriatai Alias, penyelaras Program Hikmah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara ditemui berkata seramai 75 orng murid dari tiga buah sekolah di sekitar Bandar Tenggara telahg dipilih untuk menjalani program ini. Selama dua hari murid Tingkatan Empat didedahkn dengan teknik-teknik menjawab soalan matapelajaran Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Katanya lagi, seramai dua orang lagi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pinang dan Sekolah Menengah Agama turut menjadi penyelaras sekolah msing-masing. Mereka ialah Masrini Karim, SMK Sri Pinang dan Abdul Razak Muhammad dari Sekolah Menengah Agama. Bandar Tenggara.

Murid Tingkatan 4, SMK Bandar Tenggara

Murid SMK Sri Pinang

Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab

KAYUHAN SANTAI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

28 September 2013: Anjuran BKGK

 Empangan Linggiu, Bandar Tenggara
Hari cuti hujung minggu dimenafaatkan oleh guru-guru dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara dengan melaksanakan aktiviti kayuhan. Disamping beriadah keadaan dan suasana kehijauan dengan alam flora dan fauna menjadikan aktiviti ini suatu yang bermakna dan menarik kepada murid-murid sekolah untuk menikmati keindahan alam sekitar.

Abdul Rahman Salleh, pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah (BKGK) mengucapkan bahawa penganjuran kali ini secara sederhana sahaja kerana pada hari yang sama ada majlis- majlis yang penting yang berlangsung di Bandar Tenggara seperti tiga majlis perkahwinan, pelbagai kursus dan hari cuti bersama keluarga. Namun begitu, syabas diucapkan kepada peserta xpdc yang dapat hadir dan menjayakan program ini. Amat membanggakan kami apabila ada guru perempuan yang turut serta dalam aktiviti lasak ini.

Pengerusi BKGK

Kejayaan peserta sampai ke puncak bukit di hadapan pintu masuk Empangan Linggiu amat membanggakan. Antaranya ialah peserta termuda, Muhammad Irfan Khairulnizam dan Muhammad Haziq Ahmad berjaya sampai ke destinasi akhir melalui bukit-bukit yang tinggi.

Haji Safullah Abd Wahab ditemui berkata kedua-dua peserta cilik ini menunjukkan kesungguhannya dalam mengharungi jalan yang berliku-liku dan berbukit. Namun sekali sekala beliau membantu peserta ketika mendaki bukit yang tinggi.


Muhammad Irfan (10 tahun) dan Muhammad Haziq  (11 tahun)

Marshal XPDC
Guru wanita
Bergambar bersama keluarga Cikgu Zuraini Kassim 
Kayuhan selama dua jam dengan jarak sejauh 25 kilometer yang telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.15 pagi disambut dengan baik oleh keluarga Cikgu Zuraini Kassim. Kerang rebus masak sambal, telor itek masak gulai, sayur kobis karot dan sambal cincaluk pembuka selera kami.

peserta xpdc

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ