2 Julai 2013: Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian
Pasukan Pergigian Bergerak (KPBT), yang diketuai oleh Dr. Mohd Azmi Kamarudin mengunjungi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara untuk sesi pemeriksaan dan rawatan pergigian. Turut sama dalam pasukan tersebut ialah JP Rafidah Wahab, DSA Arbakyah Palal @ Kodri dan Ppk Kalida Kadirmon dari Klinik Kesihatan (KK) Bandar Tenggara.
Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Pelajar-pelajar sekolah ini bertuah dan beruntung kerana tidak perlu bersusah payah untuk berkunjung ke klinik bagi mendapatkan rawatan gigi.
Salah seorang pegawai Klinik Kesihatan (KK) ditemui berkata, matlamat utama pasukan ini hadir ke sekolah ialah untuk mencapai 100% pemeriksaan gigi dan mulut pelajar sekolah.
Gigi merupakan alat pencernaan penting dan berfungsi untuk mengunyak dan menghancurkan makanan sebelum diproses untuk membekalkan tenaga kepada badan. Oleh itu penjagaan dan kebersihan gigi paling utama. Katanya lagi, rawatan seperti ini dapat mengurangkan kejadian karies dan meningkatkan peratus murid tidak perlu rawatan. Maknanya pelajar menjaga gigi dan memastikan kebersihan gigi setiap masa.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Klinik Kesihatan Bandar Tenggara. Khususnya kepada para doktor dan pembantunya yang menjalankan tugas di SMK Bandar Tenggara.
Rawatan gigi |

Buletin Kokurikulum |
No comments:
Post a Comment