18 October, 2013

PEMBENTANGAN KAJIAN PELAJAR PRAUNIVERSITI 2013

18 Oktober 2013 (Jumaat): Anjuran Jabatan Pendidikan Johor

Banting Pembentangan Kajian
Sebanyak tiga slot kajian akan dibentangkan oleh pelajar-pelajar prauniversiti Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor pada hari Pembentangan Kajian Pelajar Prauniversiti Kali Ke-6 Tahiun 2013 diadakan di Dewan Bandaran, Bandar Tenggara pagi ini. Manakala pada malamnya diselitkan dengan ceramah motivasi dan ceramah lain bertajuk " Ke arah Pangajian Am Sempurna."


Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Tingkatan 6, SMK Bandar Tenggara
menyampaikan maklumat
Majlis penutup akan disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Noor A.Gani, Pengarah Pendidikan Johor dijangkakan pada jam 2.30 petang hari Sabtu.

Usaha untuk meningkatkan martabat pelajar prauniversiti, sewajarnya program sebegini dilaksanakan setiap tahun. Mereka didedahkan dengan kaedah-kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian dan penyelidikan. Manakala membentagkan kertas kerja menjadi satu kriteria penting seseorang pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani mempertahankan hujah-hujah yang dikemukakan.



Guru pembimbing kajian
Guru dan pelajar SMK Bandar Tenggara
Jawatankusaa Induk:
Penaung :
Tuan Hj Mohd Nor bin A.Ghani
Pengarah Pelajaran Johor

Penasihat
Tuan Hj Md Hasidin bin Hj Zaini
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor

Pengerusi
En Abdul Aziz bin Haji Redwan
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekoah
Jabatan Pelajaran Johor

Timbalan Pengerusi
Pn Hjh Saadiah binti Mohd Said
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Johor

Naib Pengerusi 1
Datin Hjh Hasnah binti Md Sem
Pegawai Pendidikan Daerah Kulai

Naib Pengerusi 2
Tuan Hj Rozali bin Jemali
Pengerusi MPPT6 Negeri Johor

Setiausaha,
En Mohd Sha'ari bin Sapari
Pengetua, SMK Tunku Abd rahman Putra

CERAMAH WAKAF AL QUR'AN UNTUK WARGA SEKOLAH

18 Oktober 2013: Dewan Permata

Mendengar ceramah wakaf
Program Wakaf yang dijalankan di peringkat sekolah adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada tujuh puluh satu buah Sekolah Agama, di Daerah Kota Tinggi melalui Wakaf Al Qur'an..

Wakaf  bermaksud memberhentikan harta milik kita menjadi milik Allah S.W.T sehingga hari kiamat. Kata Mohd Saipudin Bahari, penceramah wakaf pelaburan untuk akhirat yang hadir pada hari Jumaat lepas sempena Majlis Pembudayaan Al Qur'an di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Sesi pengajaran dan pembelajaran bermula pada jam 8.10 pagi di mana semua murid dan pelajar berada di kelas masing-masing.

Antara kebaikan yang dapat kita perolehi ialah mendapat ganjaran pahala secara berterusan selagi harta wakaf (Al Qur'an) itu dibaca oleh murid, pelajar dan guru-guru sekolah agama berkenaan. Kedua, merupakan amal jariah kita kepada simati sama ada bapa atau ibu atau keluarga atau orang perseorangan yang dinyatakan dalam akad wakaf. .

Penceramah wakaf

Warga SMK Bandar Tenggara
Untuk renungan:
Surah Al Hadid, Ayat 11
" Sesiapa yang meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (ganjaran) pinjaman itu baginya dan dia akan memperolehi pahala yang mulia"
Ditaip semula dari pemplate Wakaf Al Qur'an.

DUA PELAJAR SEKOLAH KITA MENGUJI BAKAT DI PERINGKAT NEGERI JOHOR DALAM MENDEKLAMASIKAN SAJAK DAN PUISI

19 Oktober 2013 : Meneruskan kecemerlangan

Hazira Shamsul Ihtihsham dan Nur A'fiah Zolkeple
Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia menjadi agenda utama dalam program Sayembara Deklamasikan Puisi yang telah diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor cawangan Bandar Tenggara tempoh hari.

Persatuan Penulis Muda (PPJ) merupakan penggerak utama kepada program yang mendapat kerjasama daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ). Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Abdul Hamid, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor.

Shamsul Ihtihsham melaporkan, antara tujuan program tersebut ialah untuk meneguhkan semangat perpaduan kaum melalui pengucapan awam, disamping itu hubungan rakyat dengan institusi bahasa dan sastera dapat dirapatkan serta berupaya menanamkan rasa cinta generasi muda kepada sastera dan budaya.

Dua orang pelajar kita, Hazira Shamsul Ihtihsham dan Nor A'fizah Zolkeple telah mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara dalam program berkenaan.

16 October, 2013

PROGRAM PASCA PMR 2013 MENDIDIK MURID UNTUK LEBIH YAKIN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

16 Oktober 2013 : Program PASCA PMR
Nama program : Meningkatkan Jati Diri

Gotong royong meningkatkan kerjasama 
Program-program yang dirancang oleh pihak sekolah khususnya untuk murid-murid tingkatan tiga yang dikenali sebagai Pogram PASCA PMR (Penlaian Menengah Rendah) banyak menjurus kepada penglibatan murid dalam menjalani kehidupan seharian.

Khairulnizam Mohd Yusof, penyelaras program ditemui berkata murid-murid perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat kita. Umpamanya kata beliau, tidak semua murid berpeluang untuk menyembelih ayam, menguruskan jenazah  dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan. Dengan program sebegini diharapkan mereka akan menjadi insan yang berguna dan boleh diharap sebagai penganti kepada generasi sebelumnya untuk mewarisi kehidupan masyarakat kita.

Gotong royong
Guru memberi bimbingan cara potong ayam untuk dimasak

Nama program : Pengurusan jenazah


Sedang dikemaskini



Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ