"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera", merupakan visi sekolah kami,"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" menjadi misi kami, "Berilmu, Beramal dan Berbakti" moto sekolah kami,"Sekolahku Gemilang"- merupakan amalan dan pegangan kami. SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia.
23 March, 2013
19 March, 2013
MARSHAL JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA MEMULAKAN TUGAS RASMI KEJOHANAN
22 Mac 2013: Stadium MPKu
Tugas marshal hadiah berjalan dengan lancar apabila semua jawatankuasa yang terlibat bergabung tenaga dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kulaijaya kali ke-31 Tahun 2013.
![]() |
JK Hadiah dan Cenderahati |
Tugas marshal hadiah berjalan dengan lancar apabila semua jawatankuasa yang terlibat bergabung tenaga dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kulaijaya kali ke-31 Tahun 2013.
Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah urus setia, pengacara kejohanan, jawatankuasa perasmian penutup, pegawai-pegawai kejohanan, pengurus pasukan dan capron serta para atlit yang terlibat.
19 Mac 2013 : Stadium Mini Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu)
SUMBANGAN SMK BANDAR TENGGARA
1.0 Stadium Bandar Tenggara
2.0 JK Penggambaran dan Dokumentasi
3.0 Sekolah Pertama Membuat Laporan Secara ICT
3.1 Kejohanan MSSD
3.2 Pertandingan Kawad Kaki
3.2 Kejohanan Memanah MSSJ
Penyelaras Jawatankuasa Hadiah dan Cenderahati, Hafilah Hamzah ditemui berkata tugas pertama yang dilaksanakan ialah menyemak semua hadiah yang diterima daripada pembekal. Terima kasih kepada Penyelia Sukan Daerah Kulaijaya, Abdul Talib Daud kerana memberi mandat kepada SMK Bandar Tenggara untuk menjalankan tugas tersebut.
Guru Kokurikulum Tingkatan Enam, Zolkeple Jemadar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, SK Polis Kem dan SK Air Manis, Hajah Azizah Ariffin dan Seroun Hj Samsudin kerana hadir pada masanya semata-mata melaksanakan tugas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang disamping itu meraikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kulaijaya Kali Ke-31 tahun ini.
Turut hadir dalam majlis penyampaian hadiah ialah Penolong Ketua Sektor HEM Jabatan Pelajaran Johor, Rosli Husin.
TIMBALAN PENGERUSI :
![]() |
JK Hadiah dan Cenderahati, diketuai oleh Hafilah Hamzah |
1.0 Stadium Bandar Tenggara
2.0 JK Penggambaran dan Dokumentasi
3.0 Sekolah Pertama Membuat Laporan Secara ICT
3.1 Kejohanan MSSD
3.2 Pertandingan Kawad Kaki
3.2 Kejohanan Memanah MSSJ
Penyelaras Jawatankuasa Hadiah dan Cenderahati, Hafilah Hamzah ditemui berkata tugas pertama yang dilaksanakan ialah menyemak semua hadiah yang diterima daripada pembekal. Terima kasih kepada Penyelia Sukan Daerah Kulaijaya, Abdul Talib Daud kerana memberi mandat kepada SMK Bandar Tenggara untuk menjalankan tugas tersebut.
Guru Kokurikulum Tingkatan Enam, Zolkeple Jemadar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, SK Polis Kem dan SK Air Manis, Hajah Azizah Ariffin dan Seroun Hj Samsudin kerana hadir pada masanya semata-mata melaksanakan tugas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang disamping itu meraikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kulaijaya Kali Ke-31 tahun ini.
![]() |
Penyelia Sukan PPD Kulaijaya bersama JK Hadiah dan Cenderahati |
SMK BANDAR TENGGARA
JK HADIAH DAN CENDERAHATI
PENGERUSI :
TN HJ ARMAS BIN DERUSMAN
TIMBALAN PENGERUSI :
PN. ANIM BINTI MOHAMED JAIB
NAIB PENGERUSI 1 :
EN. AHMAD BIN SURVI
NAIB PENGERUSI 2 :
EN. RASHID BIN MUHIDIN
NAIB PENGERUSI 3 :
EN. MOHD POZI BIN KEMIN
EN. MOHD POZI BIN KEMIN
JAWATANKUASA KECIL
PN. HAFILAH BINTI HAMZAH
GURU KOKURIKULUM TINGKATAN 6
EN. ZOLKEPLE BIN JEMADAR
GURU KOKURIKULUM TINGKATAN 6
CIK AINEZAH BINTI ASNI
CIK HANIFATIZA BINTI MOHD YUSOFF
CIK MUNIRAH BINTI SIDEK
MARSHAL
NUR A’FIZAH BINTI ZULCAPELE (KETUA)
NORHAZIRA ROHANI
ERNA ARINAQ ADAM
MOHAMMAD SHAHZUAN MD ABD LATIF
MUHAMMAD AZWA JAAMAT
MUHAMMAD DANIAL ASYRAF ZULKIFLI
IZZUL ISLAM ABDUL ABAS
MUHAMAD HARISS JEFRYDIN
MOHD HUSSAINI ROSLANI
NURIZZATUL AINA ABDUL SHUKOR
NURU NAQIBAH SYUHADA ABDUL MALIK
NUR FATIHAH
NORHAZIRA ROHANI
ERNA ARINAQ ADAM
MOHAMMAD SHAHZUAN MD ABD LATIF
MUHAMMAD AZWA JAAMAT
MUHAMMAD DANIAL ASYRAF ZULKIFLI
IZZUL ISLAM ABDUL ABAS
MUHAMAD HARISS JEFRYDIN
MOHD HUSSAINI ROSLANI
NURIZZATUL AINA ABDUL SHUKOR
NURU NAQIBAH SYUHADA ABDUL MALIK
NUR FATIHAH
18 March, 2013
KEPUTUSAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) DIUMUMKAN HARI INI
![]() |
Pengetua, Tn Hj Armas Derusmas mengumumkan keputusan STPM 2012 |
Ucapan pengetua mendapat tepukan gemuruh apabila beliau mengumumkan SMK Bandar Tenggara menduduki tempat kedua di daerah Kulaijaya. Manakala daerah Kulaijaya pula tersenarai di tempat pertama di negeri Johor.
Pengetua, Tn Hj Armas Derusmas mengucapkan tahniah kepada semua calon dan guru SMK Bandar Tenggara ketika mengumumkan keputusan STPM 2012 tersebut di Dewan Permata, tengahari ini. Selepas itu beliau menyampaikan cenderahati kepada 18 orang calon cemerlang STPM 2012.
![]() |
Pelajar cemerlang, Nurul Ain Ismail (4.00 - 4A) menerima cenderahati daripada pengetua |
Turut menyampaikan ucapan ialah Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin, di hadapan calon-calon STPM tahun lepas, pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas, ibu bapa dan guru pra universiti SMK Bandar Tenggara.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya (PPPD Kulaijaya, Mansor Othman sebagai ibu bapa, Kaunselor sekolah, Hj Khairudin Abu Nawas dan Salmah Othman, juga hadir pada majlis tersebut
![]() |
Senarai nama pelajar cemerlang STPM 2012 |
Sila kunjungi laman web : Keputusan STPM 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dasar Utama Kokurikulum
PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ