18 December, 2014

02 December, 2014

ICT - MATAPELAJARAN TERAKHIR SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2014

2 Disember 2014 : Dewan Permata

Calon ICT sekolah
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada 3 November lepas berakhir pada hari Selasa ini iaitu 2 Disember 2014. Seramai 38 orang murid daripada kelas Tingkatan 5 Baiduri menduduki kertas terakhir iaitu Information And Communication Technology (ICT) selama 2 setengah jam bermula 2.00 petang.

Sepanjang peperiksaan SPM tahun ini semua calon menduduki peperiksaan di Dewan Permata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.
Doa guru mengiringi calon-calon SPM 
Turut sama mengiringi calon-calon peperiksaan ke dewan peperiksaan ialah pengetua sekolah, Pn Zaharah Mohd Jani, PK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib, PK Hal Ehwal Murid, En Rashid Muhidin, PK Kokurikulum, En. Ahmad Survi, guru-guru kanan matapelajaran, Pn Hjh Hamimah Yunos, Pn. Hjh Hasnah Kasnan, Pn Hjh Hayati Abdullah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, En Aspar Mohamad, Pn Noridah Sidek, guru disiplin, En. Shamsul Ihtihsham Musa, penyelaras dan jawatankuasa peperiksaan SPM, guru-guru matapelajaran serta ibu bapa calon.

30 November, 2014

BERITA DAN FOTO WHATSAPP DITERIMA SEPANJANG CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2014

Berita Whatsapp SMK Bandar Tenggara dan Telegram

Selamat Pengantin Baru Cikgu Ariff
Foto Siti Hanizan Samsuri
Antaranya ialah
1. Pemulangan Buku Teks
2. Perkhemahan Pandu Puteri Remaja
3. Majlis Perkahwinan - Cikgu Ariff Reduan
Murid 5 Baiduri membuat serahan buku teks 

Tn Hj Zolkeple bersama MB Johor
Foto : Siti Hanizan Samsuri
Foto : Siti Hanizan Samsuri
Cik Anili Fasha dan Cik Siti Hanizan
Berjaya mendapat Pengijazahan - Master Pendidikan 2014, UTM, Skudai

4. Dan lain-lain lagi.

Sebagai satu inisiatif. Gambar foto dan berita akan dipaparkan dalam blog ini sekiranya mendapat izin dan maklumat lengkap tentang peristiwa tersebut.

Terima kasih di atas sokongan tuan/puan warga SMK Bandar Tenggara melalui media telefon pintar.

PELAJAR MENABUR BAKTI MELALUI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ARP RAKAN MUDA 2014

29 November 2014 : Khidmat Masyarakat

Berkhidmat di Majlis Perkahwinan
Taman Sayong Pinang Bandar Tenggara
Program Anugerah Remaja Perdan Rakan Muda (ARPRM) membawa kesan yang mendalam dijiwa dan sanubari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara sehingga dengan sukarela menabur bakti membantu dan menguruskan majlis jamuan makan sempena majlis perkahwinan di rumah Tuan Hj Aminuddin Mohd Sani pada Sabtu lepas.

Pertauliahan ARPRM Kategori Sekolah Aktif Peringkat Negeri Johor 2014

Mereka yang terlibat:-
1. Nur Syahirah binti Mohd Khalid
2. Nur Hajirah binti Karim
3. Nurul Amira binti Jailani
4. Noraini Sakinah binti Abd Shukor
5. Mohd Ikmal Hadi bin Rosli
6. Abdul Hadi bin Misnan
7. Mohd Hasrul Hisham bin Hassan

23 November, 2014

BAHAN-BAHAN KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM 2015


Contoh-contoh Fail Pengurusan (Plan Strategik) :-
Disediakan oleh En. Abd Ghani bin 
Abas, 
SMK Bandar Putra, Kulaijaya
1. Plan Strategik
2. Plan Tektikal
3. Plan Operasi

Contoh yang mengandungi ketiga-tiga item:-
Plan Strategik, Plan Tektikal dan Plan Operasi

Pembentangan Tajuk Plan Strategik




20 November, 2014

TINGKATAN EMPAT 2014

TINGKATAN EMPAT 2014

Tingkatan 4 Baiduri :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

Tingkatan 4 Delima :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

Tingkatan 4 Intan :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

Tingkatan 4  Mutiara :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian)

TINGKATAN ENAM BAWAH 2014

TINGKATAN ENAM BAWAH 2014

Tingkatan 6B Baiduri :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

Tingkatan 6B Delima :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

Tingkatan 6B Intan :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

Tingkatan 6B Mutiara :
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

Tingkatan 6B Zamrud
1. Senarai nama dan agihan kokurikulum. (untuk rujukan guru).
2. Fail Siap. (untuk digunakan dalam sistem penilaian).

17 November, 2014

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN KOKURIKULUM 2014 - SEKOLAH RENDAH DAERAH KULAIJAYA

18 November 2014:  SHAH'S BEACH RESORT, MELAKA
Sebahagian peserta kursus

Bahan Kursus.
1. Dasar Kokurikulum
     - Penyampai En. Ahmad Survi
       SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya

2. Pengurusan Kewangan Kokurikulum
    - Penyampai En. Kamalullail Toha
      SMK Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar, Kulaijaya

3. Perancangan Strategik
   - Penyampai En. Ghani bin Abas
     SMK Bandar Putra, Kulaijaya

4. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
    - En. Jafri Sikun
      SMK Kelapa Sawit, Kulaijaya

5. Format Laporan Program

6. Contoh Laporan Program RIMUP

Contoh-contoh Fail Pengurusan (Plan Strategik) :-
1. Plan Operasi
2. Plan Tektikal

12 November, 2014

09 November, 2014

SMK BANDAR TENGGARA MENERIMA ANUGERAH KATEGORI UNIT ARP RAKAN MUDA SEKOLAH AKTIF PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

9 November 2014 : Dewan Jemerlang INTAN Kluang
Unit ARP Rakan Muda Sekolah Aktif 2014
Yang Berhormat Dato' Zulkarnain Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia , Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Darul Ta'zim merasmikan Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda tahap Perak Peringkat Negeri Johor 2014 di Dewan Jemerlang, INTAN, Kluang, Johor.

Turut sama hadir dalam majlis gilang gemilang itu ialah Yang Berusaha Tuan Hj Hasidin Zaini, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, wakil rasmi pengarah; Yang Berusaha En. Abd Aziz Ab Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor; Dr Azani Salleh, Pengarah Intan Kampus Wilayah Selatan; En. Sabran Bahar, Pengarah Cawangan Potensi Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia; wakil-wakil Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah, barisan pemimpin ARP Rakan Muda negeri dan daerah, pegawai-pegawai JBS dan dif-dif jemputan.
Sehari sebelum majlis pertauliahan, penyerahan Buku Diari dan Pasport Perak
Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) adalah sebuah program pengiktirafan daripada pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementarian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang bertaraf antarabangsa kepada peserta-peserta yang berdaftar dengan Badan Operasi setiap Negeri dan daerah masing-masing.

Program ini terbuka kepada semua golongan remaja berumur antara 14 hingga 25 tahun tanpa mengira agama, jantina, bangsa, ketidakupayaan fizikal mahupun fahaman politik.

Antara objektif penting program ini ialah menghargai usaha dan ketekunan para peserta yang telah melengkapkan 4 komponen penting iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak selama 3 hari dua malam,

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah menerima Anugerah Kategori Unit ARP Rakan Muda Sekolah Aktif Tahun 2014. Sekolah-sekolah lain yang menerima anugerah tersebut ialah SMK Dato' Abdul Rahman Andak (Kluang), SMK Dato' Syed Esa (BAtu Pahat), SMK Bukit Naning (Muar) dan SM Agama Bugisia (Pontian).

Cikgu Hafilah Hamzah, menerima anugerah Pemimpin Aktif 2014
SMK Bandar Tenggara juga menerima satu lagi anugerah iaitu Anugerah Pemimpin ARP Rakan Muda Aktif Peringkat Negeri Johor 2014 iaitu Puan Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum, Prauniversiti SMK Bandar Tenggara. Beliau berjaya melahirkan peserta tahap Perak seramai 92 orang pelajar.
Satu lagi anugerah yang diterima oleh pihak sekolah ialah Anugerah Khas ARP Rakan Muda yang telah menyumbang tenaga semenjak tahun 2008 - 2014 iaitu En. Ahmad Survi, GPK Kokurikulum sekolah ini. Sekolah-sekolah lain di daerah Kulaijaya yang mendapat anugerah khas ini ialah SMK Tunku Abdul Rahman Putra, En. Oii Jok Tek dan SMK Indahpura 1, En. Mohd Nor Azam Shuib.

En. Khairulnizam Md Yusof, Pemimin Sekolah menerima sijil anugerah daripada Tuan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor sempena Majlis Pertauliahan Pingat Tahap Perak Peringkat Negeri Johor 2014 

Daerah Kulaijaya muncul sebagai Badan Operasi Aktif 2014 kerana berjaya melahirkan 196 peserta tahap Perak bagi tahun 2014.
Farid Izzudin Zulkifli, Penolong Ketua Pengawas Sekolah, memimpin pasukan Pengakap Sekolah dan menjadi Johan Peringkat Negeri 
Mohd Hasrul Hisham Hassan, Ketua Murid antara yang menerima anugerah Perak 2014
Khairul Azizi Ahmad, murid Pendidikan Khas, penglibatan tertinggi sehingga peringkat Kebangsaan dalam permainan petanque
wajah-wajah ceria penerima anugerah - sumbangan mereka membawa kejayaan sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan
Peserta tahap Perak berpotensi menjadi peserta tahap Emas antaranya Hazira Shamsul Ihtisham dan Haniss Nur Haziwah Zolkeplee baru Tingkatan 3 tahun ini.
Arus Perdana (Tingkatan 3,4 dan 5) serta Pendidikan Khas
Johor 2014 sebagai ketua platun, Pertandingan Kawad Kaki NGO-Lelaki Peringkat Negeri Johor

Penerima Anugerah ARP Rakan Muda Prauniversiti SMK Bandar Tenggara

Sebahagian pelajar pra universiti penerima anugerah ARPRM tahap Perak 2014

PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM ARP RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 
Graf Pencapaian Sekolah
Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) adalah suatu program pengiktirafan daripada pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementarian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang bertaraf antarabangsa kepada peserta-peserta yang berdaftar dengan Badan Operasi setiap Negeri dan daerah masing-masing. Program ini terbuka kepada semua golongan remaja berumur antara 14 hingga 25 tahun tanpa mengira agama, jantina, bangsa, ketidakupayaan fizikal mahupun fahaman politik. Antara objektif penting program ini ialah menghargai usaha dan ketekunan para peserta yang telah melengkapkan 4 komponen penting iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.

07 November, 2014

PELAJAR SEKOLAH BERJAYA MELENGKAPKAN SYARAT PERTAULIAHAN ARP RAKAN MUDA 2014

7 November 2014 : Bilik Seminar
Peserta tahap Perak 2014
Foto : Firdaus
Seramai 153 orang peserta tahap Perak tahun ini menunjukkan bukti yang mereka layak untuk dianugerahkan pingat tahap Perak setelah melengkapkan 4 komponen, merekod dan berjaya menjalani temuduga pada 28 November 2014 lalu yang ditetapkan oleh Badan Operasi Johor Bahru, di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Taklimat pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahap Perak disampaikan oleh pemimpin sekolah, En. Ahmad Survi di Bilik Seminar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara pagi ini. Tambahnya lagi Pentaksiran PT3 bermula tahun ini murid Tingkatan Tiga akan mendapat pelaporan akademik melalui Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) termasuk SEGAK dan pelaporan psikometri.

Beliau menegaskan lagi, peserta program di sekolah ini amat bertuah kerana dapat melaksanakan satu lagi "ekstra-kurikulum" yang menjadi nilai tambah kepada pencapaian murid di bidang kokurikulum.

En Ahmad Survi menyampaikan taklimat
Seramai 153 penerima anugerah tersebut akan menerima sijil dan pingat tahap Perak yang akan berlangsung di Dewan Jemelang, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), Kluang,Johor pada 8 November2014 (Sabtu).

Tahun ini paling bersejarah apabila 6 peserta Perak lahir daripada murid Pendidikan Khas sekolah ini. Mereka juga dapat melengkapkan 4 komponen ARPRM tahap Perak dengan melaksanakan Khidmat Masyarakat, Kemahiran dan Rekreasi Fizikal selama 6 bulan serta menambah 6 bulan lagi pada komponen khidmat masyarakat dan menjalani penjelajahan lasak selama 3 Hari 2 Malam di Hutan Sembrong, Batu Pahat, Johor. 

Fitri mengetua bacaan Ikrar ARP Rakan Muda 
Saudara Fitri mengetuai bacaan Ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak di hadapan peserta-peserta lain di Bilik Seminar SMK Bandar Tenggara selepas sesi taklimat yang berlangsung selama 1 jam 30 minit.




Majlis bacaan ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak
Ikrar ARP Rakan Muda tahap Perak
Link ke Program Anjuran Institut Belia Malaysia (IBM/ IYRES)

MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN HJ SAWILAH M. AUF DI PRIME CITY KLUANG MERIAH

`7 November 2014 : Prime City Kluang


Sedang dikemaskini.

06 November, 2014

MEMPERKASAKAN BELIA MALAYSIA MEMALUI KAJIAN BERFOKUS DI UTC, JOHOR BAHRU

Sabtu : UTC Johor Bahru

Guru-guru dan peserta ARP Rakan Muda bersama pegawai IYRES
Institut Pembangunan Belia Malaysia (IPBM)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mendapat jemputan untuk satu sesi dialog yang dijalankan oleh Institut Pembangunan Belia Malaysia. Sekolah ini terpilih kerana dikenalpasti menjalankan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di peringkat sekolah sejak tahun 2010 lagi

Singkatan perkataan IYRES atau IPBM, peranannya kepada perkembangan Belia Malaysia dan perkhidmatan institut ini diterangkan dengan panjang lebar oleh Encik Mohd Rizal selaku ketua kajian di UTC, Johor Bahru baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang terdiri daripada Encik Ahmad bin Survi, Puan Hafilah binti Hamzah, Encik Khairulnizam bin Mohd Yusoff, Encik Abdul Rahman bin Salleh serta tiga orang peserta ARP Rakan Muda turut memberi penjelasan dan pandangan melalui pengalaman mereka melaksanakan ARP Rakan Muda di sekolah.

Selaku pemimpin sekolah, Encik Ahmad memberi penerangan dan analisis pencapaian sekolah semenjak beliau dilantik sebagai pemimpin pada tahun 2009 lagi. Beliau berkata, kejayaan pertama sekolah ialah apabila seramai 53 orang guru dilantik sebagai pemimpin ARP Rakan Muda peringkat sekolah oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru yang merupakan Badan Operasi ARP melalui kursus anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Berikut adalah pencapaian sekolah SMKBT menurut penjelasan pepimpin ARP Rakan Muda sekolah iaitu bermula pada tahun 2010, seramai 129 murid telah ditauliahkan pingat tahap Gangsa, 2012 (131 Gangsa, 31 Perak), 2013 (134 Gangsa, 80 Perak) dan Tahun 2014 seramai 135 Gangsa dan 154 Perak yang akam menerima pertauliahan pada 8 November 2014 di Dewan Jemelang, Institut Tadbir Awam (INTAN), Kluang.



3 NOVEMBER SEJARAH BUAT CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

November 2014 : Dewan Permata

SPM 2014
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bermula pada hari Selasa dengan peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu 1 dan 2 pada 3 November yang lalu dan berakhir pada hari Rabu, 3 Disember 2014 bagi calon-calon yang mengambil matapelajaran Sains Sukan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Puan Zaharah binti Mohd Jani turut sama bertemu dan bersalam-salaman dengan calon SPM sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan.

Begitu juga Puan Anim binti Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran; Encik Rashid bin Muhiden Hal Ehwal Murid; Encik Ahmad bin Survi, PK Kokurikulum; Encik Mohd Pozi bin Kemin, PK Tingkatan Enam; Puan Hjh Hamimah binti Yunus, GKM Sains dan Matematik; Puan Hjh Hasnah binti Kasnan ,GMK Sains Sosial; Puan Hjh Hayati binti Abdullah, GPK Bahasa; En.Aspar bin Mohamad dan Pn. Rosidah binti Sidek,Guru Bimbingan dan Kanseling; guru-guru serta ibu bapa turut sama berkumpul untuk nmemberi semangat dan berdoa kepada semua calon semoga berjaya dalam peperiksaan yang dihadapi.

Laungan azan oleh Hakim bin Azman
sebelum memasuki dewanpeperiksaan

01 November, 2014

FUTSAL 1MURID 1SUKAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN DAERAH KULAIJAYA MARA KE PERINGKAT SUKU AKHIR

30 Oktober 2014: Segamat
Pasukan Futsal Daerah Kulaijaya
Pengurus Pasukan Futsal

Pertandingan Futsal 1Murid 1Sukan Piala Menteri Pendidikan Malaysia Peringkat negeri Johor diadakan di Segamat bermula 30 hingga 31 Oktober 2014 yang lepas. Encik Khairul Aime Mohd Termizi ditemui berkata, sebanyak 12 pasukan dari setiap daerah terlibat. Pasukan futsal daerah Kulaijaya berjaya menjadi naib johan kumpulan D.

Pada peringkat kumpulan D, kita kalah dengan SMK Sungai Abong, Muar 1-5. Perlawanan seterusnya kita menewaskan pasukan SMK Tanjung Andang, Gelang Patah dengan jaringan 3-1. Dengan kemenangan ini kita mara ke peringkat suku akhir apabila muncul naib juara kumpulan D.

Pada peringkat suku akhir pasukan futsal daerah Kulaijaya tewas dengan SMK Parit Bunga, Ledang dengan jaringan 1-5. Walau pun kami kalah dengan juara kumpulan B namun saingan tetap diberikan. Syabas kepada semua pemain futsal daerah Kulaijaya.

Link ke Laman Blog 1Murid 1Sukan - Futsal

31 October, 2014

BACAAN SURAH YASSIN, SURAH AL-WAQIAH DAN SOLAT HAJAT AMALAN TERBAIK UNTUK KECEMERLANGAN ANAK DIDIK SMK BANDAR TENGGARA

30 Oktober 2014: Dewan Permata

Ucapan pengetua selepas solat hajat
Program pembudayaan al-Quran yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam merupakan salah satu amalan terbaik yang menjadi fokus ucapan pengetua pagi ini. Katanya lagi, pembacaan surah Yassin, surah Al-Waqiah dan solat hajat berjemaah yang sentiasa menjadi amalan menjadikan kita cemerlang di bidang akademik khusunya dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun-tahun sebelumnya.

Tambahnya lagi, kita menerima 10 jenis anugerah sempena Majlis Kualiti Pendidikan Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 yang dibentangkan olehnya di PPD Kulaijaya baru-baru ini. Tahniah kepada guru-guru agama serta semua warga guru, murid serta pelajar SMK Bandar Tenggara.

Disamping itu juga program-program akademik, seperti pecutan matapelajaran sains, matematik, sejarah, Bahasa Inggeris dan lain-lainya subjek menjadi agenda utama pihak pengurusan yang dikelolakan oleh Puan Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran.

Manakala pembentukan disiplin dan sahsiah murid diterajui oleh En. Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kecemerlangan kokurikulum di bawah penyeliaan Encik Ahmad Survi, PK Kokurikulum meningkatkan lagi kecemerlangan secara keseluruhan.

Tidak lupa juga kepada guru-guru tingkatan, guru matapelajaran dan kaunselor sekolah yang diketuai oleh Pn. Noridah Sidek dan Encik Aspar bin Mohamad menjadikan kita cemerlang di peringkat daerah Kulaijaya dan negeri Johor.

Majlis bacaan doa khusus untuk Pn. Hjh Sawilah M.Auf
kerana bersara pada 30 Oktober 2014
Suasana sayu bersama Pn Hjh Sawilah, Ketua Bidang Vokasional dan Teknik, kiriman foto oleh En. Abd Rahman Salleh,dalam Whatsapp SMKBT Group.
Suasana sedih kelihatan apabila Puan Hjh Sawilah M.Auf menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang Guru Kanan Matapelajaran Vokasional dan Teknik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BandarTenggara. Sambutan buat kali terakhir diadakan dalam keadaan sederhana di mana bacaan doa khas bersama 780 orang pelajar dan 83 guru diadakan di Dewan Permata selepas bacaan Yassin, surah al-Waqiah dan solat hajat dipimpin oleh Ustaz A. Rahim Arshad.

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah,sesi 2013-2014, Encik Abd Rahman Saleh telah mengumumkan pada 7 November 2014 akan diadakan satu majlis perpisahan untuk Pn Hjh Sawilah M.Auf di Hotel, BCB Kluang, Johor Darul Takzim. Pengurusan majlis tersebut dikendalikan oleh Pn.Zulaikha Ngaliman.

30 October, 2014

PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI UNTUK PERPADUAN (RIMUP) PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014


30 Oktober 2014: SMK Indahpura 1
Ucapan perasmian penutup oleh Pengetua SMK Indahpura 1
Puan Hjh Noraini binti Juahir
Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP), kumpulan A diadakan di SMK Indahpura 1, Kulaijaya selama dua hari bermula semalam. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indahpura 1 sebagai tuan rumah, SMK Bandar Tenggara, SMK Kulai Besar, SMK Kangkar Pulai, SMK Senai dan SMPK Vokasional Indahpura. Peserta perkhemahan adalah seramai 71 orang.

Pengetua sekolah SMK Indahpura 1, Pn Hjh Noraini binti Juahir menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986 lagi. 

Katanya lagi, RIMUP ialah hasil ilham Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. 

Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah.

KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikan pendekatan  yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.

Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama.


Beliau mengucapkan syabas kepada semua peserta walau pun cuaca hujan tidak mematahkan semangat peserta untuk mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang. 
Kem Komandan, En.Mazalan Zaini, menyampaikan ucapan dan komen
Peserta perkhemahan


Peserta perkhemahan bergambar bersama pengetua SMK Indahpura 1
AJK serta guru-guru pengiring
Khemah terpaksa dipindahkan kerana hujan
LDP - menarik kata peserta
Aktiviti Sukanika
Buku Program Perkhemahan RIMUP 2014

Muka surat 2

Peserta SMK Bandar Tenggara

PK Kokurikulum, En. Ahmad Survi hadir pada majlis penutup

Banner RIMUP


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ