02 December, 2010

Mesyuarat Pengurusan Tahun 2011

Mesyuarat dipengerusikan oleh Zainal Othman, Pengetua SMK Bandar Tenggara.
Seramai 13 orang guru terlibat. Mereka terdiri daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Perpustakaan dan Media. Mesyuarat dimulakan pada jam 9.09 pagi, di Bilik Gerakan.

Agenda mesyuarat:-
1. Ucapan alu-aluan Pengetua.
 - Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Johor - oleh  Anim Mohamed Jaib, GPK Pentadbiran.
2. Membentangkan minit mesyuarat kali ke-8 oleh Hayati Abdullah, Setiausaha.
- Cadangan pengesahan : Hjh Muzayanah Sumrah, Sokongan : Ahmad Survi.
3. Pembahagian tugas pengurusan 2011.
A. Pengurusan Pentadbiran (Akademik, Sumber Manusia, Pembangunan dan Kewangan).
B. Pengurusan Kurikulum.
C. Pengurusan Pendidikan Khas.
D. Pengurusan Tingkatan 6.
E. Pengurusan Media dan Perpustakaan.
F. Pengurusan Hal Ehwal Murid.
G. Pengurusan Kokurikulum.

01 December, 2010

Mesyuarat Pentadbiran Sekolah

Mesyuarat Perntadbiran Sekolah akan diadakan pada hari 1 Disember 2010, bertempat di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara.

29 November, 2010

LATIHAN PUSAT - PERSEDIAAN KE LONDON, UNITED KINGDOM 2011

Piala Naib Juara Kejohanan Polobasikal Peringkat Komanwel di India pada tahun 2009 - dimenangi oleh Malaysia. Piala ini akan dibawa ke London Tahun 2011 untuk pertandingan seterusnya. India menjadi Juara pada tahun 2009 - membawa pulang piala Juara.

Sesi latihan pusat telah pun bermula pada 19 dan 20 November 2010, di Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang, Masai, Johor Darul Takzim. Kepada pemain-pemain baru dialu-alukan untuk turut serta dalam latihan tersebut.

Seramai dua orang guru SMK Bandar Tenggara terlibat iairu Ahmad Survi dan Aidil Shamin Abd Razak.
Latihan seterusnya pada bulan Disember 2010, minggu 2 dan 3, setiap hari Sabtu dan Ahad.

Tujuan latihan:-
1. Memantapkan pasukan polobasikal.
2. Memilih bakat dan pemain baru.
3. Persediaan untuk ke Kejohanan Polo Basikal komanwel kali ke-2 di London, United Kingdom.
4. Persediaan untuk lawatan persahabatan di Canada (jika cukup budget).
5. Persediaan untuk Kejohanan Polo Basikal Asia di India. 

XPDC BERBASIKAL ENDAU- ROMPIN - PETA

XPDC ENDAU-ROMPIN (PETA) adalah anjuran Pusat Kokurikulum Johor Bahru johor. Diketuai oleh Encik Nordin bin Ramlan, Ketua Unit, Pusat Kokurikulum Johor Bahru, Johor Malaysia.

Negeri-negeri yang terlibat dalam XPDC Berbasikal ke Endau Rompin -PETA adalah Johor, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Seramai 97 orang tidak termasuk Urusetia seramai 35 orang.

Isnin : 22 November 2010

2.00 ptg Pendaftaran di SK LKTP Ulu Dengar, Felda Ulu Dengar Kluang.

5.00 ptg Taklimat Kem Komandan dan pengenalan kursus.
8.45 mlm Ice Breaking dan taklimat pergerakan.

Selasa : 23 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pagi Kayuhan dari SRJK Tamil Kahang Batu 24.
Rakan-rakan dari Perak dan Sabah Serawak.
6.30 ptg Sampai Kg PETA, Mersing.



8.45 mlm LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Rabu : 24 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pagi Kayuhan "Off Road Taman Negara Endau Rompin".
Pemandangan dari SK PETA, Mersing


Jeram di Ulu Jasin
6.30 ptg Pulang semula ke Sekolah Rendah Kg PETA.
8.45 mlm LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Khamis : 25 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pagi Kayuhan dari SK Kg PETA.
6.30 ptg Sampai ke SJK Tamil, Kahang Batu 24, Mersing.
8.45 mlm Refleksi
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Jumaat : 26 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pgi Khidmat Masyarakat
10.30 pagi Majlis Penutup

2.00 ptg Kembali ke rumah..

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ