29 July, 2011

YB Dato' Haji Baderi Menutup Rasmi Bengkel dan Latihan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya



Kulaijaya- Yang Berhormat Dato' Haji Baderi bin Haji Dasuki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cawangan PANTI, Kota Tinggi turun ke SMK Bandar Tenggara 2 untuk Majlis Penutupan Bengkel dan Latihan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya. Turut mengiringi YB ialah Pengetua SMK Bandar Tenggara 2, Tuan Haji Shahrom bin Sukari, Pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani, Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Ustaz Abd Rahman Ismail.

Turut menyambut ketibaan YB ialah Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya, Mansor Othman, Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdull Talib Daud, Penyelia Kokurikulum, Johan Nasir, pengetua-pengetua, Guru-guru Kanan, guru-guru pengiring dan peserta bengkel.
Banting: SMK Sultan Alaudin, Bukit Besar.



Keputusan Perlawanan Persahabatan:-
1. SSA (1) vs BT2 (1)
2. KS (3) vs BP (1)
3. STARP (0) vs BT (8)
4. SSI (0) vs SP (0)
5. S (2) vs KB (1)
6. SMKPK A (2) vs KK (1)
7. IP 1(2) vs KP (4)
8. SMPK B (1) vs SMA (1)

Sekolah yang mendapat gol terbanyak ialah SMK BANDAR TENGGARA dan SMK KANGKAR PULAI, dipertemukan dalam perlawanan persahabatan peringkat akhir, telah berlangsung pada jam 4.45 petang.
Keputusannya : SMKBT (7) vs SMK KP (0)

Ucapan perasmian penutup :
1. Tahniah kepada PPD Kulaijaya kerana telah berjaya menganjurkan Sukan Polo Basikal Kali Pertama Tahun 2011. Daerah pertama di negeri Johor melaksanakan bengkel seumpama ini.
2. Sukan ini boleh diketengahkan sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Semoga daerah Kulaijaya mempunyai pasukan yang kuat dan digeruni sehingga ke peringkat yang tertinggi.

3. YB Dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki mengumumkan pemain terbaik yang dalam perlawanan persahabatan itu ialah saudara Najmi Sahlan, dari SMK Bandar Tenggara. Satu cubaan dari jarak 25 meter dengan pukulan tinggi terus masuk ke pintu gol pihak lawan.

4. Syabas kepada pasukan yang menang. Usaha lagi kepada pasukan yang kalah. Namun begitu, sukan merupakan satu aktiviti berfaedah kepada anak murid mengisi masa lapang. Disamping dapat mengiratkan lagi ikatan siratul rahim malah mempunyai masa depan yang gemilang, muncul sebagai ahli sukan yang berjaya.


Gambaran : Padang Polo Basikal


SMKBT vs STARP



YB Dato' Haji Baderi, menyampaikan sijil penyertaan kepada sekolah-sekolah.
Diiringi oleh Penolong PPDKu, Mansor Othman.
Guru-guru pengiring teruja dengan sukan polo basikal.
 Pengerusi Teknik, Ahmad Survi (2 dari kanan ) akan berusaha menganjurkan bengkel seumpama ini
khusus kepada guru-guru sekolah menengah yang berminat, katanya.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ