16 August, 2013

SALAM AIDIL FITRI 2013


Semua Warga Pendidik SMK Bandar Tenggara
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Kami Kakitangan Sokongan SMK Bandar Tenggara
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Batin.


12 August, 2013

BERAKHIRNYA PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN PROGRAM GEMA RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2013

2 Ogos 2013 : Gema Raya

Majlis bersalam-salaman dengan pengetua serta guru-guru
sebelum bercuti dan menyambut ketibaan Aidil Fitri
Program pembudayaan Al Qur'an yang diadakan setiap Jumaat setiap minggu, diteruskan lagi pada bulan Ramadhan sama ada di Dewan Permata atau di surau sekolah, banyak membawa kesan yang baik kepada pembentukan keperibadian seseorang muslim khususnya pelajar sekolah. Majlis tersebut dikendalikan oleh Ustaz Zuraimi Hamidun, dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan diiringi dengan bacaan doa oleh pelajar.

Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyampaikan ucapan ringkas mengingatkan pelajar tentang tentatif hari terakhir sebelum Cuti Pertengahan Penggal 2 dan Cuti Hari Raya Aidil Fitri 2013.

Tentatif Hari Terakhir
7.30 - 8.30  pagi  
Program Pembudayaan Al Qur'an.

8.10 -10.40 pagi  
Pembelajaran dan Pengajaran di kelas.
Peperiksaan Percubaan PMR 2013 (Dewan Permata)

10.40 - 10.55 pagi
Operasi Pembersihan Kelas

10.55 pagi            
Program Gema Raya (Dewan Permata)
Semua murid dan guru.
Penyampaian cenderamata kepada pekerja pembersihan dan wakil keselamatan.
Penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan pelajar susah/ kurang mampu.
Penyerahan kad Hari raya daripada Pengawas Sekolah.
Majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan iringan selawat Nabi s.a.w

12.10 tengahari    
Bersurai

Ucapan Gema Raya Aidilfitri
Pekerja Pembersihan
Wakil Keselamatan Sekolah
Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah
Penyerahan Kad Hari Raya Aidil Fitri oleh
Pengawas Sekolah
Kad Raya Majlis Kenari
Berjabat salam dan bermaaf-maafan.



Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ