29 March, 2012

RENJER PUTERI JUARA KESELURUHAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH BANDAR TENGGARA, KULAIJAYA TAHUN 2012

28 Mac 2012: Dataran Kejat, SMK Bandar Tenggara

Tetamu Khas
Kiri : PK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, RELA, Saat, YDP PIBG, Tn Hj Baharudin Md Sham, LBJT Kejora, Adnan Pawi dan Balai Polis, Kopral Othman.

27 March, 2012

BERPUAS HATI PADA TEMPAT KEEMPAT MSSD BOLA JARING B15 TAHUN

27 Mac 2012: Padang SMK Sri Pinang

Pasukan Bola Jaring B15 Tahun

Peningkatan dan pencapaian lebih baik dibuktikan oleh pemain-pemain sekolah bawah 15 tahun berbanding tahun lepas, kata pengurus pasukan, Siti Haniss Suzanna. Kejayaan yang sebenarnya adalah bergantung kepada semangat juang yang tinggi, ketangkasan, kesefahaman, dan visi yang sama oleh semua pemain, katanya lagi. 

Kelebihan 17 jaringan oleh pasukan SMK Sultan Ibrahim berbanding 8 memaksa pasukan sekolah pada kedudukan keempat, setelah berjaya mengalahkan SMK Kelapa Sawit pada perlawanan pertama, dan kalah dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera pada peringkat suku akhir. Namun begitu, saya berbangga kepada pemain bawah 15 tahun ini, kerana ada yang layak untuk diserapkan untuk pemain bawah 18 tahun, yang akan bertanding keesokkan harinya.

Juara pertandingan bola jaring bawah 15 tahun kali ini disandang oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putera, kedua, SMK Kota Kulai dan ketiga, SMK Sultan Ibrahim.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Hj Aminuddin Mohd Sani. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah penolong kanan kokurikulum SMK Sri Pinang, Ustaz A.Rahman Ismail dan SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi.
Kedua: SMK Kota Kulai


Ketiga: SMK Sultan Ibrahim

Keempat : SMK Bandar Tenggara
____________________________________________________________________

PASUKAN B15 TAHUN SMK BANDAR TENGGARA

Pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim, dari kiri memberi
sokongan penuh  kepada pasukan sekolah untuk mencapai visi sekolah

Senarai pemain-pemain sekolah B15
Nurul Nadia Johari, Nurul Arina Muzaimi, Nurul Farisha Rasul, Siti Nurfarhain Razali, Amirah Natasya Ahmad Zaini, Effa Yuhanis Roslan, Nurul Amalia Mohd Mazlan, Nur Haziwah Md Sabburi dan Ernayanti Mahat. Pengurus : Siti Haniss Suzanna, jurulatih, Zuraini Kassim dan Shantini a/p Apalanaidu.

Sesi latihan bola jaring di sekolah.
Muzam Mohdi dari kiri dan Siti Hanis Suzanna, kanan merupakan guru yang dedikasi untuk memastikan pemain-pemain sekolah berada pada tahap kecergasan dan menaruh harapan tingi untuk berjaya dalam pertandingan bola jaring MSSD Kulaijaya tahun ini. Syabas kepada guru-guru lain yang tiada dalam gambar ini juga terlibat sama.


26 March, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27

25 Mac 2012 : Dewan Permata SMK Bandar Tenggara

Yang Berhormat, Dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki dalam ucapan perasmiannya menggesa kerjasama ibu bapa amat penting bagi mencapai kecemerlangan anak-anak di bidang akademik dan kokurikulum. Ucapan tahniah kepada Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa, Hj Baharudin Mohd Sham kerana berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-27 tahun ini.

Matlamat dan objektif majlis ini jelas kata beliau. Semua yang hadir  sama-sama membincangkan bagaimana pencapaian murid/ pelajar dapat dipertingkatkan, keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan termasuklah perkara-perkara yang berkaitan tentang disiplin dibahaskan dengan terperinci.

Penyampaian kecemerlangan akademik, kokurikulum menjadi agenda utama.

Le Tour De Mosque - TRANSFORMASI DALAM XPDC BERBASIKAL TAHUN 2012

23 Mac 2012 : Peserta SMK Bandar Tenggara

Bandar Penawar

Program berbasikal anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ini menjadi satu daya tarikan kepada anak-anak muda untuk turut serta dan satu-satunya program berdaya kreaktif yang julung kalinya di adakan di Malaysia. Menjadikan masjid satu destinasi wajib sepanjang xpdc. Berbasikal dan singgah di masjid untuk menunaikan solat dan beramah mesra dengan penduduk tempatan, sambil berkenal-kenalan dan mengiratkan siratul rahim.

Pengarah projek, Fakhrur Razzy Hasran merupakan pencetus kepada idea ini. Tahun sebelumnya beliau juga telah menganjurkan XPDC berbasikal dengan singkatan DeLinJola yang mendapat sambutan di kalangan warga KEJORA.  

Bermula Le Tour De Mosque
Pasukan BTec dari SMK Bandar Tenggara yang turut serta, Abd Razak Saat, Ahmad Survi, Khairulnizam Mohd Yusof, Sudarma Dugal, Amirul Khairunizam, Zulkifli Jaafar, Mohd Pozi Kemin dan Saifullah Abd Wahab.

menukar tayar baru menjadi perkara biasa dalam berbasikal

Kayuhan dari Tanjung Balau ke Masjid Tanjung Sedili, Kota Tinggi sejauh 52 kilometer, kemudian ke Masjid Kg. Sayang, Segambut dan bermalam di Home Stay, Mawai Kota Tinggi. Keesokkan harinya, kembali ke Bandar Emas dan Bandar Penawar.

Pengalaman Silam, Ekspedisi Berbasikal:-
Link ke Kayuhan BTeC Club
Link ke Cycling For Nature UTM
Link ke Ekspedisi Ke Sg Pelepah, Kota Tinggi
Link ke Le Tour De Mosque
Link ke Kayuhan 1Malaysia
Link ke Kejohanan Polo Basikal Daerah Kulaijaya
Link ke Malam Ambang Kemerdekaan Negeri Johor 

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SMK MUNSHI ABDULLAH BERJALAN LANCAR DAN MENCAPAI OBJEKTIF

22 Mac 2011 : Kursus Pemimpin Persatuan dan Kelab

Pemenang tempat pertama LDP-
penilaian markah 10 % markah kokurikulum

Penilaian 10 % markah kokurikulum menjadi fokus utama oleh penceramah, Ahmad Survi dari SMK Bandar Tenggara dalam kursus kepimpinan pelajar SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya tempoh hari.

Peserta-peserta kursus disajikan dengan tayangan video klip aktiviti-aktiviti kokurikulum dan berpandukan skema penilaian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) peserta kursus dikehendaki menilai tahap pencapaian seorang pelajar itu melalui perbincangan dalam kumpulan.

Peserta-peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan. Perbincangan dan pembentangan dilakukan oleh ketua masing-masing. Objektif kursus dicapai setelah semua kumpulan dapat memberikan jawapan yang betul dan tepat dalam menilai markah kehadiran, jawatan, penglibatan dan pencapaian serta markah bonus apabila pelajar tersebut mengikuti program Nilam, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua SMK Munshi Abdullah, Anuar Jais. Turut hadir, GPK Kokurikulum, Mohan dan ahli jawatankuasa kurusu kepimpinan pelajar.

Pertama
Kedua
Ketiga

Peserta Kursus Kepimpinan Pelajar oleh
Pengurusan Kokurikulum SMK Munshi Abdullah

Peserta kursus melihat video klip

PENGUCAPAN AWAM PELAJAR PRA UNIVERSITI

21 Mac 2012 : Pengucapan Awam Pra Universiti


Kemampuan pelajar berucap di khalayak ramai menjadi satu agenda dalam sukatan pelajatan Pengajian Am, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar diberi bimbingan tentang elemen-elemen penting yang mempengaruhi pengucapan awam (PA) berkesan. PA yang menarik dan berjaya ialah apabila pengucap dapat menyampaikan mesej dengan jelas, tepat dan betul.

Latihan seperti ini tersangat penting, bagi seseorang pelajar untuk membentangkan kertas projek. Ianya merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar pra-universiti. 



Menggunakan nota pendik merupakan satu strategi
dalam menyampaikan maklumat.


Para Hakim dan penjaga masa
Noraziah Shafie, Hamzah Rahman Soriat dan Rashid Muhidin






Sedang dikemaskinikan....harp maaf

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ