19 October, 2010

MESYUARAT KOKURIKULUM - 19 OKTOBER 2010

SMK BANDAR TENGGARA


MESYUARAT KOKURIKULUM KE-2
TARIKH : 19 OKTOBER 2010
HARI : SELASA
MASA : 2.45 PETANG
TEMPAT : BILIK SEMINAR
* SEMUA GURU DIKEHENDAKI HADIR.   



Agenda Mesyuarat:-
1. Ucapan Pengerusi – Pengetua/ GPK Kokurikulum.
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat.
3. Membentangkan perkara-perkara di bawah:-
     3.1 Sistem fail kokurikulum – Edaran PPD Kulaijaya.
     3.2 Minit Curai – Karnival Pendidikan PraSekolah Negeri Johor.
      3.3 Minit Curai – Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah.
4. Penilaian 10% markah kokurikulum
     4.1 Tingkatan 3, 5 – Aliran Perdana
     4.2 6 Atas (STPM).
     4.3 Tingkatan 1,2,4 dan 6 PraUniveristi (bawah).
* Tindakan guru – mengemaskinikan maklumat fail ( terkini).
- kehadiran murid/pelajar.
- senarai nama AJK.
- laporan aktiviti sepanjang tahun.
- laporan aktiviti semasa.

5. Hal-hal lain

5.1 .........................................................

5.2 .........................................................

5.3 .........................................................

17 October, 2010

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Senarai Pengaugerah kepada Badan NGO dan Sekolah-sekolah Printis dan Bukan Perintis.







Aturcara Awal Konvensyen,
30 Oktober 2010 (Sabtu – pagi)


7.30 – 8.30 am 
Pendaftaran para peserta
9.00 – 11.00 am
Perujian Barzanji Rakan Muda
11.00 – 12.00 pm
Pembentangan Kertas Kerja 1 ( Halatuju ARPRM di Malaysia)
12.30 – 1.00 pm
Majlis Forum bersama Peserta Pingat Emas Malaysia
1.00 – 2.00 pm
Makan tengahari/ Solat Zohor

Aturcara Majlis Perasmian Penutup
Konvensyen ARPRM Peringkat Negeri Johor 2010.
30 Oktober 2010, petang

2.00 pm
Pembentangan Kertas Kerja 2
3.45 pm
Ketibaan dif-dif jemputan.
Ketibaan Pengarah JBS Negeri Johor.

4.00 pm
Ketibaan Y.B Pengerusi JK JBS Negeri Johor
Nyanyian Lagu Negara-ku
Nyanyian lagu Jabatan Pelajaran Johor.
Persembahan Nasyid.
Tayangan Multimedia ARPRM

Bacaan doa.
Ucapan Aluan Pengarah JBS Negeri Johor
Ucapan Perasmian Penutup oleh
Y.B Tn Hj Md Jais b. Hj Sarday
Penyapaian hadiah dan sijil
- Perujian Barzanji Rakan Muda
- Pertauliahan ARPRM
- Badan Operasi ARPRM Aktif
- Pegawai Rakan Muda Aktif
Penyapaian cenderahati.
Nyanyian lagu Negaraku.
Majlis bersurai
Jamuan

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ