13 April, 2012

KLUANG TUAN RUMAH KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSJ KALI KE-45 TAHUN 2012


12 April 2012 : Pencapaian atlit Kulaijaya pada hari pertama.


Nur Aliyah Abd Rahman, KJ32, memperolehi pingat emas pertama buat kotinjen daerah Kulaijaya dalam acara 100 meter kategori perempuan bawah 10 tahun (P10) pagi tadi. 

Tiga lagi pingat perak diperolehi oleh Mukesh Kumar,  KJ7, dalam acara 1500 meter L13, Nor Hazirah Nordin, KJ33, lompat jauh P10 dan Mohd Firdaus Ramlan, KJ13, acara lompat jauh L15. 

Manakala 4 pingat gangsa diperolehi oleh Aishah Goga Amat, KJ31,1500m P13, Ngoi Jia Xuan, KJ25 lompat jauh P12, Rodiah Abd Karim, KJ33, lempar cakera P13, Ain Nabila Zainal Abidin KJ28, lompat tinggi P13 dan Nur Hazimah Nordin, KJ29, acara 100m P10.

Laporan penuh kejohanan MSSJ

12 April, 2012

PASUKAN CHORAL SPEAKING SEKOLAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2012


12 April 2012: Dewan Senai

Pasukan Choral Speaking SMK Bandar Tenggara di bawah bimbingan Shantini a/p Apalanaidu dan Noor Aiman Tajuddin telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Choral Speaking Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya pagi ini, di Dewan SMK Senai, Kulaijaya. Tempat pertama dan kedua disandang oleh SMK Bandar Putera dan SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya.

09 April, 2012

PASUKAN CHORAL SPEAKING SEKOLAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KETIGA PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2012

9 April 2012 : Persiapan rapi untuk pertandingan pada 12 April 2012'


Pasukan Choral Speaking giat berlatih setiap petang, selama 2 jam sehari. Pasukan ini dibimbing oleh Shantini a/p Appalanaidu dan Noor Aiman Ahmad Tajudin (English Panel).

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ