9 November 2014 : Dewan Jemerlang INTAN Kluang
 |
Unit ARP Rakan Muda Sekolah Aktif 2014
|
Yang Berhormat Dato' Zulkarnain Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia , Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Darul Ta'zim merasmikan Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda tahap Perak Peringkat Negeri Johor 2014 di Dewan Jemerlang, INTAN, Kluang, Johor.
Turut sama hadir dalam majlis gilang gemilang itu ialah Yang Berusaha Tuan Hj Hasidin Zaini, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, wakil rasmi pengarah; Yang Berusaha En. Abd Aziz Ab Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor; Dr Azani Salleh, Pengarah Intan Kampus Wilayah Selatan; En. Sabran Bahar, Pengarah Cawangan Potensi Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia; wakil-wakil Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah, barisan pemimpin ARP Rakan Muda negeri dan daerah, pegawai-pegawai JBS dan dif-dif jemputan.
 |
Sehari sebelum majlis pertauliahan, penyerahan Buku Diari dan Pasport Perak |
Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) adalah sebuah program pengiktirafan daripada pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementarian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang bertaraf antarabangsa kepada peserta-peserta yang berdaftar dengan Badan Operasi setiap Negeri dan daerah masing-masing.
Program ini terbuka kepada semua golongan remaja berumur antara 14 hingga 25 tahun tanpa mengira agama, jantina, bangsa, ketidakupayaan fizikal mahupun fahaman politik.
Antara objektif penting program ini ialah menghargai usaha dan ketekunan para peserta yang telah melengkapkan 4 komponen penting iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak selama 3 hari dua malam,
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah menerima Anugerah Kategori Unit ARP Rakan Muda Sekolah Aktif Tahun 2014. Sekolah-sekolah lain yang menerima anugerah tersebut ialah SMK Dato' Abdul Rahman Andak (Kluang), SMK Dato' Syed Esa (BAtu Pahat), SMK Bukit Naning (Muar) dan SM Agama Bugisia (Pontian).
 |
Cikgu Hafilah Hamzah, menerima anugerah Pemimpin Aktif 2014 |
SMK Bandar Tenggara juga menerima satu lagi anugerah iaitu Anugerah Pemimpin ARP Rakan Muda Aktif Peringkat Negeri Johor 2014 iaitu Puan Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum, Prauniversiti SMK Bandar Tenggara. Beliau berjaya melahirkan peserta tahap Perak seramai 92 orang pelajar.
Satu lagi anugerah yang diterima oleh pihak sekolah ialah Anugerah Khas ARP Rakan Muda yang telah menyumbang tenaga semenjak tahun 2008 - 2014 iaitu En. Ahmad Survi, GPK Kokurikulum sekolah ini. Sekolah-sekolah lain di daerah Kulaijaya yang mendapat anugerah khas ini ialah SMK Tunku Abdul Rahman Putra, En. Oii Jok Tek dan SMK Indahpura 1, En. Mohd Nor Azam Shuib.
 |
En. Khairulnizam Md Yusof, Pemimin Sekolah menerima sijil anugerah daripada Tuan Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor sempena Majlis Pertauliahan Pingat Tahap Perak Peringkat Negeri Johor 2014 |
Daerah Kulaijaya muncul sebagai Badan Operasi Aktif 2014 kerana berjaya melahirkan 196 peserta tahap Perak bagi tahun 2014.
 |
Farid Izzudin Zulkifli, Penolong Ketua Pengawas Sekolah, memimpin pasukan Pengakap Sekolah dan menjadi Johan Peringkat Negeri
 |
Mohd Hasrul Hisham Hassan, Ketua Murid antara yang menerima anugerah Perak 2014 |
 |
Khairul Azizi Ahmad, murid Pendidikan Khas, penglibatan tertinggi sehingga peringkat Kebangsaan dalam permainan petanque |
 |
wajah-wajah ceria penerima anugerah - sumbangan mereka membawa kejayaan sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan |
 |
Peserta tahap Perak berpotensi menjadi peserta tahap Emas antaranya Hazira Shamsul Ihtisham dan Haniss Nur Haziwah Zolkeplee baru Tingkatan 3 tahun ini. |
 |
Arus Perdana (Tingkatan 3,4 dan 5) serta Pendidikan Khas |
Johor 2014 sebagai ketua platun, Pertandingan Kawad Kaki NGO-Lelaki Peringkat Negeri Johor |
 |
Penerima Anugerah ARP Rakan Muda Prauniversiti SMK Bandar Tenggara |
 |
Sebahagian pelajar pra universiti penerima anugerah ARPRM tahap Perak 2014 |
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM ARP RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR
 |
Graf Pencapaian Sekolah |
Program Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) adalah suatu program pengiktirafan daripada pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementarian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang bertaraf antarabangsa kepada peserta-peserta yang berdaftar dengan Badan Operasi setiap Negeri dan daerah masing-masing. Program ini terbuka kepada semua golongan remaja berumur antara 14 hingga 25 tahun tanpa mengira agama, jantina, bangsa, ketidakupayaan fizikal mahupun fahaman politik. Antara objektif penting program ini ialah menghargai usaha dan ketekunan para peserta yang telah melengkapkan 4 komponen penting iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.