04 November, 2010

129 pelajar terima pingat gangsa ARPRM 2010

Seramai 129 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Kulaijaya dikurniakan pingat gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah anjuran Kerajaan Negeri, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah berlangsung pada 30 Okrober 2010 di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru Johor.

Penganugerahan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday itu juga melibatkan 240 sekolah yang merupakan satu usaha yang baik dan tepat dalam membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.

Guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program itu ialah Ahmad Survi (GPK Kokurikulum), Khairulnizam Mohd Yusof ( Komponen Penjelajahan Lasak), Ahmad Nazri Selamat (Ketua Pameran Rakan Muda Kecergasan), Abd Razak Saat (Komponen Kemahiran), Aidil Shamin Abd Razak (Komponen Rekreasi Fizikal), Siti Hanizan Samsuri (Komponen Rekreasi Fizikal), Rahimah Abd Rahim (Komponen Khidmat Masyarakat), Rohaiza Md Zin (Komponen Khidmat Masyarakat), Anne Suraya Abdul Halim, Anili Fasha Mahadi dan Annili Haziza Haron (Komponen Khidmat Masyarakat), Suriati Alias (Komponen Rekreasi Fizikal).

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abdul Rahim Mohd Shariff (Timbalan Pengarah Pembangunan Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru, begitu juga kepada Sivamaniam, Suparti , Diana dan Khairul Rizal kerana telah memberikan kerjasama yang erat kepada sekolah dan murid serta pelajar dalam menjayakan program ARPRM bermula pada 9 September 2009 lagi.    

Gambar kenangan Majlis Konvensyen ARPRM di Johor Bahru.
Rohaiza Md Zin, Siti Hanizan Samsuri, Nur Afifa Raihana Md Ruzadi, Nurul Hiddayah Asnan, Siti Nabilah Zaini terlibat dalam Pameran Rakan Muda Kecergasan.



Aidil Shamin Abd Razak dan Nazmi dan Ahmad Nazree sedang menyiapkan bahan-bahan pameran.

Bergambar dengan Pegawai-pegawai JBS.
Kiri : Rahimah, Siti Hanizan, Suriati, Khairulnizam, Ahmad Survi, Sivamaniam, Hjh Supiati, Annelin Hazziza, Rohaiza dan Nurul Hanani.


03 November, 2010

Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda



Persembahan nasyid.
Program Anugerah ini telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956 yang dikenali sebagai "Duke of Edinburgh Award". Sasaran peserta ialah remaja yang berumur 14 hingga 25 tahun.

Majlis Konvensyen ARPRM ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Md  Jais bin Hj Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor.

129 pelajar dari SMK Bandar Tenggara telah menerima pingat gangsa ARPRM anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor.


02 November, 2010

XPDC Berbasikal Kelab BTec


Mini XPDC, B.Tenggara- Pekan- Inas - Pinang Kuning sejauh lebih kurang 25 km telah berjaya mencapai objektifnya kata penyelaras XPDC kali ini, En Khairulnizam bin Mohd Yusoff. Seramai 18 peserta dari kalangan guru lelaki dan perempuan SMK Bandar  Tenggara dan ibu bapa pelajar telah terlibat.

XPDC ini merupakan siri latihan kecergasan sepanjang bulan November 2010 sebagai persediaan untuk menghadapi XPDC berbasikal anjuran Ahli Parlimen Kota Tinggi dari K.Tinggi - Tanjung Sedili -K.Tinggi sejauh 55 km dan XPDC DeLinJola Siri-2 sejauh 60 km tidak lama lagi.

Harapan beliau, keahlian akan bertambah dari semasa ke semasa.Galakkan juga diberikan kepada peserta agar dapat membuat latihan secara persendirian atau kelompok kecil bagi memantapkan lagi dari segi kayuhan, membina ketahanan fizikal, emosi dan mental dalam menghadapi XPDC yang melibatkan jumlah peserta yang melebehi 50 orang.



Kata pengerusi BKGK, " bukan senang nak cari guru perempuan dan suri rumah berkayoh...
tengok dalam gambar ni...Semangat waja...


Berhenti rehat. Sesi bergambar...lepas mengharungi bukit berangkai tiga. Ada yang muntah beb... tak pe
lepas tu...bertambah power.




Nasi Hujan Gerimis oleh Pak Hj Yusoff memang menyelerakan. Bukan kurangkan berat. Malah tambahkan lemak...Apa-apa pun memang sedap beb...boleh tempah untuk kenduri kahwin. Contact Nizam je..beres.

Link ke Program Kayuhan 2014

Pengalaman Silam, Ekspedisi Berbasikal:-
Link ke Kayuhan BTeC Club
Link ke Cycling For Nature UTM
Link ke Ekspedisi Ke Sg Pelepah, Kota Tinggi
Link ke Le Tour De Mosque
Link ke Kayuhan 1Malaysia
Link ke Kejohanan Polo Basikal Daerah Kulaijaya
Link ke Malam Ambang Kemerdekaan Negeri Johor




Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah

Berita Konvensyen ARPRM di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru ada di Sinar Harian, 1 November 2010, muka surat J21 dan J22.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ