09 April, 2014

KAWAD KAKI - PERINGKAT SEKOLAH BERJAYA MENCAPAI SASARAN

9 April 2014 : Dataran Kejat
Pengakap Sekolah - Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah
Kategori Lelaki

Pandu Puteri - Johan Kategori Perempuan
Pertandingan kawad kaki merupakan satu aktiviti yang dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin, berketrampilan dan berwibawa. Ianya juga mengilap potensi dan bakat pelajar dalam unit beruniform, pada masa yang sama membentuk sikap murid ke arah yang lebih positif untuk saling bekerjasama dalam satu pasukan serta mencungkil bakat kepimpinan pelajar.

Khairulnizam Mohd Yusof, penyelaras pertandingan ditemui berkata,sebanyak lapan platun bertanding dalam pertandingan kawad kaki peringkat sekolah kali ini. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori sahaja iaitu lelaki dan perempuan.

Keputusan pertandingan diumumkan oleh Taufiq Aluddin, dibantu oleh Pn Ainezah Asni selaku pengacara majlis penutupan yang dihadiri oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan anggota polis Bandar Tenggara. Turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Johan Hj Nasir, Penyelia Pasukan Badan Beruniform Daerah Kulaijaya.

Keputusan Pertandingan:
Kategorti Lelaki
1. Johan - Pengakap
2. Naib Johan : PBSM
3. Ketiga: Kadet Remaja Sekolah
4. Keempat : Kadet Bomba

Kategorti Perempuan :-
1. Johan - Pandu Puteri
2. Naib Johan : Kadet Polis
3. Ketiga: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
4. Keempat: Puteri Islam


Link ke :-
1. Latihan Kawad Kaki SMKBT
2. Kejayaan SMK Bandar Tenggara
3. Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kulaijaya 2013
     - Keputusan Pertandingan
     - Laporan Buletin Kawad Kaki 2013
4. Pertandingan Kawad Kaki (NGO) Negeri 2013

PETANQ - PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

9 April 2014 : Gelanggang Petanq, SMK Bandar Tenggara

Johan Lelaki - SMK Bandar Tenggarta
Sebanyak 10 buah sekolah turut serta dalam Pertandingan Petanq Kali Pertama Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya.

Cikgu Mohd Hanif Abu Hassan, pengerusi teknik Kulaijaya ditemui berkata Sekolah-sekolah yang terlibat dalam pertandingan tersebut terdiri daripada SMK Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Taman Puteri, SMK Sultan Alauddin, SMPK Indahpura, SMK Kulai Besar, SMK Kangkar Pulai, SM Agama Bandar Tenggara, SMK Sri Pinang dan SMK Sultan Ibrahim.


Encik Johan Hj Nasir menyampaikan sijil kepada pasukan SMK Bandar Tenggara 2,
Johan (perempuan).

08 April, 2014

KULAIJAYA - PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-47 MSSJ 2014

Upacara Perasmian Pembukaan oleh wakil rasmi YDP MPKu
Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-47 2014, telah disempurnakan oleh wakil rasmi Tuan Haji Rofiki bin Dato’ Haji A.Shamsudin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) pada jam 2.00 petang. Daerah Kulaijaya merupakan tuan rumah pada tahun ini. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Malik bin Mahbob, Pegawai Pendidikn Daerah Kulaijaya selaku pengerusi kejohanan, Encik Jaafar Bohari, Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Johor (JPN), dif-fif kehormat, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor, pengetua-pengetua dan dif-dif jemputan.

Majlis pembukaan Kejohanan Balapan dan Olahraga dimulakan dengan lintas hormat, 11 kontinjen daerah, nyanayian lagu Bangsa Johor, bacaan doa, ucapan pengerusi jawatankuasa pengelola dan ucapan perasmian. Selepas itu diikuti dengan acara menaikkan bendera, bacaan ikrar dan pergerakan keluar kontinjen. 

Hari pertama kejohanan ini dihiasi dengan persembahan menarik tarian bendera (The Rise of Phoenix) dari SK Taman Puteri, Kulaijaya.

Bacaan Ikrar Kejohanan

BUKU PROGRAM - KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSJ 2014

Bertugas di Stadium Perbandaran Kulai, Taman Puteri
SMK Bandar Tenggara menerima tugas sebagai Jawatankuasa Buku Program sempena Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-47 Tahun 2014 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya, Taman Puteri.  Antara bidang tugas yang dijalankan ialah menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh pihak penganjur, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, menyenaraikan isi kandungan, memberitahu dan meminta maklumat-maklumat dari setiap daerah melalui saluran dan media terkini seperti sms, email dan whatsapp.

Kulit luar Buku Program oleh Dinnosa

Senarai nama Jawatnkuasa Buku Program:
1. Pengerusi : Pengetua
2. Timbalan Pengerusi : Pn. Anim binti Mohamed Jaib
3. Naib Pengerusi 1: En. Ahmad bin Survi
4. Setiausaha : Pn Hajah Faridah binti Bujang
5. AJK Kecil
    - Cik Anili Fasha binti Mahadi
    - Cik Siti Hanizan binti Samsuri
    - Pn Nur Amalia binti Zainuddin
    - Siti Najiha binti Mahram (4 Baiduri)
   - Syaidatul Amira binti Ramlan (4 Baiduri)

Turut membantu dalam penerbitan Buku Program MSSJ ialah Encik Khairudin bin Mustafa yang membuat design kulit buku berkenaan.
Menyiapkan Buku Program MSSJ Kali Ke-47 2014
Hari Pertama : Majlis Pembukaan Rasmi:-
1. 5 set (berwarna penuh- untuk perasmi dan Pengerusi JK Induk MSSJ).
2. 30 set (Pegawai Pendidikan Daerah dan dif-dif kehormat).
3. 180 set (hitam putih untuk Pegawai Teknikal Kejohanan).
4. 100 set (hitam putih untuk JK Pengelola).

BADMINTON - PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH KULAI

Pasukan badminton sekolah


LATIHAN KAWAD KAKI - CABARAN PERTANDINGAN PERINGKAT SEKOLAH



Murid berminat untuk menjalani latihan kawad kaki sebagai persediaan ke pertandingan kawad kaki peringkat sekolah dan daerah.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ