19 November, 2010

Kursus Pengendalian Aktiviti Berbasikal "Off Road" Jurulatih Pusat Kokurikulum Johor (Endau Rompin ) Tahun 2010


Kursus ini dikendalikan oleh Pusat Kokurikulum Johor, Jabatan Pelajaran Johor. Peserta kursus seramai 39 orang guru dari sekolah-sekolah menengah dan rendah negeri Johor akan mendaftar di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kluang d/a SK LKTP Ulu Dengar, Felda Ulu Dengar, Kluang.

Pengurusan Kursus:-
1. Ketua Unit Pusat Kokurikulum, En Nordin Ramlan.
2. Penyelaras Kursus, En Mohd Long bin Hussin.

Tentatif program:-
Isnin : 22 November 2010
2.00 ptg   Pendaftaran di SK LKTP Ulu Dengar, Felda Ulu Dengar Kluang.
5.00 ptg   Taklimat Kem Komandan dan pengenalan kursus.
8.45 mlm  Ice Breaking dan taklimat pergerakan.

Selasa : 23 November 2010
5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pagi  Kayuhan dari SRJK Tamil Kahang Batu 24.
6.30 ptg   Sampai Kg PETA, Mersing.
8.45 mlm  LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Rabu : 24 November 2010
5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pagi  Kayuhan "Off Road Taman Negara Endau Rompin".
6.30 ptg    Pulang semula ke Sekolah Rendah Kg PETA.
8.45 mlm  LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Khamis : 25 November 2010

5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pagi  Kayuhan dari SK Kg PETA.
6.30 ptg    Sampai ke SJK Tamil, Kahang Batu 24, Mersing.
8.45 mlm  Refleksi
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Negeri-negeri yang terlibat dalam XPDC Berbasikal ke Endau Rompin -PETA adalah dari negeri-negeri Johor, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Seramai 97 orang tidak termasuk Urusetia.

Jumaat : 26 November 2010

5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pgi    Khidmat Masyarakat
10.30 pagi Majlis Penutup
2.00 ptg     Kembali ke rumah..

18 November, 2010

Penyelarasan 10 % Markah Kokurikulum - Guru

Penyelarasan 10% markah kokurikulum tahun 2010 telah diadakan pada 19 dan 20 november 2010di Makmal Komputer Bangunan Juara. GPK Kokurikulum, Ahmad Survi dengan kerjasama 14 orang guru menggunakan perisian yang dibekalkan oleh PPD Kulaijaya bagi tujuan tersebut.
Mustaffa Yunos, Penolong Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6 (PraUniversiti)
sedang melihat isi kandungan perisian.

Guru-guru yang turut hadir ialah Faridah Abdullah, Juliana Noor Abu Bakar, Anne Suraya Abd Halim, Annili Fasha Mahadi, Annelin Hasziza Haron, Ruhidah Uriff, Amalia Zainudin, Noor Asmah, Noratikah Kamat, Rahimah Abd Rahim, Noradilah Abd Wahab, Rohaidah Mohamad, Khairulnizam Mohd Yusof.

15 November, 2010

XPDC Berbasikal ke Empangan Linggiu - BTec Cycling Club

Seramai 20 orang peserta daripada BTec Cyling Club telah menyertai XPDC Berbasikal pada 13 Nov yang lalu. Kayuhan sejauh 25 km pergi dan balik melalui jalan ladang kelapa sawit (off road) itu mencabar kepada peserta-peserta baru. Namun berkat, kegigihan, komitment  serta semangat juang yang tinggi. Mereka sampai ke destinasi dengan selamat.

Penganjur XPDC, Khairulnizam Mohd Yusof mengulas, mereka berterima kasih di atas peluang yang diberikan. Walau pun Empangan Air terbesar di negeri Johor berada di Bandar Tenggara. Namun tidak ada rancangan untuk ke sana. Melalui xpdc ini, mereka dapat merasai sendiri suasana, keadaan dan persekitaran yang belum tercemar.
Bendera sekolah dikibar.
Memberi semangat untuk pulang ke SMK Bandar Tenggara.

14 November, 2010

Keputusan Pertandingan Menembak Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya

SMK Bandar Tenggara 2 telah muncul Johan Keseluruhan dalam pertandingan menembak semalam. Kelihatan dalam gambar tersebut ialah Penolong PPD Kulaijaya, Mansor Othman, Pengerusi Kor Kadet Polis daerah Kulaijaya, Tuan Haji Aminuddin Mohd Sani dan guru pemimpin Shamsudin Dawam, Jodi Ahmad Mokhtar, pegawai polis IPD Kulaijaya bersama peserta-peserta sekolah.

Seramai 140 peserta daripada 14 buah sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya telah terlibat.
Keputusan penuh:
Johan - SMK Bandar Tenggara 2
Naib Johan - SMK Kulai Besar
Ketiga - SMK Bandar Putera
Keempat - SMK Senai

Penembak Terbaik
Lelaki - Muhammad Afiq Bakri (SMK Bandar Tenggara 2)
Perempuan - Nur Syahadah (SMK Kulai Besar).

Terbuka Perempuan
1. Amira Mustaffa (SMK Sultan Alauddin Bukit Besar)
2. Peng Siat Moi (SMK Bandar Putera)

Terbuka Lelaki
1. Tuan Haji Aminuddin Mohd Sani (SMK Sri Pinang)
2. Khairudin (SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya)
3. Muhammad Sahfudin Hussein (SMK Bandar Tenggara)

Peserta SMKBT 2 dengan skor targetnya.
Muhammad Afiq Bakri (SMK Bandar Tenggara 2)
Penembak Terbaik


Johan Menembak - Terbuka Lelaki
Tuan Hj Aminuddin Mohd Sani (kiri)
(Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya)
Pengetua SMK Sri Pinang, Bandar Tenggara, Kulaijaya Johor Malaysia



Berbaju kuning : En Mansor Othman, Penolong PPD Kulaijaya (Sektor Kemanusiaan).
Kanan beliau : Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya.
Kedua dari kanan : Tuan HAji Aminuddin bin Mohd Sani (Pengetua SMK Sri Pinang).



Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di Lapang Sasar Teluk Rimba, Tangkak Muar, Johor

Objektif:
1. Memberi peluang kepada ahli Kor Kadet Polis untuk mempelajari secara teori dan praktikal berkaitan dengan penggunaan senjata dengan betul dan selamat.
2. Meningkatkan disiplin dan jati diri.
Sasaran :
Pelajar Tingkatan 2 dan 4 yang menjadi ahli Kadet Polis dan guru-guru penasihat.

Harapan Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya - Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani.
1. Semua peserta mendapat pengalaman berharga daripada aktiviti menembak.
2. Menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai pasukan Kadet Polis di tahun-tahun akan datang.
3. Menjadikan aktiviti menembak ini sebagai satu aktiviti tahunan yang terancang.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mansor bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya sektor Khidmat Sokongan Kemanusiaan, Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya, pegawai-pegawai dan jurulatih IPD seramai 20 orang, guru-guru penasihat Kor Kadet Polis seramai 50 orang dan 140 pelajar dari 14 buah sekolah menengah daerah Kulaijaya. 

Program Latihan Menembak - Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Kulaijaya

Guru penasihat Pasukan Kadet Polis SMK Bandar Tenggara, Sahfuddin Hussein menerima hadiah tempat ketiga sebagai penembak terbaik daripada Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya pada 13 November 2010 di Lapang Sasar Teluk Rimba, Tangkah Muar.

Hamzah Rahman Soriat sebagai juruacara dalam majlis penutupan telah mengumumkan, seramai 140 orang pelajar daripada 16 buah sekolah menengah daerah Kulaijaya, 50 guru pemimpin, 20 pegawai daripada Polis DiRaja Malaysia telah turut serta.

Peserta SMK Bandar Tenggara terdiri daripada Mohd Hasrul Hisham Hassan (3 Baiduri), Syahrul Ramadhan Zainal (4 Intan), Muhammad Ikmal Ridwan Tamjis (4 Intan), Muhammad Faizam Hakim Ses ( 3 Delima), Nur Shahira Awang (2 Delima), Nur Haziyah Johan (2 Mutiara), Nur Farhana Zaidan (2 Mutiara), Nurul Nadia Aliyah Baharudin (2 Delima), Nur Shahira Muhd Ariffin ( 2 Intan) dan Maslinda Main (2 Mutiara).

Guru-guru pemimpin Kor Kadet Polis diketuai oleh Sahfuddin Hussein, Zolkeple Jemadar, Hamzah Rahman Soriat dan guru pengiring Zulkifli Jaafar dan Saifullah Abd Wahab.

Kursus Kepimpinan ARPRM Fasa 2 - Guru



Pengetua SMK Bandar Tenggara, Zainal Othman juga sebagai Ketua Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) hadir pada tarikh 11 November 2010. Fasa kedua ini menyaksikan pembentangan oleh Che Wan Saadah Wan Ahmad Tajudin, Abd Rahman Salleh, Ahmad Nazri Selamat dan Khairulnizam Mohd Yusof. Masing-masing membentangkan cara perekodan Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.

Turut memberi penilaian kepada pembentangan itu ialah pegawai-pegawai  Badan Operasi (BOD) Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru. Mereka ialah Puan Hajah Supiati Suhani, Subramaniam dan Khairul Azmi.

Selepas sesi pembentangan itu peserta-peserta kursus diuji tentang apa itu ARPRM, sejarah, falsafah, prinsip dan pelaksanaannya di sekolah. Sebanyak 20 soalan perlu dijawab dalam tempoh 30 minit.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ