14 November, 2010

Keputusan Pertandingan Menembak Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya

SMK Bandar Tenggara 2 telah muncul Johan Keseluruhan dalam pertandingan menembak semalam. Kelihatan dalam gambar tersebut ialah Penolong PPD Kulaijaya, Mansor Othman, Pengerusi Kor Kadet Polis daerah Kulaijaya, Tuan Haji Aminuddin Mohd Sani dan guru pemimpin Shamsudin Dawam, Jodi Ahmad Mokhtar, pegawai polis IPD Kulaijaya bersama peserta-peserta sekolah.

Seramai 140 peserta daripada 14 buah sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya telah terlibat.
Keputusan penuh:
Johan - SMK Bandar Tenggara 2
Naib Johan - SMK Kulai Besar
Ketiga - SMK Bandar Putera
Keempat - SMK Senai

Penembak Terbaik
Lelaki - Muhammad Afiq Bakri (SMK Bandar Tenggara 2)
Perempuan - Nur Syahadah (SMK Kulai Besar).

Terbuka Perempuan
1. Amira Mustaffa (SMK Sultan Alauddin Bukit Besar)
2. Peng Siat Moi (SMK Bandar Putera)

Terbuka Lelaki
1. Tuan Haji Aminuddin Mohd Sani (SMK Sri Pinang)
2. Khairudin (SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya)
3. Muhammad Sahfudin Hussein (SMK Bandar Tenggara)

Peserta SMKBT 2 dengan skor targetnya.
Muhammad Afiq Bakri (SMK Bandar Tenggara 2)
Penembak Terbaik


Johan Menembak - Terbuka Lelaki
Tuan Hj Aminuddin Mohd Sani (kiri)
(Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya)
Pengetua SMK Sri Pinang, Bandar Tenggara, Kulaijaya Johor Malaysia



Berbaju kuning : En Mansor Othman, Penolong PPD Kulaijaya (Sektor Kemanusiaan).
Kanan beliau : Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya.
Kedua dari kanan : Tuan HAji Aminuddin bin Mohd Sani (Pengetua SMK Sri Pinang).



Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di Lapang Sasar Teluk Rimba, Tangkak Muar, Johor

Objektif:
1. Memberi peluang kepada ahli Kor Kadet Polis untuk mempelajari secara teori dan praktikal berkaitan dengan penggunaan senjata dengan betul dan selamat.
2. Meningkatkan disiplin dan jati diri.
Sasaran :
Pelajar Tingkatan 2 dan 4 yang menjadi ahli Kadet Polis dan guru-guru penasihat.

Harapan Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya - Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani.
1. Semua peserta mendapat pengalaman berharga daripada aktiviti menembak.
2. Menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai pasukan Kadet Polis di tahun-tahun akan datang.
3. Menjadikan aktiviti menembak ini sebagai satu aktiviti tahunan yang terancang.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mansor bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya sektor Khidmat Sokongan Kemanusiaan, Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya, pegawai-pegawai dan jurulatih IPD seramai 20 orang, guru-guru penasihat Kor Kadet Polis seramai 50 orang dan 140 pelajar dari 14 buah sekolah menengah daerah Kulaijaya. 

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ