05 September, 2013

SOKONGAN MORAL DAN SEMANGAT JUANG KELAS JELAS KELIHATAN DALAM 1MURID 1SUKAN

4 September 2013: 1 Murid 1Sukan: Peetandingan Antara Kelas
Sokongan moral murid perempuan
Pertandingan antara kelas dalam program 1Murid 1Sukan anjuran Unit Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara berjalan dengan baik semalam.

Sokongan moral murid lelaki
Ahmad Nazri Selamat, setia usaha sukan sekolah mengatakan sebanyak lima jenis permainan dipertandingkan tahun ini iaitu bola sepak (7 sebelah), bola jaring, bola baling, petanq dan satu sukan baru, "wood ball". Karnival Sukan dan Permainan fasa 1, hanya melibatkan murid Tingkatan satu, Dua dan Empat sahaja. Manakala Tingkatan Tiga, Lima, Enam Bawah dan Enam Atas akan menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat.

Ahmad Nazri, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan guru-guru dan murid-murid kerana menjayakan Karnival Sukan dan Permainan kali ini. Katanya lagi, pada minggu hadapan Tingkatan Satu akan bertanding dalam permainan bola baling, Tingkatan Dua, bola sepak (7sebelah) dan Tingkatan Empat, wood ball. Manakala murid perempuan Tingkatan Satu dan Dua akan bertanding dalam permainan petanque.


PERMAINAN
Bola Baling
Bola baling, Tingkatan Satu

Bola Baling Tingkatan Dua
PERMAINAN
Bola Sepak

Bola sepak Tingkatan Satu

PERMAINAN
Bola Jaring
Bola Jaring

PERMAINAN
Petanque
Pemenang petanque Tingkatan 4 (perempuan)
Pemenang Tingkatan 4 (lelaki)


Jawatankuasa pertandingan
diketuai oleh Mohd Hanif Abu Hassan

KEPUTUSAN PENUH
Sedang dikemaskini....





03 September, 2013

SUMBANGAN GURU SEMPENA SAMBUTAN MALAM AMBANG KEMERDEKAAN KALI KE-56 ANJURAN MAJLIS DAERAH KULAIJAYA


Zol Akhasya
Sebagai seorang guru di SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. dan menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan (PK) Kokurikulum Tingkatan Enam tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi bidang karyawan seni dan sastera. 

Beliau juga dikenali dengan nama pena "Zol Akhasya", yang seringkali menggegarkan pentas, dewan atau stadium apabila tampil menyampaikan sajak-sajak patriotik hasil ciptaan beliau sendiri.  Bakat dan pengalamannya yang mendalam dalam bidang seni dan sastera sudah menjadi idola kepada anak murid di sekolahnya untuk bertanding di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan mencipta serta menampilkan hasil-hasil karya sajak berbentuk petriotik untuk tatapan anak bangsa, di tanahair tercinta, Malaysia.

Baru-baru ini beliau dijemput oleh Majlis Daerah Kulaijaya sempena Malam Ambang Kemerdekaan Kali Ke-56 2013 pada 30 ogos untuk mendeklamasikan sajak di TJ Mart, Kulai. 

Sajak bertajuk "Wasiat Bangsa" telah dapat disampaikan dengan penuh bersemangat dan bertenaga. Majlis Ambang Kemerdekaan Kali Ke-56 degegarkan dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin dan tetamu kehormat, Pegawai Daerah (ADO) Kulaijaya.

Sila klik youtube di bawah:-
Judul Sajak " Wasiat Bangsa"
Rakaman : Pelajar Pra Universiti SMK Bandar Tenggara

Deklamasikan Sajak oleh Zol Akasya,
bertajuk "Wasiat Bangsa"

Deklamasi Sajak oleh Zol Akasya
Sempena Sambutan HAri Guru Peringkat Daerah Kulaijaya 2013
di Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya

Karya-karya Zol Akasya
Dua orang anak didiknya yang mendeklamasikan sajak pada tahun ini yang terlibat dalam Pertandingan Sajak Peringkat Daerah Kulaijaya ialah Hazira Shamsul Ihtihsham  (Tingkatan 2) dan Nur Afi'zah (Tingkatan 4). Sila lihat deklamasi sajak oleh Hazira Shamsul Ihtihsham. 


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ