30 Ogos 2013 : "Malaysia Berdaulat; Tempat Tumpahnya Darahku"
Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-56, Peringkat Negeri Johor anjuran Kerajaan Negeri Johor telah diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru mulai jam 4.00 petang semalam. Kelab Berbasikal Bandar Tenggara (BTec) telah mendapat peluang untuk turut serta menyemarakkan sambutan kemerdekaan tersebut.
![]() |
Banner Autograf Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Bandaraya Johor Bahru (20m panjang, 3m tinggi) |
![]() |
Wakil SMK Bandar Tenggara |
Seramai 2 orang murid dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 25 kilometer bermula jam 8.30 malam. Ahmad Survi, Penolong Kanan (PK) Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengetuai Kelab BTec, dalam Program Merdeka Fun Ride Johor 2013, menulis ucapan kemerdekaan dan menurunkan tandatangan pada banner autograf sepanjang 20 meter dan 3 meter tinggi sebelum aktiviti kayuhan bermula.
Menarik Mengenai Sukan Baru Di Sekolah
Pautan ke
Pautan ke