09 January, 2014

PERJUMPAAN PERTAMA AKTIVITI KOKURIKULUM 2014

8 Januari 2014: Dewan Permata

Pasukan kompang sekolah, membuat persembahan formasi
Perjumpaan Kali Pertama, aktiviti kokurikulm 2014 diserikan lagi dengan persembahan kompang formasi oleh pasukan kompang sekolah yang dibimbing oleh jurulatih dari kalangan ibu bapa sekolah ini dan menetap di Bandar Tenggara.

Rahman Salleh, guru penasihat ditemui berkata, kerjasama yang erat di antara murid, guru, jurulatih dan sokongan padu pengurusan sekolah amat penting dalam usaha memertabatkan budaya Melayu turun temurun. Tambahnya lagi, budaya tersebut perlu dipelihara dan dikekalkan dari satu generasi ke satu generasi. Penglibatan pelajar amat membanggakan.

Penyelaras Persatuan dan Kelab
Antara yang menjadi tumpuan murid dalam sesi taklimat kokurikulum itu ialah ketika Khairani Mohd Kator, Penyelaras Persatuan dan Kelab. Katanya, murid perlu tahu persatuan terdiri daripada Persatuan Akademik dan Bukan Akademik. Sesi itu juga guru-guru diperkenalkan kepada semua murid.

Di akhir taklimat beliau, kejayaan-kejayaan sekolah diumumkan untuk menarik minat dan menaikkan nama sekolah pada Tahun 2014 ini.

Beberapa kejayaan sekolah Tahun 2013 ialah
Persatuan dan Kelab
1. Tempat Ke-3 Daerah: Choral Speaking
2. Tempat Ke-2 : Mendeklamasi Sajak
3. Johan - Pantun

Tentatif Aktiviti
1.20 petang
Murid lelaki berkumpul di Dewan Permata
Murid perempuan di surau sekolah.
Solat Zohor (berjemaah)
Rehat/ Makan tengahari

2.30 petang
Semua murid dan guru berada di Dewan Permata
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Sekolah
Bacaan Doa - Pelajar
Ucapan Pengetua
Penyampaian Hadiah dan Sijil

Persembahan Kompang Formasi
Taklimat Kokurikulum
1. Pasukan Badan Beruniform
2. Persatuan dan Kelab
3. Sukan dan Permainan
4. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
                             
Nyanyian Lagu Negaraku
4.30 Bersurai


Penyampaian Hadiah dan Sijil
Link ke peristiwa berkaitan:-
1. Johan Daerah Kulaijaya - Pasukan Polo Basikal Sekolah
2. Johan (Terbuka) Johor - Pasukan Polo Basikal Sekolah
3. SUKMA- Petanqe (Tiga murid terpilih).
4. ARP Rakan Muda - Teramai Tahap Perak

Kejayaan Bidang Sukan & Permainan Tahun 2013 ialah

1. Kejohanan Olahraga Sekolah - JEBAT (Johan)
2. 1Murid 1Sukan - Metro
3. Memanah (MSSJ) - Naib Johan

Kejayaan Tambahan ARP Rakan Muda:-
1. Hong Kong - 4 peserta tahap Perak terpilih.                       
   

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ