9 November 2013: Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi
|
Sebahagian penerima Anugerah Tahap Perak 2013 |
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menerima Anugerah Unit Program Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Sekolah Aktif 2013 pada hari Konvensyen dan Majlis Pertauliahan Tahap Perak 2013 di Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor.
|
Majlis Perasmian |
Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dihadapan penerima anugerah seluruh negeri Johor.Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Sabran Abd Ghafar, Pegawai Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Amelia Rosla, Timbalan Pengarah Rakan Muda Johor Bahru, pegawai-pegawai JBS daerah, guru-guru pemimpin dan seramai 541 orang penerima anugerah.
|
Pemimpin Sekolah, Hafilah Hamzah |
Hafilah Hamzah, pemimpin pelajar tahap perak 2013 menerima sebuah plug, sijil dan wang tunai seribu ringgit untuk penyertaan terbanyak peringkat negeri Johor. Beliau selepas itu ditemui berkata, tahniah kepada semua peserta tahap perak dari sekolahnya. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh 115 calon perak tahun ini amat membanggakan. Pertama melengkapkan empat komponen anugerah iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak. Keduanya, lulus ujian penilaian yang dijalankan oleh Badan Operasi Johor Bahru.
Beliau, gembira dengan pencapaian ini dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua, Hj Armas Derusman, guru pembimbing Rakan Muda, Ahmad Survi, rakan-rakan pemimpin ARP peringkat sekolah, ibu bapa yang memberi sokongan kepada anaknya dan semua guru di SMK Bandar Tenggara.
|
Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Prauniversiti,, Anim Mohamed Jaib,Penolonga Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi kelihatan gembira di atas pencapaian sekolah |
GAMBAR DIGITAL MAJLIS ANUGERAH
|
Sebahagian daripada 115 penerima anugerah |
|
Penerima anugerah dari Daerah Kulaijaya, SMK Bandar Tenggara, SMK Indahpura 1, SMk Sultan Ibrahim dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra. |
No comments:
Post a Comment