01 November, 2014

FUTSAL 1MURID 1SUKAN PIALA MENTERI PENDIDIKAN DAERAH KULAIJAYA MARA KE PERINGKAT SUKU AKHIR

30 Oktober 2014: Segamat
Pasukan Futsal Daerah Kulaijaya
Pengurus Pasukan Futsal

Pertandingan Futsal 1Murid 1Sukan Piala Menteri Pendidikan Malaysia Peringkat negeri Johor diadakan di Segamat bermula 30 hingga 31 Oktober 2014 yang lepas. Encik Khairul Aime Mohd Termizi ditemui berkata, sebanyak 12 pasukan dari setiap daerah terlibat. Pasukan futsal daerah Kulaijaya berjaya menjadi naib johan kumpulan D.

Pada peringkat kumpulan D, kita kalah dengan SMK Sungai Abong, Muar 1-5. Perlawanan seterusnya kita menewaskan pasukan SMK Tanjung Andang, Gelang Patah dengan jaringan 3-1. Dengan kemenangan ini kita mara ke peringkat suku akhir apabila muncul naib juara kumpulan D.

Pada peringkat suku akhir pasukan futsal daerah Kulaijaya tewas dengan SMK Parit Bunga, Ledang dengan jaringan 1-5. Walau pun kami kalah dengan juara kumpulan B namun saingan tetap diberikan. Syabas kepada semua pemain futsal daerah Kulaijaya.

Link ke Laman Blog 1Murid 1Sukan - Futsal

31 October, 2014

BACAAN SURAH YASSIN, SURAH AL-WAQIAH DAN SOLAT HAJAT AMALAN TERBAIK UNTUK KECEMERLANGAN ANAK DIDIK SMK BANDAR TENGGARA

30 Oktober 2014: Dewan Permata

Ucapan pengetua selepas solat hajat
Program pembudayaan al-Quran yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam merupakan salah satu amalan terbaik yang menjadi fokus ucapan pengetua pagi ini. Katanya lagi, pembacaan surah Yassin, surah Al-Waqiah dan solat hajat berjemaah yang sentiasa menjadi amalan menjadikan kita cemerlang di bidang akademik khusunya dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun-tahun sebelumnya.

Tambahnya lagi, kita menerima 10 jenis anugerah sempena Majlis Kualiti Pendidikan Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 yang dibentangkan olehnya di PPD Kulaijaya baru-baru ini. Tahniah kepada guru-guru agama serta semua warga guru, murid serta pelajar SMK Bandar Tenggara.

Disamping itu juga program-program akademik, seperti pecutan matapelajaran sains, matematik, sejarah, Bahasa Inggeris dan lain-lainya subjek menjadi agenda utama pihak pengurusan yang dikelolakan oleh Puan Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran.

Manakala pembentukan disiplin dan sahsiah murid diterajui oleh En. Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kecemerlangan kokurikulum di bawah penyeliaan Encik Ahmad Survi, PK Kokurikulum meningkatkan lagi kecemerlangan secara keseluruhan.

Tidak lupa juga kepada guru-guru tingkatan, guru matapelajaran dan kaunselor sekolah yang diketuai oleh Pn. Noridah Sidek dan Encik Aspar bin Mohamad menjadikan kita cemerlang di peringkat daerah Kulaijaya dan negeri Johor.

Majlis bacaan doa khusus untuk Pn. Hjh Sawilah M.Auf
kerana bersara pada 30 Oktober 2014
Suasana sayu bersama Pn Hjh Sawilah, Ketua Bidang Vokasional dan Teknik, kiriman foto oleh En. Abd Rahman Salleh,dalam Whatsapp SMKBT Group.
Suasana sedih kelihatan apabila Puan Hjh Sawilah M.Auf menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang Guru Kanan Matapelajaran Vokasional dan Teknik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BandarTenggara. Sambutan buat kali terakhir diadakan dalam keadaan sederhana di mana bacaan doa khas bersama 780 orang pelajar dan 83 guru diadakan di Dewan Permata selepas bacaan Yassin, surah al-Waqiah dan solat hajat dipimpin oleh Ustaz A. Rahim Arshad.

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah,sesi 2013-2014, Encik Abd Rahman Saleh telah mengumumkan pada 7 November 2014 akan diadakan satu majlis perpisahan untuk Pn Hjh Sawilah M.Auf di Hotel, BCB Kluang, Johor Darul Takzim. Pengurusan majlis tersebut dikendalikan oleh Pn.Zulaikha Ngaliman.

30 October, 2014

PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI UNTUK PERPADUAN (RIMUP) PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014


30 Oktober 2014: SMK Indahpura 1
Ucapan perasmian penutup oleh Pengetua SMK Indahpura 1
Puan Hjh Noraini binti Juahir
Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP), kumpulan A diadakan di SMK Indahpura 1, Kulaijaya selama dua hari bermula semalam. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Indahpura 1 sebagai tuan rumah, SMK Bandar Tenggara, SMK Kulai Besar, SMK Kangkar Pulai, SMK Senai dan SMPK Vokasional Indahpura. Peserta perkhemahan adalah seramai 71 orang.

Pengetua sekolah SMK Indahpura 1, Pn Hjh Noraini binti Juahir menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986 lagi. 

Katanya lagi, RIMUP ialah hasil ilham Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. 

Pada peringkat awal, pelaksanaan RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan aktiviti kokurikulum dan sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum. Kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh pada peringkat negeri, daerah dan sekolah.

KPM telah menggerakkan semula RIMUP dan memberikan pendekatan  yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.

Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah sehingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama.


Beliau mengucapkan syabas kepada semua peserta walau pun cuaca hujan tidak mematahkan semangat peserta untuk mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang. 
Kem Komandan, En.Mazalan Zaini, menyampaikan ucapan dan komen
Peserta perkhemahan


Peserta perkhemahan bergambar bersama pengetua SMK Indahpura 1
AJK serta guru-guru pengiring
Khemah terpaksa dipindahkan kerana hujan
LDP - menarik kata peserta
Aktiviti Sukanika
Buku Program Perkhemahan RIMUP 2014

Muka surat 2

Peserta SMK Bandar Tenggara

PK Kokurikulum, En. Ahmad Survi hadir pada majlis penutup

Banner RIMUP


26 October, 2014

KEJAYAAN SEKOLAH DINOBATKAN DALAM MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

26 Oktober 2014: Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi
Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Kulaijaya 2014
Foto : Ahmad Nazri Selamat
Daerah Kulaijaya menerima 6 jenis anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Johor 2014 yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi. Majlis anugerah tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj Noor Ehsanuddin bin Hj Mohd Harun Narrashid, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor.

Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Indahpura mendapat tempat ketiga di bawah kategori Sekolah Menengah Berprestasi Tinggi/ Kluster, tempat kedua dimenangi oleh Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan Johan disandang oleh SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
SK Bandar Tenggara 1
Manakala Sekolah Rendah (SR) Kebangsaan Bandar Tenggara 1, memenangi dua Anugerah Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor kerana muncul Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan Zon Selatan 2014 kategori NGO-Lelaki dan Pasukan Badan Beruniform terbaik iaitu pasukan Pengakap sekolah.
SMK Bandar Tenggara
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara juga menerima Anugerah Khas dari JPNJ kerana kejayaanya menjadi Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan Zon Selatan 2014 di bawah kategori NGO- Lelaki.

Satu lagi anugerah diperolehi oleh Sekolah Kebangsaan Indahpura 2 kerana kejayaannya di bawah kategori Bahasa dan Sains Sosial,menghasilkan Poetry Recitation. Akhir sekali daerah Kulaijaya telah menerima sijil, piala dan wang berbentuk replika bernilai RM1,000 untuk pencapaian terbaik Bidang Kesenian dan Kebudayaan Peringkat Negeri Johor.

Turut hadir dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu ialah Tuan Haji Hasidin bin Haji Zaini, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Tuan Hj Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Encik Md Din bin Hussien, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Tuan Hj Kamarudin bin Mohd Tahir, Penolong Pengarah Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

MAJLIS BERSAMA YB DATO HALIMAH BINTI SADIQUE

26 Oktober 2014: Dewan Permata
Bersama YB Halimah Sadique
Foto : Mohd Pozi Kemin
PK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib
Sedang dikemaskini....
Para tetamu
Yang Berhormat Dato' Halimah Sadique beramah mesra dengan tetamu dan pelajar SMK Bandar Tenggara






CABARAN PUTRAJAYA PANDU PUTERI PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

26 Oktober 2014: Dewan Permata
Hani Hazirah Huda binti Basir menerima sijil daripada ibunya, PK Pentadbiran
Program Cabaran Putrajaya Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Putrajaya, Kuala Lumpur pada 6 hingga 9 Jun 2014 disertai oleh Hani Hazirah Huda binti Basir, Tingkatan 2 Baiduri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.
Muhammad Lutfi Husaini bin Hassan
Majlis perhimpunan hari ini diselitkan dengan penyampaian hadiah untuk peserta-peserta 1Murid 1Sukan Piala Menteri Pendidikan Malaysia di bawah kategori olahraga. Mereka terdiri daripada Muhamad Lutfi Husaini bin Hassan, Muhammad Hidayatulullah bin Bukari, Muhammad Waqar Lauzaie bin Mohd Moslihen, Muhammad Amirul Mukminin bin Khairulnizam, Muhammad Fikri bin Mohd Zulkifli dan Hamdy Shahim bin Najhan.
Johan Sirkit Boling 10 Pin 2014, En.Rashid Muhidin 
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Rashid Muhidin pula merupakan Johan Sirkit Boling 10 Pin 2014 yang dikelolakan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah, Manakala Ahmad Nazri Selamat muncul sebagai pemain yang mendapat skor tertinggi dalam sirkit itu.
High Score : Encik Ahmad Nazri Selamat
Penolong Kanan Pendidikan Khas,Encik Hamzah bin Hamdan pula menerima piala Johan Keseluruhan Pendidikan Khas peringkat kebangsaan sempena Majlis Anugerah KEcemerlagnan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan tahun 2013 yang diadakan di Glory Beach Resort, Port Dikson, Negeri Sembilan.

PK Pendidikan Khas , SMK Bandar Tenggara

KEJAYAAN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA DI PERINGKAT KEBANGSAAN DINOBAT OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

26 Oktober 2014 : Perhimpunan Mingguan
Penerima anugerah cemerlang dari SMK Bandar Tenggara
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 dirasmikan oleh YB Dato' Norhayati binti Omar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Kebajikan Pembangunan Wanita dan Keluarga di adakan di Glory Beach Resorts, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 21Oktober 2014.
Bergambar ramai

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ