30 March, 2013

PINDAAN AKTIVITI KOKURIKULUM BULAN APRIL 2013

BANDAR TENGGARA: April 2013

Beberapa pindaan telah dibuat bersesuaian dengan aktiviti peringkat daerah Kulaijaya. Antara aktiviti yang ditangguhkan pada mingu pertama ialah program 1Murid 1Sukan. Tumpuan diberikan kepada aktiviti Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah dan Peringkat Daerah Kulaijaya.

Sila muat turun fail:  Aktiviti Kokurikulum Bulan April 2013
Sila klik jadual di bawah (ada 3 muka surat).






26 March, 2013

SURAT KHABAR SINAR HARIAN MEMAPARKAN AKTIVITI SATU MURID SATU SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

BANDAR TENGGARA : 26 Mac 2013: SINAR HARIAN


Tahniah kepada warga SMK Bandar Tenggara kerana aktiviti 1Murid 1Sukan terpapar di akhbar Sinar Harian, bertarikh 26 Mac 2013, muka surat 50. 


24 March, 2013

PANDU PUTERI DAN PENGAKAP SEKOLAH BERGABUNG TENAGA DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI PERKHEMAHAN

MERSING, 24 Mac 2013: Teluk Gorek

Perkhemahan Pandu Puteri

Melahirkan pemimpin pelajar yang bermotivasi tinggi dalam era globalisasi ini serta membentuk pemikiran yang kreatif dan terbuka menjadi matlamat utama perkhemahan Pandu Puteri di Teluk Gorek, Mersing. 


K   Guru penasihat, Persatuan Pandu Puteri SMK Bandar Tenggara, Noraishah Tarni memberitahu seramai 35 ahli dan 5 orang guru terlibat. Mereka terdiri daripada murid tingkatan dua, tiga, empat dan lima.

     Tambahnya lagi, perkhemahan seperti ini diadakan adalah untuk membentuk disiplin murid, meningkatkan jati diri, berketrampilan, berkeyakinan, bertangungjawab, yakin serta berani menghadapi cabaran. Akhirnya tegas beliau, pengisian program seperti ini dapat membentuk murid yang baik dari segi sahsiah dan cemerlang dalam bidang kokurikulum. Tegas beliau, semoga mereka akan memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan berupaya meningkatkan lagi prestasi di bidang akademik.

Kem komandan, Hasry Mustakim ditemui berkata peserta kursus telah berjaya menjalani aktiviti-aktiviti yang ditetapkan umpamanya aktiviti mendirikan khemah, ikhtiar hidup, pendakian dan  berkawad. 

Mereka juga dilatih untuk membina keyakinan diri supaya menjadi pemimpin dan ketua dalam aktiviti berkumpulan seperti penyediaan makanan dan membuat kawalan keselamatan. Keupayaan sesorang ahli itu  dapat dilihat dengan jelas apabila mereka diuji dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDP).

Usaha pihak sekolah untuk meningkat pencapaian di bidang kokurikulumi, Ahmad Survi selaku Penolong Kanan Kokurikulum telah hadir dan memberikan taklimat kokurikulum dan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada semua peserta perkhemahan. 

Program anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah tiga tahun dilaksanakan di sekolah. Di antara kebaikannya program ini ialah mereka akan mendapat markah bonus apabila berjaya mendapat gangsa, perak dan emas. Setiap tahap anugerah membawa markah bonus 3, 5 dan 7 masing-masing. Secara tidak langsung markah 10 % kokurikulum akan dapat ditingkatkan.

Beliau menambah, tidak semua murid berpeluang untuk menjadi ketua murid, ahli lembaga pengawas, pengawas pusat sumber, jawatankuasa surau, ketua dan penolong tingkatan. Oleh yang demikian melalui program ARPRM ini mereka dapat meningkatkan markah kokurikulum disamping menjadi seorang pemimpin muda di peringkat sekolah.



   
Perserta perak membantu menjayakan perkhemahan

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ