27 May, 2012

PENGLIBATAN PELAJAR SMK BANDAR TENGGARA DI PERINGKAT KEBANGSAAN

27 Mei 2012: Program Taman Laut  dan Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi (PPBD) anjuran Pusat Kokurikulum Negeri.

Program Taman Laut, Pulau Tinggi, Mersing
1. Hakim bin Azman
2. Nur Atiqah binti Abu Hassan

Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi, Jertih Terengganu
1. Nurul Nabilah binti Mohd Zul
2. Siti Farah binti Moslihen
3. Muhd Zakeyuddin Syah bin Md Ysof
4. Muhammad Afiq bin Poniran

Sekolah Menengah lain:-
1. SMK Mersing.
2. SMK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang
3. SMK Jalan Mengkibol, Kluang
4. SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru
5. SMK Adela, Kota Tinggi
6. SMK Tun Mamat,Muar
7. SMK Sri Kukup, Pontian 

PROGRAM KAYUHAN 1MALAYSIA MENJADI AGENDA UTAMA DALAM TAKWIM KEJORA MULAI TAHUN HADAPAN.

26 Mei 2012: Agenda Utama KEJORA- "Kayuhan 1Malaysia" setiap tahun.
Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa (tengah), Penolong
Pengurus Fakharur Razzy Hazeran (kiri) dan Ustaz Rosman (s/u JKKMBT)
Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa dalam ucapannya, penduduk di Bandar Tenggara yang mempunyai jumlah penduduk hampir 17,000 orang perlu mengambil peluang terhadap apa jua program yang dianjurkan oleh pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Kerajaan tempatan telah menyalurkan banyak peruntukan setiap tahun melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) untuk diagihkan kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai program kemasyarakatan.

Katanya lagi, Kayuhan 1Malaysia umpamanya merupakan satu program riadah yang baik. Mendidik anak-anak supaya terlibat dalam aktiviti sihat. Merekalah akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. "Badan sihat minda cergas," tambahnya. Gejala sosial akan berkurangan jika sukan ini dapat diatur dengan baik dan terancang. Sukan berbasikal sudah menjadi agenda utama negara, terkenal di peringkat global dan boleh menjadi kerjaya pada masa depan mereka. Saranan beliau, agar pihak masyarakat di sini agar dapat menubuhkan Kelab Berbasikal Bandar Tenggara untuk menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Setiausaha JKKMBT, Rosman Idris dalam ucapannya, Kayuhan 1Malaysia ini berjaya menarik seramai 120 orang peserta. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KEJORA, Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) Cawangan Bandar Tenggara , dan lebih khusus kepada penyelaras Kayuhan 1Malaysia; Sulaiman Mohd Rawi, jawatankuasa Kayuhan 1Malaysia, Balai Polis Bandar Tenggara, pasukan RELA, Klinik Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara, SMK Sri Pinang, SMK Bandar Tenggara 2, SK Bandar Tenggara 1 dan 2, Sekolah Agama dan penduduk di Bandar Tenggara kerana sama-sama menjayakan program ini.
Taklimat laluan kayuhan

Turut hadir dalam menjayakan Kayuhan 1Malaysia ialah Penolong Pengurus LBJT Penawar; Fakharur Razzy Hazeran; penasihat JKKMBT dan pegawai-pegawai LBJT Bandar Tenggara. Pengacara majlis, Zolkeplee Jemadar mengendalikan cabutan bertuah, 15 hamper telah disampaikan oleh Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA, Hamzah  Hj Isa sebelum majlis ditamatkan.
Peserta kayuhan

gaya peserta
Zolkeplee Jemadar dan kelab fixie
Taklimat keselamatan oleh
Sarjan Amran
Kawalan marshall
Di persimpangan jalan

Menuggu cabutan bertuah
Foto terbaik oleh
Taufieq Alauddin

Saifullah Abd wahab, guru SMKBT
berjaya dalam cabutan bertuah

MENGIRATKAN LAGI HUBUNGAN MELALUI PERMAINAN BOLA SEPAK

13 Mei 2012: Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Dengan Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) Bandar Tenggara

SMK Bandar Tenggara vs Lembaga Kemajuan Bandar Tenggara
(LBJT)
Kekalahan pasukan SMK Bandar Tenggara dalam perlawanan persahabatan tempoh hari merupakan satu ujian kepada semua pemain-pemain sekolah, setakat mana pencapaian mereka. Saipi Halidin, pemain di bahagian pertahanan bermain cemerlang apabila berjaya menggagalkan serangan bertubi-tubi daripada pihak lawan. Namun jaringan gol yang disempurnakan oleh Ahmad Nazri Selamat  mengubat kekecewaan itu. Kita kalah dengan 3 berbalas 1.
Pengerusi BKGK, Zolkeplee Jemadar menyampaikan ucapan
sebelum perlawanan dijalankn

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK), Zolkeple Jemadar ditemui berkata kekalahan sudah menjadi adat dalam apa jua pertandingan. Yang lebih penting ialah komitmen, kesungguhan, kesefahaman dan wawasan masa depan penentu segala-galanya. Banyak lagi perlawanan-perlawanan persahabatan akan datang sebelum kedatangan sukan MSKPP peringkat daerah Kulaijaya nanti. Harapan beliau, agar latihan kecergasan perlu dijalankan dengan lebih terancang dan memerlukan, kerjasama daripada semua pemain untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh supaya kesefahaman di bahagian pertahanan, serangan dan jaringan akan lebih mantap demi untuk merangkul kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan.

Ketua pasukan LBJT (B.Tenggara)

Ketua pasukan SMKBT

GPK Kokurikulum SMKBT, Ahmad Survi menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada ketua pasukan LBJT dan SMK Bandar Tenggara.
Jaringan gol SMKBT dilakukan oleh Ahmad Nazri Selamat
Salaman persahabatan
Pertahanan kental;
Saipi Halidin
 
aksi menarik:Aidil Shamin
Pertahanan kental
 
Serangan yang membawa jaringan 2 gol lagi





  

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ