21 July, 2011

SMK Bandar Putra, Kulaijaya - Juara Kategori Sekolah Menengah Atas




Kulaijaya - Ketua Sektor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Aziz Redwan dengan penuh minat dan kagum dengan hasil ciptaan dan karya peserta-perserta Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor di bilik seminar SMK Bandar Tenggara. Beliau mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan masa, kos pembinaan, ketulinan hasil rekaan, aplikasi dan kesannya kepada peningkatan taraf hidup generasi akan datang jika ianya menjadi satu kenyataan.

Turut hadir dalam pertandingan tersebut ialah Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Kamarudin Mohd Tahir, Penyelia Kokurikulum JPN, Azmi Abu, Penolong PPD Kulaijaya, Ellangovan a/l Savarimuthu dan Pengurus Kawasan SASBDI Sdn Bhd, Eric Wong.

Keputusan Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor:-
Kategori : RECYCLE
Johan : SMK Bandar Putra (C36)
Ke-2 : SMK Tinggi, Batu Pahat (C90)

Kategori Terbuka :
Gold : SMK Ulu Tiram, Pasir Gudang ( F4)
Silver : SMK Tinggi, BAtu Pahat (F1)
Bronze : SMK Tinggi BAtu Pahat (F2)

Excellent Award: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (F3) 

Special Award :Best Team Spirit : SMK Ulu Tiram, Pasir Gudang (F4)
Best Innovative: SMK Tinggi, Batu Pahat (F1)
Best Mentor: En Neo Shun Zhi (SMK Tinggi Batu Pahat).
Best Presentation : SMK Ulu Tiram (F4). 

20 July, 2011

SMK Bandar Putra, Kulaijaya - Juara Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor Kategori Sekolah Menengah Rendah


Juara - SMK Bandar Putra, Kulaijaya
Kulaijaya- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, Kulaijaya menjadi juara dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor kategori Sekolah Menengah Rendah (Guide Robot). Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Sekolah Menengah Tinggi (SMT) Batu Pahat.

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, Fauzan Sukimi turut tersenyum lebar dan mendapat tepukan gemuruh apabila pasukan tuan rumah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan hari kedua ini. Kepintaran robot yang diprogramkan oleh kumpulan pelajar berkenaan telah berjaya memanjat tangga dalam masa yang singkat telah menarik perhatian hakim, pegawai pertandingan, guru-guru mentor, pengiring, peserta dan ibu bapa yang meyaksikan demonstrasi selepas majlis penyampaian sijil dan hadiah lewat petang.

Gold Medal- SMK Convent, Batu Pahat

Dalam kategori terbuka (Stair Climber), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Batu Pahat telah dianugaerahkan pingat emas dan persembahan terbaik dalam pertandingan yang melibatkan 200 orang pelajar sekolah menengah rendah negeri Johor yang mengambil bahagian tahun ini.

Wong Minh Chuat Isabelle dari Sekolah Menengah Dato Jaafar, Johor Bahru muncul sebagai mentor terbaik tahun ini. Berkat kesabaran dan kesungguhan beliau melatih peserta sekolah berkenaan telah menaikkan nama sekolah itu dengan merangkul  pingat perak dan gangsa sekali gus menerima pingat cemerlang bagi sekolahnya bagi kategori ini.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sijild dan hadiah ialah Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Kamaruddin Mohd Tahir, Unit Kokurikulum JPNJ, Azmi Abu, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu, Penyelia Kokurikulum PPD Kulaijaya, Johan Nasir dan Pengurus Kawasan, Eric Wong daripada SASBADi Sdn Bhd..
Keputusan Penuh Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Johor:-
Kategori Sekolah Menengah Rendah - Stair Climber

Johan : SMK Bandar Putra, Kulaijaya ( Pasukan B87)
Ke-2 : SMK Tinggi, Batu Pahat (B96)
Ke-3 : SMK Tinggi Batu Pahat (B55)

Ke-4 : SMK Tinggi, Batu Pahat (B35)
Ke-5 : SMK Convent, Muar (B27)
Ke-6 : SMK Tinggi, Batu Pahat (B25)

Ke-7 : SMK Convent, Muar (B37)
Ke-8 : Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru (B59)
Ke-9 : SMK Mutiara Rini, Johor Bahru (B64)
Ke-10 : SMK Tinggi, Segamat (B63)

Keputusan Pertandingan Robotik Terbuka - Robot for life improvement.
Gold : SMK Convent Batu Pahat ( No pasukan : E2)
Silver : SMK Dato Jaafar, Johor Bahru (E5)
Bronze : SMK Dato Jaafar, Johor Bahru (E7)

Excellence Award
Pertama : SMK Tinggi, Batu Pahat (E3)
Kedua: SMK dato Jaafar, Johor Bahru (E8)

Special Award :
Best Inovative Award : SMK Dato Jaafar Johor Bahru (E7)
Best Presentation Award: SMK Convent, Batu Pahat (E2).

GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN
ROBOT GUIDE
Robot Guide

AJK Pendaftaran

AJK Majlis Penutup


AJK Makanan VIP
AJK Dokumentasi

19 July, 2011

SJKC Tampoi, Johor Bahru - Berjaya mewakili Johor Ke Pertandingan Robotik kebangsaan (NRC) Kategori Sekolah Rendah

SJKC Tampoi, Johor Bahru - Johan

Kulaijaya- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi, Johor Bahru telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor kategori sekolah rendah di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Pasukan A110 dan A39 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru mendapat tempat kedua dan ketiga.


Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tebrau, Johor Bahru
Manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tebrau, Johor Bahru, SK Bukit Tongkat, Kluang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kangkar Pulai, Kulaijaya pula berjaya menerima pingat emas, perak dan gangsa masing-masing di bawah kategori terbuka sekolah rendah.

Pada hari pertama pertandingan ini, Ketua Unit kokurikulum, Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ), Kamarudin Mohd Tahir menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang di hadapan 430 peserta dari sekolah rendah seluruh negeri Johor yang mengambil bahagian.

Jurutera Pembangunan Projek Robotik, Tengku Hazrul Tengku Haizar ditemui berkata, robotik telah diperkenalkan dan dipertandingkan pada tahun 2005. Antara visi utamanya ialah membantu murid membina asas yang kukuh dalam matematik, sains, teknologi, reka bentuk dan ICT melalui penyiasatan, penyelidikan dan praktikal. Katanya lagi, daya kreativiti murid akan mencapah melalui perbincangan dalam kumpulan, di sinilah semangat kerjasama dan pemuafakatan terjalin. Akhirnya diterjemahkan dalam bentuk pemikiran yang logik dan sistematik melalui pengaturcaraan robot.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jualan SASBADI Sdn Bhd, Kavin Wan, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Azmi Abu, Penolong Pegawai Pelajaran Kulaijaya, Ellanggovan a/l Savarimuthu, Penyelia Kokurikulum, Johan Nasir.

Keputusan pertandingan - Guide Robot
Johan - SJKC Tampoi, Johor Bahru ( A94)
Kedua - SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru (A110)
Ketiga - SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru (A39)

Ke-4: SK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. (A85)
Ke-5 : SK Temenggong Abdul Rahman, Segamat (A67)
Ke-6: SK Bukit Tongkat, Kluang (A117)
Ke-7 : SK Convent (M) (A60)
Ke-8 : SK Pasir Gudang 1, Pasir Gudang (A104)
Ke-9 : SK Bukit Tongkat, Kluang (A87)
Ke-10 : SK Sri Tebrau, Johor Bahru (A47)

Kategori Terbuka - Robot for life improvement

Gold- SK Sri Tebrau, Johor Bahru (D12)
Silver - SK Bukit Tongkat, Kluang (D6)
Bronze - SJKT Kangkar Pulai, Kulaijaya (D9)

Excelent Award:-

SK Bukit Tongkat (D5)
SJKC Pulai (D7)
SK Bandar Baru Uda 2 (D2)

Special Award
1. Best Team Spirit Award- SK Sri Tebrau, Johor Bahru (D12)
2. Best Innovative Award - SK Bukit Tongkat, Kluang (D6)
3. Best Mentor Award - SK Sri Tebrau ( En Mohd Hafiz bin Hussin)
4. Best Presentation Award: SJKT Kangkar Pulai, Kulaijaya (D9)

GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN

430 peserta pertandingan


Barisan Robotik yang dipamerkan

Pegawai Pembantu Pertandingan Robotik
Iskandarrani Mohamad (Ketua), Muhamdad Fizuan Iderus, Muhamad Fakhrul Azmi Buang, Wan Muhammad Hafiz Wan Abu BAkar, Syamimi Syakira Jamil, Bur Atikah Abu Hassan , Nur Fadhilla Zainudin, Fauziah Sahadan, Nur Liana Jamadi, Nurul Nadia Tugiran, Nur Ajreen Kamarudin, Nurul Azwa Md Shariff, Nurul Kaira Khairi, Nor HAzmira Hazlan, Nur Hidayah Roslan, Kavilasha a/p Ravindran, Nurul Shahiza Majid, Nur Shahira Majid, Nur Aizzaty Khadijah Azmi, Muhd Aziz Zaini, Muhammad Muztaufiq Muzthal, Ernayanti Mahat, Siti Norshahia Idayu Mohd Tarmizi, Farah Izzaty  Samain dan Siti Nurfarahani Razali.

En Zolkeple Jemadar (Pegawai PA Sistem),
Shamsul Ihtihsham Musa (Pegawai Didiplin dan Keselamatan)

AJK PA Sistem dan Hadiah

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ