04 September, 2010

Program "Kami Bersamamu".

Program Semarak Ramadhan POLIS, RELA dan JPAM telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Hj Badri bin Hj Dasuki, di Balai Polis Bandar Tenggara pada jam 6.54 petang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Khas Menteri Keselamatan Dalam Negeri , Ariffin bin Adnan. Turut menyampaikan ucapan ialah Ketua UMNO Bahagian Bandar Tenggara, Abdul Halim bin Abdul Jalil dan ASP Pengurusan Kota Tinggi, Nik Adham bin Nik Abd Aziz. 

Bacaan doa berbuka puasa disempurnakan oleh Tuan Imam Masjid Besar Bandar Tenggara, Tuan Haji Solihin bin Subuhi. Bersama-sama beliau, Tuan Haji Amir bin Hj Jasman, Naib Pengerusi JKKMBT Bandar Tenggara, pegawai-pegawai polis daerah Kota Tinggi, anggota RELA, dan pemuda UMNO Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut, murid-murid Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara menerima sumbangan hari raya.
  
Murid Pendidikan Khas SMKBT menerima sumbangan.


Abdul Halim bin Abd Jalil menyampaikan duit raya.


Bejabat tangan bersama pemimpin.


Majlis berbuka puasa.

Pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Hj Aminuddin bin Sani, GPK Kokurikulum SMK Bandar Tenggara, Ahmad bin Survi, Zulkifli bin Jaafar, Pengurus Felda Sibol dan pegawai-pegawai. Turut serta GPK Pentadbiran, SMK Bandar Tenggara 2, Khairudin bin Mustafa.

Ahmad Othman, pemberita METRO turut hadir membuat liputan berita.

Majlis tamat kira-kira jam 8.15 malam, selepas Abdul Halim bin Abd Jalil menyampaikan duit sumbangan kepada anak-anak kecil yang hadir dalam majlis tersebut.

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Daerah Kulaijaya.


Y.B Dato' Hajah Robiah binti Dato' Haji Kosai telah merasmikan Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Dewan Raya Bandar Putera anjuran Majlis Perbandaran Kulaijaya. Pelbagai Agensi dan Jabatan di bawah pentadbirannya telah turut serta.

Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya di ketuai oleh Tuan Haji Baharom bin Ali. Pasukan pentadbiran PPD Kulaijaya yang terlibat dalam perbarisan disertai oleh pegawai-pegawai PPD Kulaijaya, Pengetua-pengetua, Guru Besar serta Guru Penolong Kanan.

Ketua Komandan.






Pasukan PPD Kulaijaya telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan perbarisan pada Majlis tersebut. 

02 September, 2010

Jawatankuasa Jamuan - SMKBT

Pelajar SMK Bandar Tenggara.
Pada 31 Ogos 2010 (Selasa) bermula pada jam 3.45 petang telah bermulanya Majlis Khatam Al-Quran. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Sri Pinang dan SM Agama Bandar Tenggara. Empat program dalam satu ini telah dirancang oleh JKKMBT dan pihak Masjid. Terdapat 4 acara penting pada hari berkenaan iaitu Tadarus dan Khatam Al- Quran, Solat Hajat
Perdana (Tg 3, 5 dan 6A), Penyampaian Bantuan Anak Yatim dan Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53, Tahun 2010.


Sekolah ini mendapat peluang membaca Juz 23 hingga 30. Seramai 70 orang pelajar terlibat. Jumlah keseluruhan pelajar semasa majlis khatam Al-Quran ialah 300 orang. Melalui mesyuarat JKKMBT tempoh hari, sekolah kita telah diamanahkan untuk menjadi JK Jamuan. Ini tidak termasuk memasak. Sekolah ini hanya bertugas dalam menghidang, menghantar makanan dan minuman di lokasi jamuan. Lelaki di tempat letak kereta dan perempuan di khemah yang disediakan oleh pihak KEJORA.

Manakala di khemah VIP telah diamanahkan kepada HELWANI Bandar Tenggara, yang diketuai oleh Puan Hajjah Saadiah.

Pemplate oleh Pengurusan Kokurikulum,
SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.
Encik Khairulnizam bin Mohd Yusof
(Penyelaras Pasukan Badan Beruniform Sekolah).















Menghidang.

Menyediakan minuman.

Makan berkongsi dalam dulang menjadi amalan dalam budaya orang Melayu. Di sinilah sifat saling hormat menghormati hak orang lain, bersatu padu, sehati sejiwa, kemesraan, berkongsi hak dan nilai-nilai murni lain dibentuk secara tidak formal.



Majlis telah berakhir pada jam 10.30 malam.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ