06 February, 2014

SAMBUTAN MALIDUR RASUL TAHUN INI - WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

6 Februari 2014: Dewan Permata

En Rashid Muhidin, PK HEM dan Tn Hj Armas Derusman, Pengetua
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat sekolah bagi Tahun 1435H/ 2014M telah diadakan pada 6 Februari 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya.

Majlis perarakan dimulakan dari tempat letak kereta bangunan Blok Indah dengan iringan paluan kompang, pembawa sepanduk sambil mengalunkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Tuan Hj Armas Derusman, pengetua sekolah ini mengetuai perarakan tersebut diikuti oleh barisan penolong akanan, guru kanan matapelajaran, guru-guru, murid-murid Tingkatan 5 dan pelajar-pelajar Prauniversiti. 
Sambutan Maulidurrasul 2014
Kemerian pelajar-pelajar SMK Bandar Tenggara
Penyediaan jamuan


Persembahan pelajar

Sepanduk yang dibuat oleh pengurusan kelas
SEMALAM (5 Februari 2014)
Rewang sempena maulidurrasuk 2014
Ikatan siratulrahim antara guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara bertambah kukuh apabila mereka sama-sama menjayakan aktiviti  gotong royong menyediakan bahan masakan sempena sambutan maulidurrasul pada hari esoknya (6 Februari 2014).

Program penyembelihan lembu telah disempurnakan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Ustaz A.Rahim Arshad di ladang ternakan di Felda Sg Sibol, Bandar Tenggara.

05 February, 2014

JEBAT JUARA KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014

5 Februari 2014: Dewan Permata

PK Kokurikulum, Pengetua dan Mohd Akrimi (JEBAT)
Foto : Kabir
Mohd Akrimi Mahazir, ketua rumah Jebat menerima piala pusingan daripada Tn Hj Armas Derusman pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara sempena Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-6, Peringkat Sekolah Tahun 2014 di Dewan Permata petang tadi.

Akrimi dari Tingkatan 5 Delima yang juga menjadi juara dalam kategori lelaki 18 tahun bersyukur kerana rumah Jebat menjuarai kejohanan buat kali kedua berturut-turut. Ucapan terima kasih kepada semua atlit-atlit dan guru-guru rumah Jebat, khususnya Cikgu Aidil Shamin Abd Razak dan penolongnya cikgu Noraishah Tarni.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn Hj Armas Derusman, Pengetua sekolah, diiringi oleh Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum. Turut hadir dalam upacara tersebut ialah Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Pelajaran, guru-guru rumah sukan dan 715 orang murid.

1.0 PROGRAM SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S)
 MERENTAS DESA KALI KE-6 2014

MERENTAS DESA KALI KE-5 2013

KEPUTUSAN PENUH
Pungutan mata keseluruhan:-
1.0 JEBAT - 314
2.0 KASTURI - 304
3.0 LEKIR - 243
4.0 TUAH - 208
* Sumber maklumat daripada Penolong Setiausaha Sukan, Cik Siti Hanizan Samsuri.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ