06 August, 2012

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN 2012

6 Ogos 2012:  Pelancaran Bulan Kemerdekaan meriah.
Nyanyian lagu patriotik.

Tentatif program:-
7.20 pagi  Semua guru dan pelajar berkumpul di Dewan Permata
                 Nyanyian Lagu Bangsa Johor
                 Nyanyian Lagu Sekolah
                 Ikrar Pelajar
                 Doa Sempena hari Kemerdekaan
                 Ucapan oleh Pn Hjh Hasnah Kasnan (GMP Sains Kemasyarakatan).
                 Penyerahan Jalur Gemilang- Simbolik Kemerdekaan.
                 Ucapan dan Perasmian oleh Pengetua.
                 Nyanyian Lagu Patriotik
                 1. Lagu Jalur Gemilang
                 2. Lagu 1Malaysia
                 3. Lagu rasmi 1Malaysia
                 Nyanyian Lagu Negaraku
                 Majlis Bersurai.


Pengetua SMK Bandar Tenggara
Merasmikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan


Ucapan Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Pn Hjh Hasnah Kasnan, GKMP Sains Kemasyarakatan.


Objektif:-
1. Menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan terdahulu dalam usaha memerdekakan mempertahankan dan memajukan. negera.

2. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Menanam semangat cintakan negara dan mewujudkan semangat patriotisme yang jitu di dalam diri murid-murid dan terhadap agama, bangsa dan negara.

4. Peka dan menghargai usaha para pejuang yang telah membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan seterusnya mendapatkan kemerdekaan.

Gamb

SEMINAR IQRA

1 Ogos 2012: SEMINAR IQRA (Menguasai Teknik Belajar Berteraskan Al-Quran dan Sunnah)
Pelajar PrauUniversiti di Dewan Permata

Kejayaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Tenggara, mengendalikan Seminar Iqra sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini amat bermakna dan membanggakan semua warga sekolah. Program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari itu menarik perhatian 350 pelajar terdiri daripada murid tingkatan tiga, lima dan pelajar prauniversiti yang akan mengambil peperiksaan tahun ini..

Kedua-dua penceramah yang diundang khas iaitu Tuan Haji Rohizal Hj Kassim yang mengupas tajuk "Perang Rasullullah" dan "Al Quran serta Kecemerlangan oleh Imam Muda Asyraf telah menaikkan semangat murid dan pelajar sekolah ini untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan di bidang akademik dan meningkatkan sahsiah diri.

Gambar oleh : Zai dan Farid

Penceramah 1:Tn Hj Rohizal Hj Kasim bersama
Hamzah Rahman Soriat dan Tn Hj Khairudin Abu Nawas.
Penceramah 2: Imam Muda Asyraf













Imam muda Asyraf, dinobatkan sebagai juara sempena Program Imam Muda 2012 anjuran Astro Qasis di Kuala Lumpur tempoh hari. Program ini membawa masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi akan peranan dan fungsi asas imam sama ada sebagai imam dalam pengurusan masjid mahupun imam yang memimpin solat berjemaah.

Melalui ceramahnya, pelajar disajikan dengan pelbagai permasalahan dalam kehidupan dan memberikan petunjuk untuk berjaya sebagai seorang pelajar yang cemerlang berlandaskan Al Quran.  Patuh kepada perintah Allah, kedua ibu bapa, guru dan masyarakat merupakan perkara penting dalam menjalani hidup sebagai seorang Islam yang tulin. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar dapat dikupas dengan baik oleh Imam Muda Asyraf secara bersahaja dan mengembirakan.

Gambar foto lain. Klik baca lagi.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ