1 Ogos 2012: SEMINAR IQRA (Menguasai Teknik Belajar Berteraskan Al-Quran dan Sunnah)
Pelajar PrauUniversiti di Dewan Permata |
Kejayaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bandar Tenggara, mengendalikan Seminar Iqra sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini amat bermakna dan membanggakan semua warga sekolah. Program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari itu menarik perhatian 350 pelajar terdiri daripada murid tingkatan tiga, lima dan pelajar prauniversiti yang akan mengambil peperiksaan tahun ini..
Kedua-dua penceramah yang diundang khas iaitu Tuan Haji Rohizal Hj Kassim yang mengupas tajuk "Perang Rasullullah" dan "Al Quran serta Kecemerlangan oleh Imam Muda Asyraf telah menaikkan semangat murid dan pelajar sekolah ini untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan di bidang akademik dan meningkatkan sahsiah diri.
Gambar oleh : Zai dan Farid |
Penceramah 1:Tn Hj Rohizal Hj Kasim bersama Hamzah Rahman Soriat dan Tn Hj Khairudin Abu Nawas. |
Penceramah 2: Imam Muda Asyraf |
Imam muda Asyraf, dinobatkan sebagai juara sempena Program Imam Muda 2012 anjuran Astro Qasis di Kuala Lumpur tempoh hari. Program ini membawa masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi akan peranan dan fungsi asas imam sama ada sebagai imam dalam pengurusan masjid mahupun imam yang memimpin solat berjemaah.
Melalui ceramahnya, pelajar disajikan dengan pelbagai permasalahan dalam kehidupan dan memberikan petunjuk untuk berjaya sebagai seorang pelajar yang cemerlang berlandaskan Al Quran. Patuh kepada perintah Allah, kedua ibu bapa, guru dan masyarakat merupakan perkara penting dalam menjalani hidup sebagai seorang Islam yang tulin. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar dapat dikupas dengan baik oleh Imam Muda Asyraf secara bersahaja dan mengembirakan.
Gambar foto lain. Klik baca lagi.
Guru Kaunselor, Noridah Mohd Sidek dan Tn Hj Md Khairudin Abu Nawas bersama Imam Muda Asyraf dan guru SMKBT. |
No comments:
Post a Comment