29 December, 2011

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2012

30 Disember 2011: SMK Bandar Tenggara

Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Kali Pertama Tahun 2012
Pengerusi: Tuan Haji Mohmad Bin Hashim, 
Pengetua SMK Bandar Tenggara

Slot Pertama
Masa : 8.30 - 10.30 pagi

Agenda Mesyuarat :-
1. Bacaan doa.
2. Ucapan alu-aluan Pengetua.
3. Pembentangan Dasar Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - GPK Kokurikulum
    3.1 Pembentangan Pencapaian Kokurikulum Tahun 2011.
    3.2 Pembentangan Takwim MSSD, MSSJ, MSSM 2012.
    3.3 Pembentangan Program 1Murid 1Sukan.
    3.2 Pembentangan Takwim Kokurikulum Peringkat Sekolah 2012.
4. Hal-hal lain

Slot Kedua
Masa : 11.00 - 11.45 pagi
Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan alu-aluan Pengetua.
2. Pembentangan Penilaian 10% Markah Kokurikulum Tahun 2011.
   2.1  Tingkatan 1,2 dan 3.   
   2.2  Tingkatan 4 dan 5.
   2.3  Tingkatan 6.
2. Perkara-perkara berbangkit dan penyelesaian.
3. Pengisian markah Online- untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Tingkatan Enam Atas.


4. Hal-hal lain.


MESYUARAT HAL EHWAL MURID PERTAMA 2011

29 Disember 2011: Bandar Tenggara


GPK Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin memulakan majlis mesyuarat dengan bacaan surah Al Fatihah dan membacakan agenda mesyuarat.

Agenda mesyuarat:-
1. Ucapan alu-aluan Pengetua.
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.
3. Perkara berbangkit.
4. Bidang tugas HEM/ perubahan.
5. Pembentangan Takwim HEM 2012
6. Program Sekolah.
    - Pendaftaran Tingkatan 1- Sesi persekolahan 2011
    - Hari Keceriaan Sekolah
    - Hari Pertama Persekolahan 2012
7. Hal-hal lain.

28 December, 2011

MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA

30 Disember 2011: SMK Bandar Tenggara

Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Kali Pertama Tahun 2012
Pengerusi: Tuan Haji Mohmad Bin Hashim,
Pengetua SMK Bandar Tenggara

Slot Pertama
Masa : 8.30 - 10.30 pagi

Agenda Mesyuarat :-
1. Bacaan doa.
2. Ucapan alu-aluan Pengetua.
3. Pembentangan Dasar Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - GPK Kokurikulum
    3.1 Pembentangan Pencapaian Kokurikulum Tahun 2011.
    3.2 Pembentangan Takwim MSSD, MSSJ, MSSM 2012.
    3.3 Pembentangan Program 1Murid 1Sukan.
    3.2 Pembentangan Takwim Kokurikulum Peringkat Sekolah 2012.
4. Hal-hal lain

Slot Kedua
Masa : 10.30 - 11.30 pagi
Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan alu-aluan Pengetua.
2. Pembentangan Penilaian 10% Markah Kokurikulum Tahun 2011.
   2.1  Tingkatan 1,2 dan 3.  
   2.2  Tingkatan 4 dan 5.
   2.3  Tingkatan 6.
2. Perkara-perkara berbangkit dan penyelesaian.
3. Pengisian markah Online- untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Tingkatan Enam Atas.
4. Hal-hal lain.

MESYUARAT GURU PERTAMA SESI 2012

27 Disember 2011: Mesyuarat Guru Kali Pertama


Pengetua dan GPK Pentadbiran

Tuan Haji Mahmod Hashim, mempengerusikan mesyuarat dengan memulakan pengenalan diri beliau sebagai pengetua baru di SMK Bandar Tenggara. Memulakan perkhidmatannya sebagai guru di SM Bentara Luar, Batu Pahat bermula pada tahun 1974 sehingga 1979.

Beliau dilantik sebagai pengetua di SM Nitar, Mersing pada tahun 2003. Selepas 4 tahun kemudian beliau bertukar di SM Tengku Mahmod, Senggarang. Setelah itu beliau dinaikkan ke gred DG52 ketika bertugas di SM Tenggaroh, Mersing.

Agenda Mesyuarat:-
1. Nyanyian Lagu Negaraku.
2. Lagu selangkah ke hadapan.
3. Ucapan alu-aluan Pengetua.
4. Perkara berbangkit.
5. Pembentangan JK Pengurusan Sekolah 2012.
6. Hal-hal lain.

Pembentangan Tugas-tugas Guru:-
MAJLIS TADBIR DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH
1. Jawatankuasa Pengurusan Sekolah.
2. Jawatan Kewangan Sekolah.
3. Jawatakuasa Mesyuarat Guru.
4. Jawatankuasa Sistem Aduan Am.
5. Jawatnkuasa Pemuafakatan Sekolah.
6. Jawatankuasa Pembangunan ICT & Portal SMKBT
7. Jawatankuasa Pembangunan/ Penyelenggaraan Bangunan & Perabot.
8. Jawatankuasa Pengurusan Bengkel dan Bilik-bilik Khas.
9. Jawatankuasa Kakitangan Sokongan.
10. Jawatankuasa Pembangunan Staf.
11. Jawatankuasa Pengurusan Stok, Inventori dan Pelupusan.
12. Jawatankuasa Kajian Tindakan.
13. Jawatankuasa Siaraya dan Dewan Permata.
14. Jawatankuasa Kualiti Sekolah
      14.1 JK Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
      14.2 JK Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
15.Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sumber Manusia.
16. Jawatankuasa Penerbitan Majalah Sekolah.

MAJLIS KURIKULUM
1. Organisasi MAjlis Kurikulum
2. Guru Kanan MAtapelajaran & Ketua Panitia Matapelajaran.
3. JK Jadual Waktu & Guru Ganti.
4. Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian.
    4.1 Penyelaras Peperiksaan Awam.
    4.2 Penyelaras Peperiksaan & Ujian Peringkat Sekolah.
    4.3 Penyelaras Headcount.
    4.4 Data SAPS (NKRA)
5. Jawatankuasa Induk Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
6. Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.
7. Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah.
    7.1 Unit Peperiksaan.
    7.2 Unit Media Elektronik & ICT.
    7.3 Penyelaras Pengawas Pusat Sumber
8. Jawatankuasa Pengurusan Kelas Tambahan / Tuisyen.
   
MAJLIS HAL EHWAL MURID
1. Ahli Lembaga Disiplin Sekolah.
2. Jawatankuasa Pengawas.
3. Jawatankuasa Majlis Ketua, Penolong dan Bendahari Tingkatan (KENARI).
4. Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling.
5. Unit Dakwah dan Kerohanian / Pembangunan Insan (Sahsiah)
6. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks.
7. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid.
8. Jawatankuasa Data Hal Ehwal Murid.
    8.1 Data e-Disiplin/ STUDM
    8.2 Data SMM
    8.3 e-kehadiran/ Enrolment
    8.4 Jadual Kedatangan Murid/ Ponteng Sifar
    8.5 Buku Daftar Masuk Sekolah.
9. Program Bersepadu Sekolah Selamat.
    9.1 Kebersihan dan Keceriaan.
    9.2 Kebersihan dan Bilik Rawatan.
    9.3 Kantin
    9.4 Keselamatan dan Latihan Kecemasan.
    9.5 Jawatankuasa Kecemasan dan Bencana Alam.
10. Jawatankuasa Pengurusan Perhimpunan.

MAJLIS KOKURIKULUM
1. Jawatankuasa MAjlis Kokurikulum
2. Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah
3. Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah
    3.1 Kontien Olahraga Sekolah
    3.2 Rumah Sukan
          i) Tuah
          ii ) Jebat
          iii) Lekir
          iv) Kasturi
4. Jawatankuasa Unit Pakaian Seragam
    4.1 Kadet Remaja Sekolah
    4.2 Kadet Polis
    4.3 Kadet Bomba dan Penyelamat
    4.4 Pengakap
    4.5 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
    4.6 Pergerakan Puteri Islam
    4.7 Pandu Puteri
    4.8 Silat
    4.9 Pancaragam
    4.10 Kadet Polis Tingkatan Enam
5. Jawatankuasa Unit Persatuan Akademik
   5.1 Persatuan Bahasa Melayu
   5.2 Persatuan Bahasa Inggeris
   5.3 Persatuan Pendidikan Islam
   5.4 Persatuan Sejarah
   5.5 Persatuan Perdagangan dan Prinsip Akaun
   5.6 Persatuan Katering dan Penyajian.
   5.7 Persatuan Landskap dan Nurseri
   5.8 Persatuan Geografi
   5.9 Persatuan Sains dan Matematik.
   5.10 Persatuan Kemahira Hidup
   5.11 Persatuan Seni Visual
   5.12 Persatuan Komputer
   5.13 Persatuan Lukisan Kejuruteraan.
   5.14 Persatuan Reka Cipta.
6. Jawatankuasa Unit Persatuan Bukan Akademik/ Kelab
   6.1 JK Unit Persatuan Bukan Akademik/ Kelab.
   6.2 Kelab Pengguna
   6.3 Kelab Pencegah Jenayah.
   6.4 Kelab Koperasi.
   6.5 Kelab Kompang
   6.6 Kelab Pusat Sumber
   6.7 Kelab Komputer
   6.8 Kelab Rukun Negara
   6.9 Kelab Kebudayaan dan Kesenian
         6.9.1 Nasyid
         6.9.2 Zapin
         6.9.3 Dikir Barat
         6.9.4 Nyanyian
         6.9.5 Gamelan
         6.9.6 Koir
         6.9.7 Teater
7. Unit 1 Murid 1 Sukan - Kelab Sukan/ Permainan
    7.1 Bola Sepak
    7.2 Bola Jaring
    7.3 Badminton
    7.4 Petanq
    7.5 Sepak Takraw
    7.6 Bola Baling
    Program Semasa - MSSD, MSSJ, MSSM / Lain-lain
    7.7 Ping Pong
    7.8 Catur
    7.9 Tenpin Boling
    7.10. Memanah
    7.11 Gimnastik
    7.12 Tenis
    7.13 Sofbol
    7.14 Polo Basikal
8. Jawatakuasa Koperasi SMK Bandar Tenggara Kulaijaya Berhad
9. Jawatankuasa 10% Markah Kokurikulum
10. Jawatankuasa Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

24 December, 2011

KHIDMAT MASYARAKAT - PESERTA PROGRAM ARPRM

Bandar Tenggara: 24 Disember 2011


SMK Bandar Tenggara  begitu komited melaksanakan program kemasyarakatan dan kali ini seramai 20 pelajar di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah menyertai khidmat masyarakat selama 4- 5 jam pada majlis perkahwinan anak Tuan Haji Aziman, di Taman Sayong Pinang, Kulaijaya Johor. 

Khidmat masyarakat buat kali pertama seumpama ini bertujuan untuk mengiratkan lagi ikatan siratulrahim di antara pelajar, kumpulan rewang, ibu bapa dan saudara mara pengantin.


Kumpulan 1

Nur Aiman Aliah Abdul Mohsin, Norain Selamat, Siti Nor Aliah Ta'ap, Nur Nabilah Zul, Nurul Shamella Tamirin, Muhamad Ridwan, Muhd Safiee Elias, Muhamad Hafizuddin Latif, Muhamaddad Hafiz Ramlee dan Mohamad Azrin Mohamad Baharudin.

Kumpulan 2

Nur Izyan Hazwani Suhadi, Nor Farhana Zainal Abidin, Zarina Haron, Atifah Aishah Abd Rashid, Zul Azmil Mat Sarop, Muhamad Adha Rohani, Muhammad Syahmi Bakri, Muhammad Hakim Abdul Rahman dan Fakhrul Radhi Rosli.



22 December, 2011

PMR 2011 - TEMPAT KETIGA DAERAH KULAIJAYA

Bandar Tenggara :22 Disember 2011


Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Mohmad Hashim menyampaikan keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib sekembalinya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kulai (PPD Kulaijaya) pagi ini. 


Penyerahan itu disaksikan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, Guru Kanan Sains dan Matematik, Puan Hajah Hamimah Yunus, Guru Kanan Sains Sosial, Puan Hajah Hasnah Kasnan, Guru Kanan Vokasional dan Teknik, Puan Hajah Sawilah M.Auf, Penyelaras PMR, Norkiah Ahmad, guru-guru serta kakitangan pejabat. 


Sejumlah 155 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 5 calon mendapat keputusan 9A. Pencapaian keseluruhan dengan GPS 2.75 dan 74.84 % lulus semua mata pelajaran telah meletakkan SMK Bandar Tenggara pada kedudukan ketiga terbaik, selepas dua sekolah kawalan di daerah Kulaijaya, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2.


Kejayaan cemerlang Izzatul Isma memperolehi 9A dalam PMR 2011, mengembirakan kedua ibu bapanya, Iskandarrani  Mohamed  yang merupakan guru di sekolah ini. Turut sama berkongsi kejayaan itu ialah ibunya, Wardah Daud juga merupakan seorang pendidik yang bertugas di SMK Sri Pinang, Kulaijaya.

Murid Tingkatan 3 Baiduri ini juga telah menerima anugerah pingat Perak dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di atas penglibatan aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum serta perkhidmatan. Beliau juga merupakan "pelajar pintar cerdas" Permata Negara dan  merupakan calon tunggal sekolah ini yang telah berjaya terpilih dalam Program Permata Pintar Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. 




Wajah-wajah gembira semua Guru Kanan Matapelajaran (GKM) bersama GPK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib selepas mengetahui keputusan PMR 2011.
Menyemak keputusan dan menyenaraikan nama pelajar cemerlang.

Muhamad Farhan  Abd Ghafar 3 Baiduri,
memperolehi 9A PMR 2011.

Pelajar cemerlang PMR 2011 bersama pengetua, guru-guru
SMK Bandar Tenggara dan  PIBG.


KEJAYAAN CEMERLANG CALON PMR 2011

Calon-calon yang memperolehi 9A:-
1. Alif Azizi Parlan

2. Muhamad Farhan Abd Ghafar
3. Izzatul Ismah Iskandarrani
4. Nurul Atikah Noraji
5. Nurul Najihah Zanudin



Calon-calon yang memperolehi 8A, 7A dan 6A ialah:-
1. Siti Noor Allia Noor Ariffin (8A)
2. Nurfarhana Abd Mutalib (7A 2B)
3. Amirul Hafizi Azmi (7A 1B 1C)
4. Muhamad Amirul Syafiq Azman (6A 1B 2C)
5. Muhammad Shah Haziq Sharudin (6A 1B 2C)

20 November, 2011

Bandar Tenggara : 15 November 2011

Sesi taklimat Jambori Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2011
di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) masuk tahun kedua,diteruskan lagi dengan penglibatan 40 pelajar sekolah ini dalam Jambori Rakan Muda Peringkat Negeri Johor Tahun 2011. Jambori Rakan Muda kali ini diadakkan di Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak, Muar pada 23 hingga 25 November 2011. 

Penyertaan pelajar ke jambori ini adalah untuk melengkapkan komponen penjelajahan lasak bagi melayakkan seorang peserta itu dianugerahkan pingat Gangsa atau pun Perak mengikut tahap pencapaian masing-masing.  

Menurut Penolong Pengarah Program Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Sidi Latih, seseorang peserta ARPRM itu perlu melengkapkan empat komponen penting iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekrasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.

Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum, Ahmad Survi membuat pertemuan khas dengan 40 pelajar bertujuan untuk memberikan taklimat berkaitan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas jambori. Manakala Pemimpin ARPRM peringkat sekolah, Hafilah Hamzah menerangkan keperluan peserta semasa menghadiri jambori di Muar nanti. 

Pada hari yang sama, semua peserta membacakan ikrar ARPRM untuk penglibatan mereka dalam program yang mendapat pengiktirafan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sekali gus meningkatkan prestasi mereka dalam aktiviti kokurikulum.


Ketua bacaan ikrar ARPRM









15 November, 2011

SELAMAT BERSARA- JASAMU DIKENANG

Kulaijaya: 15 November 2011


Pn Hjh Banon SH Abdullah Bajrai, merekod waktu akhir bertugas
sebagai pengetua sekolah.


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Banon SH Abdullah Bajrai menempah sejarah dalam hidupnya apabila bersara pada hari ini. Beliau ditemui berkata, saya seronok bertugas di sekolah ini. Tambahnya lagi, kejayaan cemerlang sekolah ini melalui sembilan anugerah kualiti pendidikan yang diterima  daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Fauzan Sukimi membuktikan bahawa semangat bekerja secara berpasukan perlu diiteruskan. "Hasilnya sekolah ini berjaya menerima anugerah khas PPD kerana menjadi sekolah menengah terbaik kategori bukan sekolah kawalan 2010," katanya bangga.

Banon berasal dari Batu Pahat, Johor dan dilahirkan pada 16 November 1955 pernah belajar di dua buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pelangi dan SK Pengaram, Batu Pahat. Manakala mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Aminah, Batu Pahat dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

Pemegang Ijazah dari Universiti Malaya (UM)  dalam bidang sastera telah menerima dua kali  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sepanjang perkhidmatannya. Dua cahaya mata kembarnya sedang menuntut di Universiti Sains Jordan dan Universiti Petronas Malaysia. Anak sulungnya, Siti Hajar Nasir bertugas sebagai seorang doktor gigi dan  Siti Hana Nasir sebagai pensyarah kolej.

Turut hadir dalam majlis ringkas saat-saat menamatkan kerjayanya sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam di SMK Bandar Tenggara ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan,Sekolah, Zolkeple Jemadar, kakitangan sekolah, Rosidah Ali, Nur Izziana Othman,Sadhana Mohd Yusoff, Rohaidah Mohd Salleh dan wakil pekerja, Abd Rahim.



Menandatangi plak 30 tahun sekolah ini ditubuhkan.

15 November 2011, jam 5.00 petang -
bersejarah buat pengetua.

HADIRMU SEKETIKA KASIHMU NAN ABADI - PN HJH BANON BINTI SH ABDULLAH

Bandar Tenggara: 15 November 2011
Puan Hajjah Banon Binti SH Abdullah
Pengetua SMK Bandar Tenggara

Pemegang Ijazah Universiti Malaya (UM) bidang sastera memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kolam Air, Batu Pahat pada tahun 1980. Kemudian berpindah ke empat buah sekolah menengah di daerah Kluang iaitu SMK Methodist, Parit Buntar (1984-1988), Sekolah Tinggi Kluang (1989-1993), SMK Tengku Aris Bendahara (1994-2008), SMK Layang-layang (2008 -2011) dan dinaikkan pangkat ke gred DG52 di SMK Bandar Tenggara.

Walau pun berkhidmat hanya enam bulan di SMK Bandar Tenggara, seorang pengetua tetap memegang prinsip dan melaksanakan budaya kerja cemerlang. Kepimpinannya jelas membayangkan bahawa misi, visi, matlamat sekolah dan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menjadi agenda utama yang perlu diteruskan demi agama, bangsa dan negara.

Ibu kepada empat cahaya mata melalui perkahwinannya dengan Nasir Said yang juga bersara sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Melayu, Kluang. Anak-anaknya cemerlang dalam bidang kerjaya dan pelajaran. Anak yang sulung merupakan seorang doktor gigi, kedua pensyarah dan kembarnya sekarang ini melanjutkan pengajiannya di Universiti Sains Jordan (USJ) dalam jurusan kedoktoran dan seorang lagi di Universiti Petronas (UP) Malaysia.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamad Jaib baru-baru ini telah menghadiri Majlis Anugerah Kualiti Peringkat Daerah Kulaijaya di Sofitel, Senai. Beliau menyampaikan salam dan ucapan tahniah daripada Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Hj Fauzan Sukimi  kepada semua murid dan pelajar serta warga sekolah. Khusus kepada kepimpinan pengetua lama, Zainal Othman yang bersara pada Mac yang lepas.

SMK Bandar Tenggara telah menerima 9 anugerah dari PPD Kulaijaya.
Anugerah-anugerah tersebut ialah:-
1. Anugerah Khas PPD Sekolah Menengah Terbaik (Bukan Sekolah Kawalan).
2. Peratus Pencapaian Terbaik PMR 2010 (Sekolah Bukan Kawalan).
3. Peningkatan Tertinggi Pendidikan Moral SPM 2010.
4. GPS Terbaik SPM 2010 (Sekolah Bukan Kawalan).
5. Peratus Lonjakan Saujana Tertinggi STPM 2010.
6. PGNK Terbaik STPM 2010.
7. Peningkatan PNGK Pengajian Am Tertinggi.
8. Pengurusan Pendidikan Khas Terbaik.
9. Jawatankuasa Hari Guru Peringkat Negeri Johor.

08 November, 2011

KULAIJAYA JUARA PERTANDINGAN KOMPANG FORMASI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

Kluang: 8 November 2001
Pasukan kompang SMK Bandar Tenggara, mewakili daerah Kulaijaya -
menjadi johan Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Johor 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya menjadi juara dalam Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Johor kategori sekolah menengah hari ini. Pertandingan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Kluang Barat, Kluang ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tuan Hj Kamaruddin Mohd Tahir. Naib juara dimenangi oleh daerah Muar dan ketiga Segamat. Manakala kategori sekolah rendah, Segamat menjadi juara, diikuti oleh Kulaijaya mendapat tempat kedua dan Kluang ketiga.

Turut hadir dalam pertandingan itu ialah Penolong Pengarah Seni dan Kebudayaan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN), Mohd Azhar Mohtar, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kluang, Tuan Haji A.Manaf Muslimin, wakil-wakil PPD, pengetua dan guru besar dari seluruh negeri Johor, guru-guru pengiring dan tidak ketinggalan ibu bapa.

Penyelaras pertandingan, Hanuar Misron berpuas hati di atas penyertaan seramai 320 peserta dari 20 buah pasukan sekolah rendah dan menengah di negeri Johor. Pertandingan kali ini meningkat dengan ketara apabila mutu persembahan, pelbagai variasi formasi dan penampilan bergaya mewarnai pertandingan berbentuk seni budaya masyarakat Melayu yang akan diteruskan zaman berzaman.

Ketua Unit Kokurikulum dalam ucapannya mengatakan bahawa program RIMUP pada tahun 2012 akan dikendalikan oleh bahagian unit kokurikulum di setiap sekolah masing-masing. Ini membawa makna bahawa budaya masyarakat Melayu akan dimertabatkan ke peringkat yang lebih baik lagi sekiranya terdapat murid Cina dan India terlibat secara langsung dalam apa jua pertandingan yang diadakan. Oleh yang demikian nilai perpaduan dan kerjasama dapat dibentuk sejak dibangku sekolah lagi.

RAHSIA KEJAYAAN SMK BANDAR TENGGARA



Roziah Sapawi, jurulatih utama pasukan kompang formasi SMK Bandar Tenggara ditemui berkata, ucapan tahniah kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN) kerana berjaya menganjurkan pertandingan seumpama ini. Tahniah juga kepada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Alanggovan, pengetua sekolah, Hjh Banon SH Abdullah, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, guru penasihat Ahmad Nazri Selamat di atas sokongan dan kepercayaan mereka kerana memberi peluang kepadanya untuk membimbing pasukan kompang daerah Kulaijaya.

Beliau sebagai ibu kepada ketua pasukan kompang sekolah ini, Danial Ishar, amat berbangga di atas kejayaan sekolah. Beliau juga menaruh harapan agar program seumpama ini mendapat sokongan padu dari ibu bapa bagi memastikan kejayaan seterusnya dicapai bukan sahaja di peringkat sekolah, daerah, negeri malah di peringkat kebangsaan.

JOHAN KATEGORI SEKOLAH RENDAH


DAERAH SEGAMAT

01 November, 2011

MULAKAN PENGHIDUPAN BARU SEBAGAI PELAJAR INSTITUTE HOSPITALITY & TOURISM

Johor Bahru: 1 November 2011


Abdul Aziz M.Haithir dan Shima Ammera Adora M.Noor

Bekas murid pendidikan khas, SMK Bandar Tenggara, Abdul Aziz M.Haithir dan Shima Ammera Adora M.Noor memulakan penghidupan baru apabila mendaftar sebagai pelajar Institutute Hospitality And Tourism (FeMAC) di Pandan City, Johor Bahru.

Guru Pendidikan Khas, Khairani Hamdan, ditemui berkata bekas muridnya Abdul Aziz 17 tahun, akan mengambil kursus bakeri dan pasteri (bakery and pastery) manakala Shima 17 tahun, mengemas bilik (housekeeping). Kedua-duanya, sungguh bertuah hari ini apabila rakan-rakan dan guru-guru turut serta menghantar mereka ke tempat kursus selepas majlis jamuan akhir tahun yang diadakan di Hotel Selesa Johor Bahru.


Turut serta dalam majlis tersebut ialah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan serta guru-guru Pendidikan Khas yang terdiri daripada Noraina Samad, Khairani Zakaria, Hasry Mustakim, Aimie, Nurul Faishal dan pembantu khas Norlisna Omar. Turut meraikan majlis jamuan akhir tahun itu ialah Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi.

Gambar kenangan di Hotel Selesa, Johor Bahru
______________________________________________________




Bangunan Institute Hospitality & Tourism (FeMAC)
Pandangan dari bawah.  

Pandangan dari tingkat satu Institute Hospitality & Tourism
City Pandan, Johor Bahru 

Penubuhan Konsortium FeMAC di Pandan City, Johor Bahru adalah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (Irda), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Legoland. Sebanyak 5 jenis kursus ditawarkan di sini, termasuklah penyediaan makanan (chefs) tahap 1&2, penyediaan bakeri atau pasteri (bakery/ pastery chefs) tahap 1&2, pramusaji (waiters & captain) tahap 1&2, penyambut tetamu (front office) tahap 2&3 dan pengemasan bilik (housekeeping) tahap 1&2.

Pihak pengurusan FeMAC, Norasyikin berkata pelajar yang berjaya menamatkan kursus kemahiran akan diwajibkan bekerja dengan Legoland melalui perjanjian yang telah dimeterai dengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Menurutnya lagi kemudahan yang disediakan di sini merangkumi bilik kuliah yang moden lengkap dengan projektor dan TV LCD bagi suasana pembelajaran yang selesa, asrama yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan badminton juga disediakan.

Berita baik untuk semua pelajar yang berkursus di sini ialah tentang pemberian pinjaman oleh kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Dalam masa yang sama  pelajar juga akan mendapat elaun sara hidup yang tinggi.

Pelajar juga akan diberikan bimbingan oleh tenaga pengajaran yang berpengalaman. Untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang yang diceburi penambahan pendapatan boleh diperolehi melalui latihan kerja separuh masa di hotel terkemuka. Kesimpulannya pelajar-pelajar di sini dijamin mendapat pekerjaan yang dikendalikan oleh Iskandar Malaysia dan Legoland.

Keperihatinan guru-guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara

Guru-guru turut membantu dalam urusan pendaftaran.
Disaksikan oleh GPK Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan.

26 October, 2011

LEGO - ASAS PEMBINAAN ROBOT

JOHOR BAHRU: 25 OKTOBER 2011

Ketua Unit Kokurikulum JPNJ,
Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir (kanan)

LEGO adalah asas kepada pembinaan Robot. SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya telah menerima satu set LEGO sumbangan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) di atas komitment dan kejayaannya menjadi tuan rumah dalam Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) pada awal tahun ini.

Pengalaman pertama menjadi tuan rumah buat julung-julung kalinya mendapat pengiktirafan daripada pihak pengelola pertandingan  dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) selaku penganjur pertandingan Zon Selatan. Satu set LEGO yang diberikan kepada pihak sekolah membawa erti yang amat besar kepada pelajar sekolah ini untuk menceburi bidang ROBOTIK pada masa hadapan.

Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir telah menyerahkan dua set LEGO kepada wakil sekolah Khairulnizam Mohd Yusuf, guru matapelajaran Kemahiran Hidup SMK Bandar Tenggara di Pusat Kokurikulum Johor Bahru pagi ini. Turut hadir dalam majlis yang ringkas itu ialah GPK Kokurikulum, Ahmad Survi. Jurulatih dari pihak penganjur akan datang ke sekolah untuk melatih guru dan pelajar kata Ketua Unit Kokurikulum JPNJ. Tambahnya lagi, tahniah kepada pengurusan sekolah di atas segala kerjasama yang diberikan dan selamat berjaya dalam pertandingan ROBOTIK pada tahun hadapan.


Mindstorm Education 9695
Perisian robot dan komponen asas

Mindstorm Education 9797

Buku panduan dan komponen

Kepada murid dan pelajar SMK Bandar Tenggara yang berminat untuk menyertai bengkel robotik sila berikan nama, nombor kad pengenalan, tingkatan serta nombor telefon rumah atau hp kepada GPK Kokurikulum melalui talian 013-7780699. Tarikh, hari, tempat dan masa bengkel tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Kemahiran membina robot boleh dijadikan satu komponen dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Rebutlah peluang keemasan ini.

Sila kunjungi Laman Web Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
atau Laman Web The International Award For Young People
Klik URL ini

24 October, 2011

KEJAYAAN CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA

Bandar Tenggara : 24 Oktober 2011
Jurulatih Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Badminton
Zuraimi Hamidun (tengah)

Kejayaan sekolah dalam pelbagai acara diumumkan pagi ini oleh guru bertugas mingguan, Ruhaizah Muhd Zain. Antaranya ialah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Badminton Peringkat Kebangsaan Zon Selatan. Kejayaan Pusat Latihan Daerah (PLD) Kulaijaya di bawah bimbingan Zuraimi Hamidun berjaya menjadi Naib Johan bagi perseorangan lelaki terbuka dan mendapat tempat ketiga bagi acara bergu terbuka. Khairul Izwan Jamal mendapat tempat kedua dan gandingannya Amirul Aiman Amin dalam acara bergu mendapat tempat ketiga. Kedua, Izzatul Ismah Iskandarrani  menerima saguhati dalam Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia kepada Perdana Menteri anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Hadiah, cenderahati dan sijil disampaikan oleh GPK Pentadbiran Anim Mohamed Jaib diiringi oleh GPK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin.


Khairul Izwan Jamal, peserta perseorangan
kategori 14 Tahun
Izzatul Ismah Iskandarrani, pemenang saguhati menulis surat
kepada Perdana Menteri Malaysia.

22 October, 2011

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SMK BANDAR PUTRA, KULAIJAYA

Kulaijaya: 22 Oktober 2011

Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor 2011 dan Majlis Pelancaran Jurnal Kajian Tindakan Tahun 2010 yang diadakan di Dewan SMK Bandar Putera, Kulaijaya telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A.Ghani pagi ini.

Kulaijaya Gemilang Satu Impian yang diucapkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Hj Fauzan Sukimi dalam ucaptamanya membuka lembaran baru kepada seluruh warga pendidik daerah Kulaijaya bagi menerajui satu lagi bentuk kajian secara ilmiah dan bersistematik berasaskan pengajaran dan pembelajaran bertapak di daerah Kulaijaya ini.

Turut serta dalam seminar tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah-daerah Negeri Johor, Pengetua-pengetua SM Daerah Kulaijaya, Guru Besar SR Daerah Kulaijaya, Penolong Kanan, Jurulatih Utama Kajian Tindakan, jawatankuasa pengelola, pembentang-pembentang kategori sekolah menengah dan rendah negeri Johor dan guru-guru sekolah menegah dan sekolah rendah daerah Kulaijaya.

Seramai 10 orang guru dari sekolah-sekolah menengah  dan 10 dari sekolah rendah negeri Johor telah membentangkan hasil kajiannya bermula pada jam 8.30 pagi di dua lokasi yang berbeza. Pemerhati-pemerhati dari kalangan guru juga turut hadir, dan lebih kurang 200 orang turut serta.

Matlamat
Memberi peluang kepada guru-guru untuk menjadikan kajian ilmiah yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Seminar seumpama ini menjadi satu platform untuk guru-guru mengemukakan hasil kajian secara sistematik dan holistik.

Objektif
Guru-guru di negeri Johor selepas ini akan dapat:-
1. Meneruskan kajian tindakan di sekolah berasaskan kepada pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenalpasti kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
3. Menggunakan peluang dan kekuatan untuk meninggikan prestasi kerja, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan rakan sejawat.
4. Meningkatkan lagi perkongsian ilmu melalui penerbitan jurnal kajian tindakan.


Pembentangan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor

Pembentang Kajian Tindakan dari sekolah rendah:
1. Jamilah Ahmad SK Taman Kota Kulai, Kulaijaya
2. Faridah Mohd dan, SK Sri Paya, Batu Pahat
3. Sofazzara Adam, SK Kempas, Johor Bahru
4. Sharifah Norma Syed Jaafar,  SK Bukit Lintang, Kota Tinggi
5. Mohd Fadhil Omar, SK Punan, Kluang
6. Kalsum Mohamed, SJK (C) Pei Chiao, Pontian
7. Mohd rizal Abd Ghani, SK Terian, Mersing.
8. Noraini Soid, SK Seri Alam 2, Pasir Gudang
9. Cik Norbaizura Othman Badwai, SK Panjang Sari, Muar
10 Zalman Fitrie Othman, SK Bandar Putra, Segamat

Pembentang Kajian Tindakan dari sekolah menengah:
1. Norzalina aman, SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya
2. Siti Noor Aziah Muhammad Ariffin, SMK Kempas, Johor Bahru
3. Hafisah Abd Hamid, SMK Tanjug Datuk, Kota Tinggi
4. Siti Zarina Giman, MSK Pengulu Saat, Batu Pahat
5. Abdul Kahar Ismail, SMK Dato' Pengawa Barat, Pontian
6. Khairul Anwar  Mohamad, SMK Anjung Batu, Mersing
7. Rahmah Sayuti, SM Sains Sembrong, Kluang
8. Kamisah Mohd Napiah, SMK Taman Rinting 2, Johor Bahru
9. Hjh Shamsiah Shamsudib, SMK Munshi Ibrahim, Segamat
10. Lailatul Hasnani Abd Hamid, SMK Pekan Baru, Muar.



19 October, 2011

PROGRAM PASCA PENILAIAN MENENGAH RENDAH

Bandar Tenggara : 12 Oktober hingga 18 November 2011



Walau pun sukatan pelajaran sudah habis di ajar dan peperiksaan sudah diduduki namun pembelajaran masih tetap diteruskan. Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga tidak berbentuk formal.

Justeru itu pelbagai program selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dirancang oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling menjurus kepada mengembangkan potensi diri dan bakat kepimpinan murid.

Sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, guru kanan matapelajaran, ketua-ketua panitia dan guru-guru yang mengajar tingkatan tiga amat dihargai. Program-program yang dirancang dan dilaksanakan adalah berbentuk kerohanian, emosi, jasmani dan mental.



Setiausaha program PASCA, Pn Salmah Othman dan pembantunya, Tuan Hj Khairudin Abu Nawas yang merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini, telah mencadangkan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang enam minggu sebelum cuti persekolahan bermula.


    MINGGU PERTAMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh GPK Kokurikulum, Ahmad Survi.
2. Program Sayangi Daku oleh GPK HEM, Rashid Muhidin.
3. Program Restu Ilmu calon PMR dan SPM, bacaan yassin dan solat hajat.


    MINGGU KEDUA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Senamrobik oleh Khairulnizam Mohd Yusof.
2. Permainan tradisional oleh Saipi Halidin.
3. Indoor game oleh Abd Rahman Salleh.
4. Kursus penyembelihan - Khairulnizam Mohd Yusof
5. Pengucapan awam (public speaking) oleh Abd Rahman Salleh.
6. Motivasi oleh IKRAM.
bersama menyanyikan lagu kesedaran diri dalam sesi motivasi
bersama penceramah IKRAM, Jaysuman
     MINGGU KETIGA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Sukan dan permainan oleh Aidil Shamin Abd Razak dan Wahyu Ramayeni.
2. Indoor game oleh Anne Suraya Abd Hahim.
3. Kursus pengurusan jenazah oleh Norazana M.Arif
    CUTI DEEPAVALI

MINGGU KEEMPAT
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan glider oleh Shahfudin Hussein.
2. Bengkel Pertandingan Roket - Azlina Abu Bakar.
3. Ceramah pemakanan halal.
4. Taklimat kemasukan ke SM Taknik dan Vokasional.
5. Tayangan video.
6. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam

MINGGU KELIMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan roket air oleh Azlina Abu Bakar
2. Sukan dan permainan. 
3. Indoor game.

MINGGU KEENAM
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Cuti Sambutan Hari Raya Haji- 7 November 2011 (Ahad)
2. Cuti Peristiwa - 8 November 2011 (Isnin)
3. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam.
4. Simulasi Haji dan Umrah.
5. Bacaan yassin dan tazkirah.
6. Majlis penutupan Program PASCA 2011.

16 October, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2011

BANDAR TENGGARA: 15 Oktober 2011


MUHAMAD AL-MU'IZZ BIN OMAR, KETUA MURID SMK BANDAR TENGGARA

Ketua Murid, Muhamad Al-Mu'izz Omar, penerima anugerah Perak ARPRM,  adalah salah seorang daripada 244 penerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2011 yang telah berlangsung di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Beliau ditemui berkata, selaku ketua murid, pembahagian masa adalah amat penting. Tumpuan yang perlu diberikan perhatian yang penuh ialah kepada pelajaran, kemudian pengurusan sekolah dan juga penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum. Katanya lagi, saya mengambil kemahiran pengucapan awam dalam Program Anugerah Ramaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang dilaksanakan di sekolah ini. Bermula dari situlah saya, mendalami ilmu berkaitan dengan teknik pengucapan awam, cara meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menguasai perhatian para hadirin yang datang. Saya amat berbangga dengan bimbingan guru-guru di sekolah ini sebagai mentor.

Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2011 tersebut telah dirasmikan oleh wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dari Unit Pembangunan Sumber Manusia PPDKu. 
Seramai 450 orang pelajar dari sekolah ini telah turut serta dalam majlis gilang gemilang pada hari itu.  


Ketibaan PPDKu disambut dengan istiadat melayu dengan iringan bunga paha dan bunga manggar, serta paluan kompang yang memecah kesunyian pagi Sabtu. Selepas itu beliau disambut dengan upacara tabik hormat oleh lapan pasukan badan beruniform yang terdiri daripada Pasukan Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Renjer Puteri, Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, persembahan silat serta gamelan ketika berada di dalam Dewan Permata.. 

Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Sidi Latih, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini, Mazlan Talib, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, GPK Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Salmah Othman dan Guru Perpustakaan dan Media, Rohidah Othman.

Pengetua SMKBT, Banon SH Abdullah, dalam ucapannya beliau berkata majllis seperti ini amat penting kerana murid dan guru perlu diberikan pengikhtirafan kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya menaikkan nama sekolah bermula dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah ada yang sampai ke peringkat antarabangsa.

Wakil rasmi PPD Kulai, Mansor Othman berterima kasih kepada pengetua, dan seluruh warga pendidik kerana berjaya merancang dan melaksanakan majlis gilang gemilang ini khususnya kepada murid dan guru. Beliau mewakuli PPDKu menerima sijil Anugerah ARPRM Sekolah Aktif Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
 

Penerima anugerah bersama tetamu.

Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan
Sidi Latih diberikan penerangan oleh pengetua  sewaktu berkunjung ke tapak pameran Pendidikan Khas.

12 October, 2011

SELAMAT BERSARA " TERIMA KASIH CIKGU"

Kluang:12 Oktober 2011

Dari raut wajah seorang insan yang akan bersara keesokan harinya, jelas terbayang. Sekuntum senyuman yang dilemparkan tergambar seribu satu kenangan setelah sekian lama berkhidmat sebagai seorang guru. Keadaan ini lebih bermakna lagi apabila pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn Hjh Banon SH Abdullah dan lebih 60 orang guru turut sama meraikan majlis minum petang di Prime City, Kluang.

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK), En Zolkeple Jemadar bersama ahli jawatankuasanya telah berjaya melaksanakan majlis jamuan ringan yang sederhana tapi penuh bermakna kepada yang diraikan. Pada hari yang sama, beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2011 di Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya.

Turut hadir, GPK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib, GPK Hal Ehwal Murid, En Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum, En Ahmad Survi, GPK Tingkatan Enam, Pn Noraziah Shafie, GPK Pendidikan Khas, En Ruhaizad Hj Redwan, Guru Kanan Matapelajaran, Pn Hjh Sawilah Auf, Pn Hjh Hamimah Yunos, Pn Hjh Hasnah Kasnan dan Guru Perpustakaan dan Media, Pn Rohidah Othman.

Pn Narisah (duduk dua dari kanan),
bersama pentadbir dan guru-guru.



07 October, 2011

KURSUS HAJI PERDANA- SMK BANDAR TENGGARA LIMA TERBAIK DI DAERAH KULAIJAYA

Kulaijaya: 1 Oktober 2011 (Sabtu)


Gagasan Kulaijaya Gemilang Satu Impian yang diperkenalkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Haji Fauzan Bin Hj Sukimi, menjadi pendorong kepada program berbentuk keagamaan. Program ini merupakan program pertama diperkenalkan di daerah ini. Kursus yang dihadiri oleh 600 peserta tingkatan lima daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai Lembaga Tabung Haji (LTH) dan guru-guru panitia Agama Islam.peringkat daerah.

Semua peserta berniat dan berpakaian Ihram semasa di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, kemudian bergerak ke Masjidil Haram/ Mekah di dataran SMK Kota Kulai, wukuf di Masjid Ar-Rahman, mabit di Mudzdalifah, sambil memungut batu sebanyak 70 biji, mabit di Mina, melontar Jumrah 10 Zulhijjah sebanyak 7 biji, pada 11,12,13 Zulhijjah melontar 21 biji sehari.

Semua peserta meneruskan tawaf Haji di Dataran SMK Kota Kulai dan meneruskan miqat umrah. Selepas niat umrah semua peserta ke  SKM Kota Kulai untuk sempurnakan tawaf umrah, sa'ie dan bercukur

Matlamat:-
Memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang adanya perbezaan dalam menunaikan haji mengikut jenis Haji yang dipilih dan bersesuaian dengan keadaan dan kemampuan.

Objektif:
Di akhir program ini diharap peserta dapat:
1. Pengetahuan Ibadah Haji secara keseluruhan.
2. Memahami asas melaksanakan Fardhu Haji.
3. Membezakan jenis-jenis Haji.
4. Mempraktikkan ilmu berkaitan dengan Ibadah Haji yang telah dipelajari di dalam kelas.
5. Mengetahui sejarah melalui khutbah haji.
6. Pelajar boleh menjawab soalan SPM berkaitan tentang haji dengan tepat.



Latihan praktikal dengan berpakaian ihram diketuai 
oleh Ustaz A.Rahim Bin Arshad diadakan di SMK Bandar Tenggara.


Turut sama guru-guru dari SMK Bandar Tenggara.
Dari kiri: Cik Nurul Farha, Pn Khairani Hamdan, Pn Hjh Norazana M.Arif, Pn Hsnah Kadir, Pn Hjh Hayati Abdullah, Ustaz A.rahim Arshad dan Abdul Rohim Rahman.

Sedang dikemaskinikan...

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ