24 February, 2011

Mini Sukan PraUniversiti 2011 - Stadium Tenggara

24 Februari 2011 - Mini Sukan PraUniversiti

Pertama kali tahun ini Mini Sukan PraUniversiti telah diadakan di Stadium Tenggara. Menurut Mohd Syamil bin Amir, pengarah projek, matlamat utama sukan ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru  bagi mewakili sekolah ke Temasya Sukan Balapan dan Padang pada 1-4 Mac 2011 di Mini Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya. Acara-acara yang dipertandingkan ialah 100m, 400m, 4X100 m, 1500m, lompat jauh, rejam lembing dan lontar peluru.
Pengacara majlis dikendalikan oleh Iskandarrani Mohamad. 

Noraziah Shafiee, GPK Tingkatan 6, setelah ditemui berkata, tugas-tugas telah diagihkan kepada pelajar PraUniversiti yang melihatkan potensi untuk memimpin dan menganjurkan sendiri program-program sekolah. Salah satunya ialah Mini Sukan PraUniversiti, kemudian Perkhemahan Bersepadu dijangka pada bulan April pula akan diamanahkan kepada pelajar lain sebagai pengarah projek. Oleh yang demikian kita dapat melibatkan sebilangan besar pelajar PraUniversiti yang mempunyai kebolehan dalam memimpin.

Turut hadir pada hari tersebut ialah Zainal Othman, pengetua SMK Bandar Tenggara bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, Muzayanah Sumrah, GPK HEM, Noraziah Shafiee, GPK PraUniversiti, Ahmad Survi, GPK Kokurikulum, Zolkeplee Jemadar, penyelaras kokurikulum PraUniversiti, Mustaffa Yunos, setiausaha sukan PraUniversiti, ketua-ketua rumah sukan dan guru-guru Tingkatan 6.

Peserta pingat Perak 2011 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) seramai 10 orang turut membantu dalam menjayakan Mini Sukan tersebut. Mereka memberikan khidmat masyarakat sebagai urusetia dan ahli jawatankuasa.

Acara lontar peluru.
 
Acara lompat jauh

Maulidur Rasul - 1 Malaysia 1 Ummah

23 Februari 2011 - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Dr Mohd Khairudin Amin, Pensyarah Institut Perguruan Batu Pahat Kampus Tun Hussein Onn meyampaikan ceramahnya pada 20 Rabiulawal 1432 Hijrah.  Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Zainal Othman, Pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Haji Baharudin Mohd Sham, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, semua barisan Guru Penolong Kanan, guru kanan matapelajaran, guru-guru dan murid/ pelajar SMK Bandar Tenggara.

Beliau mengingatkan kita semua bahawa, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat ke atas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Zuraimi Hamidun, penyelaras sambutan berkata, tahun ini sambutan adalah secara sederhana sahaja. Walau bagaimana pun belian mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua murid/ pelajar yang telah mengambil bahagian seperti bacaan ayat-ayat suci al-Quran, berzanji, nasyid, marhaban dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Zainal Othman, Pengetua SMKBT

Tuan Haji Baharudin Mohd Sham
Bacaan surah al-Quran

Bacaan berzanji



Kumpulan Marhaban
Pelajar berbaju kurung

Mesyuarat Pertandingan Koakademik Peringkat Daerah Kulaijaya - SMK Senai

22 Februari 2011 - SMK Senai

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Minggu Kesenian dan Kebudayaan Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya telah diadakan di SMK Senai. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En Elanggovan a/l Sarimuthu, Penolong PPD Unit Kokurikulum, Naib Pengerusi 2 , Tuan Haji Jais bin Sudin (Guru Besar SK Senai Utama), Setiausaha 2,  En Abdul Latif bin Mohd Jali (GPK Koku SK Senai Utama), penyelaras program, En Fatouree bin Wasiman (Tel : 013-7823318) dan penolong penyelaras, Pn Arpiah binti Apandi.

Dalam ucapan Naib Pengerusi 1, Pn Wong Yee Khoon (Pengetua SMK Senai) mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memilih sekolahnya dalam mengendalikan mesyuarat ini.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa terdapat 3 jenis pertandingan pada bulan Mac ini iaitu :-
1. Kompang Formasi pada 26 Mac 2011 di TJ Mart, Kulaijaya.
2. Tarian pada 30 Mac 2011 di Dewan Suluh Bestari , SMK Senai.
3. Teater pada 31 Mac 2011 di Dewan Suluh Bestari, SMK Senai.

SMK Bandar Tenggara menerima tugas sebagai JK Sambutan dan Protokol bersama dengan SK Cina Senai, ialah pada 26 Mac dan JK Surat Jemputan, Buku Program dan Seranta pada 26 Mac.

Dalam ucapan En Elanggovan a/l Sarimuthu, beliau mengingatkan jawatankuasa yang telah dilantik agar dapat menghubungi pihak jawatankuasa tertinggi berkaitan pertandingan. Beliau juga mengingatkan bahawa mesyuarat kedua akan diadakan pada 7 Mac 2011. Pada masa itu sekolah-sekolah yang terlibat menjadi jawatankuasa membentangkan senarai nama jawatankuasa, bidang tugas dan anggaran belanja mengurus setiap bidang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

22 February, 2011

Kursus Penulisan Novel Fiksyen Sains.

20 Februari 2011 - Anjuran bersama UTM, Utusan dan Persatuan Penulis Johor


Yang Berbahagia Tuan Haji Tosrin bin Jaruanthi, Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri telah menyampaikan ucaptama dan merasmikan Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi di Hotel Nouvelle, Kulaijaya, Johor.

Beliau menaruh harapan gandingan Universiti Teknologi Malaysia, Kumpulan Utusan dan Penulis Johor akan dapat melahirkan penulis-penulis yang berupaya menghasilkan novel bermutu setaraf dengan novel-novel di pasaran antarabangsa. 

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr Hishamuddin Jamaludin, Pengarah Penerbit UTM Press dan  Amiruddin Mohd Ali Hanafiah, Ketua 1 Persatuan Penulis Muda yang dapat menganjurkan bengkel ini. Terima kasih dan ucapan tahniah juga disampaikan kepada semua jawatankusasa yang terlibat.

Pengharapan yang tinggi diletakkan di bahu,  Prof. Madya Dr Hashim Ismail sebagai penceramah " Pencerekaan Sains dan Kemungkinan Baru", Mohd Salleh Rahamad di bawah tajuk " Cereka Sains: Konsep, Etika, Nilai, Idealogi dan Sarana Sastera", dan Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dengan tajuk " Novel Karya Pemenang Sayembara Fiksyen Sais dan Teknologi".

Beliau percaya bahawa akan wujud satu kumpulan penulis-penulis fiksyen sains di masa hadapan yang menjadi pelopor kepada penglahiran bakat-bakat baru di kalangan murid, pelajar-pelajar sekolah yang bergiat dalam aktiviti penulisan.

Majlis itu telah dipengerusikan oleh Hamzah Rahman Soriat, guru  Tingkatn 6, SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.

Fakta sejarah :
Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM - Kumpulan Utusan telah dilancarkan pada 31 Ogos 2009 dan ditutup pada 31 Ogos pada tahun yang sama. Matlamat utama ialah untuk memacu pemikiran yang berdaya cipta lagi terkedepan, sealiran dengan citra dan aspirasi negara.


Khidmat Masyarakat - PBSM

22 Februari 2011 - Khidmat Masyarakat

Seramai 17 orang pelajar ahli Persatuan Bulan Sabit Merah telah menjalankan tugas di Stadium Tenggara pada 21 dan 22 Februari 2011 sempena Kejohanan MSSM Zon Tenggara.

Nurul Hanani Sazemi, guru penasihat PBSM menyatakan bahawa pelajar yang telah terpilih telah dapat menjalankan tugas dengan baik.Tambah beliau lagi, mereka dapat mempraktikkan teori pertolongan cemas yang dipelajari melalui teori.

Ahli PBSM yang terlibat:
Kumpulan 1: Intan Amaliah binti Awang, Nurul Nabilah binti Zanudin, Sayyidah Nafisah binti Mohd Shariff, Shahiera Adina binti Mahdi, Seng Hui Yee, Siti Muti'ah binti Yusof, Nur Fatini Syafiwah binti Jamaludin, Nurul Atiqah binti Mohd Sukaimi, Muhammad Al Sowfi bin Abdul Razak dan Hafizuddin Hakim bin Yahya.

Kumpulan 2: Nurul Atiqah binti Mohd Sukaimi, Muhammad Al Sowfi bin Abdul Razak, Hafizudin Hakim, Nur Aqilah Binti Ahmad dan Nur Syahirah Binti M.Mazlan. 

Merentas Desa MSSD Kulaijaya

12 Februari 2011 - Pasukan Merentas Desa Sekolah
Pasukan sekolah dalam acara merentas desa peringkat MSSD Kulaijaya telah mencapai kemenangan dalam acara berkumpulan kategori perempuan 15 tahun.

Bola Sepak - Perlawanan persahabatan guru dan murid.

17 Februari 2011 - Padang SMK Bandar Tenggara


Kemenangan 4 berbalas 2 dalam perlawanan persahabatan anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah (BKGK) dengan pasukan sekolah menjadi tamparan hebat kepada pasukan bola sepak sekolah.

Zolkeplee Jemadar, pengerusi BKGK berkata, umur bukan menjadi faktor utama dan penyebab untuk kalah dan menang dalam apa jua pertandingan. Semangat kental, persefahaman dan strategi amat penting dalam sesuatu perlawanan itu.

Kebanyakan pemain-pemain BKGK adalah dalam lingkungan 35 hingga 49 tahun, manakala kedapatan juga beberapa orang guru yang telah menjangkau 50 dan 51 tahun,  masih mampu untuk menggugat pintu gawang pasukan lawan.

Pasukan sekolah akan bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Kulaijaya tidak lama lagi. Adalah menjadi harapan sekolah agar segala kesilapan yang lepas menjadi tauladan dan panduan untuk mencapai kejayaan.

SMM SAINS KOTA TINGGI - TAKLIMAT PEMIMPIN ARPRM

Taklimat Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah pun berlangsung di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor. Menurut Penyelaras program itu, Abd Razak daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi. Peserta seramai 70 orang yang hadir adalah terdiri daripada GPK Kokurikulum, Setiausaha Kokurikulum dari 21 sekolah menengah daerah Kota Tinggi serta beberapa orang pegawai daripada Badan Operasi ARPRM sekitar Kota Tinggi.

Pegawai Khas JBS Johor Bahru telah memulakan sesi taklimat tersebut dengan menyentuh dari segi sejarah, falsafah, prinsip dan matlamat serta pelaksanaannya di sekolah. Ahmad Survi, GPK Kokurikulum menyampaikan dan berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan ARPRM di SMK Bandar Tenggara.
Sesi pembentangan setiap kumpulan
Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi.

En Zulkifli (JBS Daerah Kota Tinggi)


 

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ