05 August, 2010

Siapa yang layak menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda?

Setiap orang murid/ pelajar perlu memahami bagaimana anugerah ini diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Melalui 8 gaya hidup Rakan Muda, murid/ pelajar hanya memilih 4 komponen yang utama iaitu pertama Khidmat Masyarakat, kedua- Kemahiran ketiga- Rekreasi Fizikal dan ke-empat ialah Penjelajahan Lasak.

Bagaimana ?.
1. Mendaftarkan sebagai peserta Gangsa,/Perak/Emas.
2. Selepas mendaftar murid/pelajar akan dapat Buku Pasport dan Buku Diari.
3. Mengenalpasti mentor/ jurulatih.
4. Membuat pilihan 4 jenis aktiviti yang ingin dipelajari/diikuti dari setiap komponen yang diwajibkan.
5. Jalankan aktiviti.
6. Aktiviti tamat selepas 3 bulan dan tambahan 3 bulan lagi untuk satu daripada mana-mana komponen sama ada Khidmat Masyarakat atau Kemahiran atau Rekreasi Fizikal.
7. Penilaian aktiviti.
9. Pencapaian disahkan.
10. Pertauliahan peserta.

Taklimat Anugerah Perdana Rakan Muda Muda



Program Anugerah Remaja Perdana merupakan sebuah program pengiktirafan oleh pihak Kerajaan di atas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yang menyumbang ke arah proses kematangan mereka.
Anugerah ini diadaptasi daripada Program The Duke of Edinburgh's Award atau kini lebih dikenali sebagai The International Award for Young People yang mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Program antarabangsa ini diiktiraf di 126 buah negara di seluruh dunia.

Program anugerah ini fleksibel, bukan bersifat pertandingan, memberi peluang disamping menekankan kepada pencapaian serta kemampuan individu.

Terdapat tiga tahap anugerah yang boleh disertai oleh murid/pelajar iaitu Gangsa, Perak dan Emas.

Pingat Emas

Pingat Perak

Pingat Gangsa.

Berikut ialah Carta Organisasi Anugerah Remaja Perdana rakan Muda Tahun 2010

02 August, 2010

Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-3 di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian


Kerjasama yang erat di kalangan guru-guru dan murid-murid SMK Dato Ali Haji Ahmad telah menjayakan lagi Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-3 yang diadakan pada 1 Ogos 2010 bertempat di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian Johor.

Cikgu Rosidah Hj Abdulah Sani, perintis sukan polo basikal di daerah Pontian ini, berkata walau pun hujan lebat awal pagi tidak mematahkan semangat anak muridnya, seramai 32 orang untuk hadir mengikuti program yang pertama kali diadakan di sekolah ini dan kedua di daerah Pontian selepas SMK Dato' Penggawa Barat.

Ahmad Survi, tenaga pengajar dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya yakin bahawa sukan baru ini akan berkembang di daerah Pontian. Sekaligus menjadikan daerah kedua di negeri Johor mempopularkan satu inovasi baru dalam sukan berbasikal.
Turut membantu bagi melicinkan lagi perbengkelan polo basikal tersebut ialah Aidil Shamin Abd Razak, AJK Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ) dan juga merupakan pemain polo basikal negara serta Ahmad Nazreen Ahmad Othman (Pengerusi), Luqmanul Hakim Zulkifli dan Muhd Khairul Nazmi Sahlan, ketiga-tiganya dari Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ