
Kerjasama yang erat di kalangan guru-guru dan murid-murid SMK Dato Ali Haji Ahmad telah menjayakan lagi Bengkel & Latihan Polo Basikal Siri Ke-3 yang diadakan pada 1 Ogos 2010 bertempat di SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian Johor.
Cikgu Rosidah Hj Abdulah Sani, perintis sukan polo basikal di daerah Pontian ini, berkata walau pun hujan lebat awal pagi tidak mematahkan semangat anak muridnya, seramai 32 orang untuk hadir mengikuti program yang pertama kali diadakan di sekolah ini dan kedua di daerah Pontian selepas SMK Dato' Penggawa Barat.

Ahmad Survi, tenaga pengajar dari SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya yakin bahawa sukan baru ini akan berkembang di daerah Pontian. Sekaligus menjadikan daerah kedua di negeri Johor mempopularkan satu inovasi baru dalam sukan berbasikal.
Turut membantu bagi melicinkan lagi perbengkelan polo basikal tersebut ialah Aidil Shamin Abd Razak, AJK Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ) dan juga merupakan pemain polo basikal negara serta Ahmad Nazreen Ahmad Othman (Pengerusi), Luqmanul Hakim Zulkifli dan Muhd Khairul Nazmi Sahlan, ketiga-tiganya dari Kelab Polo Basikal SMK Bandar Tenggara.
No comments:
Post a Comment