14 January, 2011

TAKLIMAT SUKAN OLAHRAGA KALI PERTAMA

13 JANUARI 2010

Satu taklimat pengurusan sukan dan olahraga akan diadakan pada hari ini pada jam 3.00 petang di Bilik Seminar. Semua guru rumah sukan dan penolongnya hadir. En Saipi Halidin, setiausaha sukan SMK Bandar Tenggara akan menerangkan aktiviti sepanjang tahun ini dan menyampaikan dasar 1Murid 1Sukan.

Sehubungan dengan itu ketua penasihat Pasukan Unit Beruniform juga dikehendaki hadir untuk perbincangan 2 acara penting sekolah iaitu penyampaian sijil pemimpin, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dan persaraan pengetua sekolah pada 9.3 2011 (Rabu).

Agenda taklimat:-
1. Ucapan pengerusi - GPK Kokurikulum
2. Penerangan 1Murid 1Sukan oleh En Saipi Halidin
3. Penerangan Majlis Penyampaian Sijil Pemimpin ARPRM dan persaraan pengetua - En Ahmad bin Survi.
4. Hal-hal lain.

RUMAH SUKAN
JEBAT
KASTURI
LEKIR

TUAH



13 January, 2011

MESYUARAT AGUNG PASUKAN UNIT BERUNIFORM

12 JANUARI 2011


Mesyuarat Agung Pasukan Unit Beruniform telah dilaksanakan pada hari ini. Perjumpaan itu telah dimulakan pada jam 2.30 petang mengikut jadual yang ditetapkan seperti di bawah:-
1. Kadet Remaja Sekolah Makmal 3 - En Aidil Shamin Abd Razak
2. Kadet Polis - Dewan Sekolah - En Md Sahfuddin Hussein

Jumlah keahlian setiap pasukan unit beruniform telah dibuat oleh En Khairulnizam bin Mohd Yusoff selaku Penyelaras. Lihat jadual di bawah:-


11 January, 2011

2 MESYUARAT ANJURAN PPD KULAIJAYA, 1 JABATAN BELIA DAN SUKAN

TARIKH : 12 JANUARI 2011
1. MESYUARAT KOKURIKULUM - SMK Sultan Alaudin
2. MESYUARAT SUKAN - Pejabat PPD Kulaijaya.
3. MESYUARAT ARPRM - Komplek Belia dan Sukan, Johor Bahru.

Seramai 4 orang guru SMK Bandar Tenggara terlibat dalam menghadiri mesyuarat pada hari tersebut. Mereka ialah En Ahmad bin Survi, GPK Kokurikulum yang akan ke Kompleks Jabatan Belia dan Sukan, Johor Bahru, di bawah Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)- Perak.

En Zolkeplee bin Jemadar, Penyelaras Kokurikulum PraUniversiti dan Pn Faridah binti Bujang, Setiausaha Kokurikulum akan ke SMK Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar dan En Saipi bin Halidin, Setiausaha Sukan Sekolah akan bermesyuarat di PPD Kulai di bawah urusan sukan olahraga.

09 January, 2011

XPDC BERBASIKAL KE PEKAN LAYANG-LAYANG, KLUANG

9 JANUARI 2011 (AHAD)

XPDC berbasikal ke Pekan Layang-layang sejauh 55 kilometer disertai oleh gugu-guru SMK Bandar Tenggara dan ibu bapa pelajar. En Khairulnizam bin Mohd Yusoff selaku penganjur berkata, " XPDC ini merupakan satu latihan berbentuk fizikal yang menguji ketahanan seseorang individu. Disamping itu emosi dan mental juga memainkan peranan penting. Katanya. "Walau bagaimana pun xpdc ini akan menguji tahap kerja sama secara berpasukan". Beliau gembira kerana penglibatan guru-guru wanita amat membanggakan.
Seringkali tidak ketinggalan dalam acara berbasikal di luar kawasan ialah Cik Siti Hanizan  Samsuri, Pn Salmah Othman. Sementara Pn Wahyu Ramayeni Idrus, yang telah mengikuti xpdc ke Empangan Linggiu menaruh harapan, untuk turut serta di lain masa.

Guru-guru lain: Cik Shanthni a/p Appalainaidu, Cik Anili Fasha Mahadi, Pn Faridah Bujang antara guru-guru yang akan memberikan komitment dalam aktiviti berbasikal.
Tahniah kepada AJK Kelab Basikal BTec.

Info terkini:
Tarikh : 30 Januari 2011 - XPDC Berbasikal Gugusan Felda Adila.
Pendaftaran sedang dibuka sekarang. Peserta-peserta boleh mendaftar secara berkelompok. Sila smskan nama, nombor kad penganalan dan saiz baju kepada 013-7780699 (abs), sebelum 20 Januari 2011.


Nama-nama peserta:-
1.  Khairulnizam Mohd Yusoff
2. Abd Razak Saat
3. Ahmad Nazri Selamat
4. Aidil Shamin Abd Razak
5. Salmah Othman
6. Hady
7. Acun
8. Nurul
9. Pn Natra Basar
10. Rajuan Geoh
11. Rashid
12. Cik Siti Hanizan Samsuri
13. Mohd Sahfudin Hussein



Marshal
Mohd Zahier bin Mohd Yusoff 

 

Layari laman blog ini:
GUGUSAN ADELA MTB RIDE 2011 : 30 Januari 2011
http://gamtbride2011.blogspot.com/
......
Antara blog kelab berbasikal lain-lain:
1. http://vexplorercyclingteam.blogspot.com/2010/06/tentatif-xpdc-gunung-belumut-2010.html

2. http://pkrider.blogspot.com/

3. http://arbteam.blogspot.com/2010/05/terima-kasih-arb-kepada-sahabat-mtb.html

4. http://www.baikbike.com/

5. http://thebananaride.com/

6. http://www.smbf.com.sg/forum/viewtopic.php?t=26613&sid=6ff3986dff5d7b61b93485ea347e813b


"Majulah Sukan Untuk Negara"

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ