10 August, 2010

Pengurusan Mesyuarat Berkesan

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan dan Perkongsian Maklumat telah diadakan  pada 10 Ogos 2010 (Selasa) sehari sebelum puasa ramadan di bilik Seminar. Pengerusi kursus ialah Pn Anim binti Mohamad Jaib, GPK Pentdbiran SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Semua guru dan kakitangan sekolah hadir.

Antara agenda mesyuarat itu ialah
1. Pengurusan Mesyuarat Berkesan.
Objektif : Pada akhir kursus ini peserta dapat memahami dan boleh menyenaraikan keperluan asas dalam pengurusan mesyuarat.
Definisi : Mengadakan satu perhimpunan dengan tujuan untuk mengumpulkan idea dan penyatuan fikiran bagi mendapatkan keputusan, bentuk dan proses mesyuarat boleh dilaksanakan secara informal dan formal.

Merancang mesyuarat:-
a) Mengapakah mesyuarat perlu diadakan ?.
b) Apakah objektif yang hendak dicapai?.
c) Bilakah mesyuarat hendak diadakan ?.
d) Siapakah yang perlu dijemput ?.
e) Bagaimanakah mesyuarat hendak dikendalikan ?.
f) Di manakah mesyuarat hendak diadakan ?.

Tujuan Mesyuarat:-
a) Menerima maklumat.
b) Mengumpulkan pendapat/ mendapatkan kefahaman melalui pemikiran ramai.
c) Menyelaraskan tindakan.
d) Membuat keputusan/ menyelesaikan masalah.

Perancangan sebelum mesyuarat :-
Perkara 1 : Menentukan agenda, tarikh, masa, jemputan dan tempat mesyuarat.
Perkara 2 : Membuat tempahan bilik mesyuarat.
Perkara 3 : Menentukan kertas kerja - untuk perbincangan.
Perkara 4 : Menghantar surat jemputan.
Perkara 5 : Memastikan persediaan dan kemudahan.
Perkara 6 : Menentukan kehadiran.
Perkara 7 : Perbincangan pra mesyuarat.
Perkara 8 : Etiket mesyuarat.

2. Penyediaan Minit Mesyuarat
Minit mesyuarat : Catatan berkenaan apa yang telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui dalam mesyuarat, perundingan dan sebagainya. Minit adalah satu rekod yang bertulis mengenai perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat.
Ciri-ciri penulisan minit yang baik.
  • Sah
  • Lengkap
  • Ringkas

Peserta kursus.

Staf pejabat juga turut serta dalam kursus ini.

Yazmi Sanip, juruteknik komputer SMK Bandar Tenggara, Salmah Othman, kaunselor pelajar dan Shamsul Ihtihsham Musa, guru disiplin.

Mohd Pozi Kemin, menyampaikan slot memperbaiki ejaan dan tatabahasa dalam penulisan Bahasa Melayu.


Tuan Haji Khairuddin Abu Nawas, mengumumkan nama-nama guru yang dilantik menjadi mentor-mantee murid Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Beliau juga menerangkan serba sedikit bidang tugas guru yang tepilih.

Kursus dihentikan pada jam 4.30 petang dan jamuan ringan.

    09 August, 2010

    Anugerah Ramaja Perdana Rakan Muda- PraUniversiti 2010 di SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor


    Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara



    Untuk maklumat lanjut hubungi:
    Unit Anugerah Remaja Perdana
    Bahagian Pembangunan Rakan Muda
    Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
    Aras 2, Menara KBS, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62570 Putrajaya
    Tel: 03-88713725 Faks : 03-88888780
    Laman Web:
    Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Malaysia -www.kbs.gov.my
    www.2-u.gov.my
    Laman Web The International Award - www.intaward.org










    Dasar Utama Kokurikulum

    PERTAMA:
    KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

    “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

    KEDUA :
    Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

    KETIGA:
    Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

    KEEMPAT:
    “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

    KELIMA:
    Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

    DASAR SOKONGAN:
    1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

    2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

    3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

    4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

    5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

    Sumber rujukan:
    Unit Kokurikulum,
    JPNJ