24 December, 2012

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2013

24 Disember 2012 - Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Berdoa Pembuka Majlis
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Ab.Rahim Arshad

Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib mempengerusikan Mesyuarat Guru Bil 1/2013 bertempat di bilik seminar SMK Bandar Tenggara. Beliau mengingatkan kepada semua guru akan tarikh-tarikh penting mesyuarat akan datang iaitu
1. 24/12/2012     Mesyuarat Guru
2. 25/12/2012     Cuti Hari Krismas
3. 26/12/2013     Mesyuarat Majlis Kurikulum
                           Mesyuarat Panitia
4. 27/12/2012     Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Murid (HEM)
                           Mesyuarat Guru Tingkatan
5. 28/12/2013     Mesyuarat Majlis Kokurikulum
6. 31/12/2013     Pendaftaran Murid Tingkatan Satu
7. 01/01/2013     Hari Keceriaan
8. 02/01/2013     Hari Pertama Persekolahan                        
________________________________________________
Agenda Mesyuarat Guru Bil. 1/2013

1. Ucapan alu-aluan pengetua.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat.
3. Pembentangan agihan tugas-tugas guru mengikut bidang:-
    3.1 Kurikulum
    3.2 Hal Ehwal Murid
    3.3 Kokurikulum
4. Pembentangan Takwim 2013
5. Mesyuarat Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
_________________________________________________

Mesyuarat Pertama Tahun 2013
Slogan Jabatan Pelajaran (JPN) Johor ialah One Step A Head. Terbaru bagi tahun 2013 ialah LEADS. Huruf-huruf tersebut membawa maksud seperti berikut iaitu L - Lead The Change; E - Enhance Rosilience; A - Accelerate Excelent Through Innovation; D - Develope First Rate School Culture; S - Sustaine, Success Build Legacy.

Kementerian Palajaran Malaysia (KPM) juga memperkenalkan slogan tahun 2013 iaitu XPLUS. X untuk Excelence, P; Pengetahuan, L; Latihan, U; Usaha dan S untuk Sepasukan.

Manakala bagi Kerajaan Malaysia juga merencana Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bermula dari tahun 2013 hingga 2015.

Beliau mengingatkan semu guru SMK Bandar Tenggara agar lebih peka dan perihatin terhadap segala perencanaan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) demi kebaikan murid/pelajar sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.

23 December, 2012

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012


Pn Anim Mohamed Jaib menyerahkan slip keputusan  PMR2012

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Bandar Tenggara, Anim Mohamed Jaib menyerahkan slip keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 kepada Penolong Setiausaha Peperiksaan, Hj Saifullah Wahab dan penyelaras PMR, Noorkiah Ahmad, sekembalinya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kulai (PPD Kulaijaya) pagi ini. 

Penyerahan itu disaksikan oleh GPK HEM; Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum; Ahmad Survi, GPK Tingkatan Enam: Mohd Pozi Kemin, Guru Kanan Sains dan Matematik; Hjh Hamimah Yunus, Guru Kanan Sains Sosial; Hjh Hasnah Kasnan, Guru Kanan Vokasional dan Teknik; Hjh Sawilah M.Auf, Guru Kanan Bahasa; Hjh Hayati Abdullah dan guru-guru serta kakitangan pejabat. 

Sejumlah 152 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 4 calon mendapat keputusan 6A dan 4 calon 5A. Rekod cemerlang tahun lepas ialah 4 orang calon memperolehi 9A, 8A seorang dan 7A dua calon dan 6A seramai 2 orang calon.

Pencapaian keseluruhan GPS meningkat 0.01  kepada 2.74 berbanding 2.75 tahun lepas. Secara peratus pula penurunan sebanyak 4.41 % berbanding tahun lepas. SMK Bandar Tenggara masih mengekalkan kedudukan ketiga terbaik di daerah Kulaijaya, selepas dua sekolah kawalan di daerah Kulaijaya, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2.


Menunggu pengumuman PMR
Hjh HAmimah, Hjh Sawilah dan Hjh Hasnah meneliti
keputusan PMR tahun ini.
  
Guru Kelas menyerahkan slip peperiksaan


Nur Aqilah, Siti Nurfaridah, Nurizzatul Aina dan Nurul Yusnainy

8 MURID TERBAIK PMR 2012

NUR AQILAH BINTI AHMAD (6A 2B)
NURUL YUSNAINY BINTI MOHD YUSOF (6A 2B)
SITI NUR FARIDAH BINTI SUGIATO (6A 1B 1C)
MOHAMAD SHAHZUAN BIN AB LATIF ( 6A 1B 1C)
NURIZZATUL AINA BINTI ABD SYUKUR (5A 3B)
NURUL SHAHIDAH BINTI ALIAS (5A 3B)
MUHAMMAD AIMAN ZUKHUSNI BIN ROSLI (5B 2B 1C)
NURHANA BINTI AHMAD (5A 2B 1C)

Gambar Kenangan
Murid cemerlang PMR bersama guru dan ibu bapa

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ