16 Januari 2014: (Khamis) Dewan Permata
Salah satu usaha yang dilakukan oleh unit sukan Sekolah Menengah (SMK) Bandar Tenggara yang diketuai oleh Ahmad Nazri Selamat, Setiausaha Sukan dan Siti Hanizan Samsuri sebagai pembantu mendapat sambutan baik dari kalangan murid dan guru-guru sekolah ini. Lebih-lebih lagi kerjasama yang diberikan oleh Kelab Kecergasan Bandar Tenggara membangkitkan semangat kesukanan.
Roziah Sapawi, ketua Kelab Kecergasan Bandar Tenggara ditemui berkata, kelab yang terdiri daripada penduduk tempatan. Mereka bersedia membantu pihak sekolah dan komuniti di Bandar Tenggara untuk membimbing aktiviti senamrobik. Menariknya aktiviti ini ialah gerakan yang mudah dengan iringan muzik-muzik 'minus one', yang menarik dan menyeronokkan.
![]() |
Senamrobik |
Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Ianya merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol.
Salah satu usaha yang dilakukan oleh unit sukan Sekolah Menengah (SMK) Bandar Tenggara yang diketuai oleh Ahmad Nazri Selamat, Setiausaha Sukan dan Siti Hanizan Samsuri sebagai pembantu mendapat sambutan baik dari kalangan murid dan guru-guru sekolah ini. Lebih-lebih lagi kerjasama yang diberikan oleh Kelab Kecergasan Bandar Tenggara membangkitkan semangat kesukanan.
![]() |
Aktif bersenam |
Turut hadir dalam aktiviti ini ialah Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru rumah Jebat dan Kasturi yang menjalani latihan merentas desa di sekolah.