17 January, 2014

KASTURI DAN JEBAT MEMULAKAN LATIHAN MERENTAS DESA KALI PERTAMA 2014

16 Januari 2014: Padang Sekolah

RUMAH KASTURI
Nama Program: Latihan Merentas Desa Kali Pertama 2014
Tarikh : 16 Januari 2014 (Khamis)
Tempat : Padang Sekolah
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Bidang : Kokurikulum
Bahagian : Sukan Olahraga
Penyelaras : Encik Ahmad Nazri Selamat
Penolong: Cik Hanizan SamsuriGuru Pembantu: 

RUMAH JEBAT
JEBAT : 
Penasihat : Hjh Hasnah binti Kasnan
Ketua : Encik Aidil Shamin bin Abd. Razak
Penolong :Pn. Noraishah bt. Tarni


Guru Pembantu : Cik Rohaiza bt. Muhd. Zain, Cik Anili Fasha Binti Mahadi, Puan Annelin Hasziza Binti Haron, Puan Faridah Binti Abdullah, Puan Faridah Binti Aris, Encik Iskandarrani Bin Mohamad, Puan Mahani Binti Parmin, Encik Mohd Nurul Faishal Bin Abd. Ghani, Puan Noraina Binti Abd Samad, Cik Nurul Hanani Binti Ismail Sazemi, Puan Zainab Binti Salim, Encik Zuraimi Bin Hamidun, Puan Hjh. Muzayanah Binti Sumrah, Encik Mohd Hanif Bin Abu Hassan dan Puan Nurul Ain bt. Zaripin

KASTURI:
Penasihat : Puan Hjh Hayati Binti Abdullah,
Ketua : Encik Taufieq bin Aluddin
Penolong : Puan Azlina bt. Abu Bakar


Guru-guru pembantu      Puan Hjh Ruziah Binti Maarop, Cik Nurul Salwa Binti Wahab, Puan Zuraini bt. Kassim, Puan Khairani Binti Mahamad Kator, Puan Fadilah Binti Ismail Encik Mohd Asmawi Bin Ab. Rasip, Puan Noridah Binti Mohd. Sidek, Puan Nur Amalia Binti Zainudin, Puan Rohaidah Binti Uriff, Puan Saripah Rodiah Binti Ibrahim, Puan Zubaidah Binti Ibrahim, Encik Abd Razak Bin Saat, Puan Siti Khalijah Binti Rahim dan Tn Hj Md Khairuddin Bin Abu Nawas.

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ